MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 24, 2014


Najib Rakam Penghargaan Kepada Tun M, Pak Lah

Najib Rakam Penghargaan Kepada Tun M, Pak Lah

    December 1, 2012




KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaan kepada mantan Presiden UMNO serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penghargaan itu dibuat atas jasa kedua pemimpin berkenaan terhadap parti dan diri beliau secara tidak langsung.

Katanya, Dr Mahathir antaranya telah dengan sukarela sanggup berjumpa dengan semua pemimpin UMNO seluruh negara tanpa disuruh.

Langkah itu diambil kata beliau semata-mata untuk membantu mengukuhkan UMNO.

“Saya tanya kenapa Tun hendak jumpa, dia kata; saya hendak bagitahu pemimpin betapa pentingnya untuk sokong parti.

“Kalau parti masih berkuasa, maka perjuangan masih boleh diteruskan,” kata Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Beliau berkata, Dr Mahathir telah memperlihatkan sokongan yang amat mendalam terhadap kepimpinan beliau dan ia sesuatu yang amat dihargai oleh Najib.

Bagi Abdullah pula, Najib amat menghargai kesudian pemimpin itu untuk berundur dari jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri mengikut tradisi parti dengan cara yang begitu baik.

Beliau juga tidak dapat melupakan nasihat Abdullah yang mahu melihat Najib membuat lebih baik dalam mentadbir negara daripada dirinya.

Dr Mahathir dan Abdullah yang hadir pada hari terkahir perhimpunan itu mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan apabila nama mereka disebut oleh Najib.

Najib Rakam Penghargaan Kepada Tun M, Pak Lahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/photo-23.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/photo-23-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaan kepada mantan Presiden UMNO serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penghargaan itu dibuat atas jasa kedua pemimpin berkenaan terhadap parti dan diri beliau secara tidak langsung. Katanya, Dr Mahathir antaranya telah...
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaan kepada mantan Presiden UMNO serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penghargaan itu dibuat atas jasa kedua pemimpin berkenaan terhadap parti dan diri beliau secara tidak langsung. Katanya, Dr Mahathir antaranya telah dengan sukarela sanggup berjumpa dengan semua pemimpin UMNO seluruh negara tanpa disuruh. Langkah itu diambil kata beliau semata-mata untuk membantu mengukuhkan UMNO. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/mahathir_cool.jpg"><img class="aligncenter size-medium wp-image-119318" title="mahathir_cool" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/mahathir_cool-296x300.jpg" alt="" width="296" height="300" /></a> <strong>"Saya tanya kenapa Tun hendak jumpa, dia kata; saya hendak bagitahu pemimpin betapa pentingnya untuk sokong parti.</strong> <strong>"Kalau parti masih berkuasa, maka perjuangan masih boleh diteruskan," kata Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.</strong> Beliau berkata, Dr Mahathir telah memperlihatkan sokongan yang amat mendalam terhadap kepimpinan beliau dan ia sesuatu yang amat dihargai oleh Najib. Bagi Abdullah pula, Najib amat menghargai kesudian pemimpin itu untuk berundur dari jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri mengikut tradisi parti dengan cara yang begitu baik. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/abdullah-haji-ahmad-badawi.jpg"><img class="aligncenter size-medium wp-image-119319" title="abdullah-haji-ahmad-badawi" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/abdullah-haji-ahmad-badawi-279x300.jpg" alt="" width="279" height="300" /></a> Beliau juga tidak dapat melupakan nasihat Abdullah yang mahu melihat Najib membuat lebih baik dalam mentadbir negara daripada dirinya. Dr Mahathir dan Abdullah yang hadir pada hari terkahir perhimpunan itu mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan apabila nama mereka disebut oleh Najib.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014