MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014

Datuk Seri Hishammuddin

21 Produk Dalam Tempoh Kurang Daripada 4 Tahun

November 29, 2012

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 produk kerajaan yang disebut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak membuktikan pemimpin negara itu ikhlas dan telak melaksanakan janjinya.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein penyenaraian itu bukan bertujuan untuk mendabik dada.

Sebaliknya, kata beliau,  ini membuktikan walaupun tempoh masa kurang daripada empat tahun, namun pelbagai janji yang diberi sudah pun terlaksana.

“Sebab itulah saja disenaraikan produk-produk yang telah dilakukan UMNO terkini,” katanya pada sidang media Naib Presiden UMNO di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Antara 21 produk itu adalah Kedai Runcit 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Vitamin 1Malaysia, Teksi 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan sebagainya.

Tambah Hishammuddin, apa yang berlaku sekarang ini adalah perkara biasa dalam mahu menghadapi pilihanraya.

Katanya, apa yang penting sekarang ini adalah untuk perjuangkan UMNO supaya jangan ada yang terkeliru.

Sidang media Naib Presiden itu turut dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Foto: YUMNI HARUN

21 Produk Dalam Tempoh Kurang Daripada 4 Tahunhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/photo-2-3.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/photo-2-3-150x150.jpg MyNewsHub Terkiniumno
KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 produk kerajaan yang disebut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak membuktikan pemimpin negara itu ikhlas dan telak melaksanakan janjinya. Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein penyenaraian itu bukan bertujuan untuk mendabik dada. Sebaliknya, kata beliau,  ini membuktikan walaupun tempoh masa kurang daripada empat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 produk kerajaan yang disebut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak membuktikan pemimpin negara itu ikhlas dan telak melaksanakan janjinya.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein penyenaraian itu bukan bertujuan untuk mendabik dada.

Sebaliknya, kata beliau,  ini membuktikan walaupun tempoh masa kurang daripada empat tahun, namun pelbagai janji yang diberi sudah pun terlaksana.

"Sebab itulah saja disenaraikan produk-produk yang telah dilakukan UMNO terkini," katanya pada sidang media Naib Presiden UMNO di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Antara 21 produk itu adalah Kedai Runcit 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Vitamin 1Malaysia, Teksi 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan sebagainya.

Tambah Hishammuddin, apa yang berlaku sekarang ini adalah perkara biasa dalam mahu menghadapi pilihanraya.

Katanya, apa yang penting sekarang ini adalah untuk perjuangkan UMNO supaya jangan ada yang terkeliru.

Sidang media Naib Presiden itu turut dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Foto: YUMNI HARUN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014