MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014


Ehud Barak Umum Bersara Daripada Politik Israel

Ehud Barak Umum Bersara Daripada Politik Israel

    November 26, 2012




BAITULMAQDIS – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat kejutan terhadap sistem politik Israel apabila mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada politik dan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum Januari depan.

Barak yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun tetap kekal dalam jawatannya sekarang sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pengundian pada 22 Januari ini.

Beliau membuat pengumuman mengejut itu selepas tinjauan mendapati parti diwakilinya, Parti Kemerdekaan memperoleh momentum berikutan kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza, baru-baru ini.

Katanya, beliau sudah memikirkan keputusan itu sejak beberapa minggu lalu dan mahu memperuntukkan lebih masa bersama keluarga. – AP

Ehud Barak Umum Bersara Daripada Politik Israelhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/Ehud-Barak.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/Ehud-Barak-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
BAITULMAQDIS - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat kejutan terhadap sistem politik Israel apabila mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada politik dan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum Januari depan. Barak yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun tetap kekal dalam jawatannya sekarang sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pengundian...
BAITULMAQDIS - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat kejutan terhadap sistem politik Israel apabila mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada politik dan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum Januari depan. Barak yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun tetap kekal dalam jawatannya sekarang sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pengundian pada 22 Januari ini. Beliau membuat pengumuman mengejut itu selepas tinjauan mendapati parti diwakilinya, Parti Kemerdekaan memperoleh momentum berikutan kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza, baru-baru ini. Katanya, beliau sudah memikirkan keputusan itu sejak beberapa minggu lalu dan mahu memperuntukkan lebih masa bersama keluarga. - AP

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014