MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014

Kenyataan Umno Murtad

Nik Aziz Digesa Tarik Balik Kenyataan Umno Murtad

November 22, 2012

KOTA BHARU – Seramai 10,000 rakyat Kelantan akan dikumpulkan oleh pihak Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan Umno parti murtad.

Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Nik Abdul Aziz perlu menarik balik ungkapan itu kerana boleh mengelirukan serta beri kesan negatif kepada perpaduan umat Islam.

“Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isnin lalu, Nik Aziz menafikan laporan media memetik beliau mengatakan ‘Umno murtad”. Beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Yasman Hashim.

Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon Maik agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.

Che Azmi berkata, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.

Che Azmi berkata, perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini selepas menyerahkan memorandum di Maik. – Sinar Harian Online

Nik Aziz Digesa Tarik Balik Kenyataan Umno Murtadhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/memo.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/11/memo-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KOTA BHARU - Seramai 10,000 rakyat Kelantan akan dikumpulkan oleh pihak Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan Umno parti murtad. Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Nik Abdul Aziz perlu menarik balik ungkapan itu kerana boleh mengelirukan...

KOTA BHARU - Seramai 10,000 rakyat Kelantan akan dikumpulkan oleh pihak Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan Umno parti murtad.

Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Nik Abdul Aziz perlu menarik balik ungkapan itu kerana boleh mengelirukan serta beri kesan negatif kepada perpaduan umat Islam.

“Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isnin lalu, Nik Aziz menafikan laporan media memetik beliau mengatakan 'Umno murtad". Beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Yasman Hashim.

Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon Maik agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.

Che Azmi berkata, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.

Che Azmi berkata, perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini selepas menyerahkan memorandum di Maik. - Sinar Harian Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• toblerone

manusia tak layak menlabel sesame manusia mcm tu..

Public CommentUsermanusia tak layak menlabel sesame manusia mcm tu..

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014