Friday, April 25, 2014

Himpunan Wanita Muda Negara

Himpunan Wanita Muda Negara 2012

November 23, 2012

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan Himpunan Wanita Muda Negara 2012 (HWMN2012) di Dewan Tun Razak 1 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 25 November ini bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam.

Pergerakan Puteri UMNO melalui satu kenyataan media memberitahu, program dengan moto Inspirasi, Dedikasi, Ekspresi dan Aspirasi itu mendapat kerjasama parti MIC, MCA, PPP, Gerakan, Majlis Belia Malaysia, Gerakan Belia 4B dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) belia lain.

“Program ini bertujuan menghimpunkan wanita muda berbilang bangsa, agama dan keturunan untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara di samping menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka.

“Majlis pembukaan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Penaung HWMN2012 manakala majlis perasmian penutup oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, program yang bakal disertai lebih 10,000 wanita muda negara itu antara lain akan memberi fokus terhadap aspek perniagaan, keusahawanan, motivasi dan kesihatan.

Tambah kenyataan itu, HWMN2012 akan turut mengiktiraf pencapaian wanita muda yang cemerlang melalui penganugerahan Anugerah Kesatria Puteri kepada 12 individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Antara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang akan menerima Anugerah Kesatria Puteri Kesenian, dan Pandelela Rinong bagi Anugerah Kesatria Puteri Sukan.

Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Nusa Mahsuri akan diberi kepada Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim atas sumbangan baginda dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. – mynewshub.my

Himpunan Wanita Muda Negara 2012http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/wanita-1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/wanita-1-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan Himpunan Wanita Muda Negara 2012 (HWMN2012) di Dewan Tun Razak 1 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 25 November ini bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam. Pergerakan Puteri UMNO melalui satu kenyataan media memberitahu, program dengan moto Inspirasi, Dedikasi,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan Himpunan Wanita Muda Negara 2012 (HWMN2012) di Dewan Tun Razak 1 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 25 November ini bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam.

Pergerakan Puteri UMNO melalui satu kenyataan media memberitahu, program dengan moto Inspirasi, Dedikasi, Ekspresi dan Aspirasi itu mendapat kerjasama parti MIC, MCA, PPP, Gerakan, Majlis Belia Malaysia, Gerakan Belia 4B dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) belia lain.

"Program ini bertujuan menghimpunkan wanita muda berbilang bangsa, agama dan keturunan untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara di samping menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka.

"Majlis pembukaan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Penaung HWMN2012 manakala majlis perasmian penutup oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, program yang bakal disertai lebih 10,000 wanita muda negara itu antara lain akan memberi fokus terhadap aspek perniagaan, keusahawanan, motivasi dan kesihatan.

Tambah kenyataan itu, HWMN2012 akan turut mengiktiraf pencapaian wanita muda yang cemerlang melalui penganugerahan Anugerah Kesatria Puteri kepada 12 individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Antara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang akan menerima Anugerah Kesatria Puteri Kesenian, dan Pandelela Rinong bagi Anugerah Kesatria Puteri Sukan.

Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Nusa Mahsuri akan diberi kepada Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim atas sumbangan baginda dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014