MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


‘Kes Curi Baju Kes Bodoh’ – Awal Ashaari

‘Kes Curi Baju Kes Bodoh’ – Awal Ashaari

    October 22, 2012




KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara lelaki, Awal Ashaari menyifatkan kes pasangan artis yang dikaitkan dengannya dan isteri, Scha Al-Yahya mencuri baju di gedung jual beli pakaian, H&M adalah kes bodoh dan tidak berasas.

Isu mencuri pakaian berharga RM2,000 yang mengaitkan nama Awal dan Scha pada majlis pelancaran gedung itu membuatkan dia semakin pening.

Bagi Awal, isu mencuri itu sepatutnya tidak timbul memandangkan dia dan Scha dijemput sendiri oleh gedung H&M untuk meraikan pembukaan gedung yang pertama di Malaysia.

Malah, Awal juga memaklumkan dia mendapat banyak barangan percuma dari gedung itu.

“Saya betul-betul tak faham. Kejap orang tuduh isteri saya, kejap orang tuduh saya, pening saya dibuatnya.

“Saya dengan Scha dijemput ke majlis tersebut di mana sehari sebelum itu kami telah diberi dua buah beg yang berisi dengan pelbagai barangan butik tersebut. Jadi, bila pergi ke majlis pelancaran itu dan orang cakap kami ambil lagi barang bernilai RM2,000, saya rasa bodoh sangat isu ini,” kata Awal yang dipetik dari portal Gua.com.

Awal juga menyifatkan isu mencuri itu sebagai bahan lawak kerana ramai rakan artis akan bertanyakan kesahihan berita itu dari pihaknya sendiri.

Tanggapannya itu juga disambut dengan pendapat ramai artis yang tidak percaya dengan cerita kononnya Awal dan Scha kaki mencuri.

“Benda ini juga dah jadi satu bahan lawak. Bila orang jumpa kami saja mereka akan cakap, kami ada ambil barang ke. Perkara ini dah jadi benda kelakar kerana bagi saya, orang pun dah tahu saya dan Scha jenis yang macam mana.

“Rakan artis yang lain bila dengar pasal isu ini pun mereka pelik. Ini kerana kebanyakan orang tak percaya dengan isu ini, malah lagi marah sebab mereka anggap isu ini bodoh,” katanya.

Justeru, untuk membersihkan namanya semula, Awal akan menyiasat punca tersebarnya cerita fitnah tersebut.

Dengan cara itulah Awal berharap agar namanya dan Scha akan bersih semula.

“Saya nak tahu dari mana punca benda ni disampaikan dan siapa yang menyebarkan perkara ini. Ada orang cakap isu ini datang dari blog dan saya akan siasat mengenai perkara ini. Saya sendiri kesian dengan Scha kerana saya tahu dia tidak bersalah dalam hal ini,” kata Awal.

Bulan lalu, timbul cerita mengenai pasangan artis dilaporkan telah mencuri sehelai pakaian bernilai RM2,000 di gedung H&M di ibu kota.

Dikatakan juga pasangan artis itu telah keluar dari gedung tersebut tanpa membayar pakaian tersebut terlebih dahulu.

Cerita itu bertebaran dalam dunia hiburan melalui rancangan gosip televisyen mahu pun di corong-corong radio.

Sejak cerita itu timbul, nama Awal dan Scha telah diseret menjadi mangsa kes mencuri baju itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

‘Kes Curi Baju Kes Bodoh’ – Awal Ashaarihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/awal-ashaari.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/awal-ashaari-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara lelaki, Awal Ashaari menyifatkan kes pasangan artis yang dikaitkan dengannya dan isteri, Scha Al-Yahya mencuri baju di gedung jual beli pakaian, H&M adalah kes bodoh dan tidak berasas. Isu mencuri pakaian berharga RM2,000 yang mengaitkan nama Awal dan Scha pada majlis pelancaran gedung itu...
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara lelaki, Awal Ashaari menyifatkan kes pasangan artis yang dikaitkan dengannya dan isteri, Scha Al-Yahya mencuri baju di gedung jual beli pakaian, H&M adalah kes bodoh dan tidak berasas. Isu mencuri pakaian berharga RM2,000 yang mengaitkan nama Awal dan Scha pada majlis pelancaran gedung itu membuatkan dia semakin pening. Bagi Awal, isu mencuri itu sepatutnya tidak timbul memandangkan dia dan Scha dijemput sendiri oleh gedung H&M untuk meraikan pembukaan gedung yang pertama di Malaysia. Malah, Awal juga memaklumkan dia mendapat banyak barangan percuma dari gedung itu. “Saya betul-betul tak faham. Kejap orang tuduh isteri saya, kejap orang tuduh saya, pening saya dibuatnya. “Saya dengan Scha dijemput ke majlis tersebut di mana sehari sebelum itu kami telah diberi dua buah beg yang berisi dengan pelbagai barangan butik tersebut. Jadi, bila pergi ke majlis pelancaran itu dan orang cakap kami ambil lagi barang bernilai RM2,000, saya rasa bodoh sangat isu ini,” kata Awal yang dipetik dari portal Gua.com. Awal juga menyifatkan isu mencuri itu sebagai bahan lawak kerana ramai rakan artis akan bertanyakan kesahihan berita itu dari pihaknya sendiri. Tanggapannya itu juga disambut dengan pendapat ramai artis yang tidak percaya dengan cerita kononnya Awal dan Scha kaki mencuri. “Benda ini juga dah jadi satu bahan lawak. Bila orang jumpa kami saja mereka akan cakap, kami ada ambil barang ke. Perkara ini dah jadi benda kelakar kerana bagi saya, orang pun dah tahu saya dan Scha jenis yang macam mana. “Rakan artis yang lain bila dengar pasal isu ini pun mereka pelik. Ini kerana kebanyakan orang tak percaya dengan isu ini, malah lagi marah sebab mereka anggap isu ini bodoh,” katanya. Justeru, untuk membersihkan namanya semula, Awal akan menyiasat punca tersebarnya cerita fitnah tersebut. Dengan cara itulah Awal berharap agar namanya dan Scha akan bersih semula. “Saya nak tahu dari mana punca benda ni disampaikan dan siapa yang menyebarkan perkara ini. Ada orang cakap isu ini datang dari blog dan saya akan siasat mengenai perkara ini. Saya sendiri kesian dengan Scha kerana saya tahu dia tidak bersalah dalam hal ini,” kata Awal. Bulan lalu, timbul cerita mengenai pasangan artis dilaporkan telah mencuri sehelai pakaian bernilai RM2,000 di gedung H&M di ibu kota. Dikatakan juga pasangan artis itu telah keluar dari gedung tersebut tanpa membayar pakaian tersebut terlebih dahulu. Cerita itu bertebaran dalam dunia hiburan melalui rancangan gosip televisyen mahu pun di corong-corong radio. Sejak cerita itu timbul, nama Awal dan Scha telah diseret menjadi mangsa kes mencuri baju itu. Oleh: <strong>NAIMAH SHAARI</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Polis Pencen

    Jika h&m buat laporan polis, scha boleh ditahan mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan dan sabit kesalahan boleh dipenjarakan 10 tahun, denda ataupun kedua-duanya sekali.

    Public CommentUserJika h&m buat laporan polis, scha boleh ditahan mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan dan sabit kesalahan boleh dipenjarakan 10 tahun, denda ataupun kedua-duanya sekali.
  • polis besara

    ape ni polis pencen… cite psal undang2 pule.. msty hebat dalam undang2 malaysia ni kan?? lawyer aee??

    Public CommentUserape ni polis pencen... cite psal undang2 pule.. msty hebat dalam undang2 malaysia ni kan?? lawyer aee??
  • mak jemah

    Abg polis.. H&M tu sendiri ckp xde kes curi.. Thanks utk info akta tuh..

    Public CommentUserAbg polis.. H&M tu sendiri ckp xde kes curi.. Thanks utk info akta tuh..
  • мя. кяαв’ѕ ємρℓσуєє

    Tula… H&M langsung tak nak buka mulut pasal isu ni. Tumpang glamer la tuu..

    Public CommentUserTula... H&M langsung tak nak buka mulut pasal isu ni. Tumpang glamer la tuu..
  • polis tetap

    mohon buat laporan polis lekas … polis pencen ngan besara ni .. adoiyai~

    Public CommentUsermohon buat laporan polis lekas ... polis pencen ngan besara ni .. adoiyai~
  • mak bedah

    betul2…apela abg pencen yg x bertauliah ne…puihhh…sesuke je ye…

    Public CommentUserbetul2...apela abg pencen yg x bertauliah ne...puihhh...sesuke je ye...
  • http://www.facebook.com/firdaus.ismail.180 Firdaus Ismail

    H&m tu cmpak taik pastu sorok tngan…wat derk je…
    klu btol dwrng curi, report je la polis,wat pe bg statement “xde kes curi pon”…ni kes RM2000 bkn 20posen…company mne yg nk rugi, xwat report psl kes Rm2000, melainkn kes tu xwujud…

    Public CommentUserH&m tu cmpak taik pastu sorok tngan...wat derk je... klu btol dwrng curi, report je la polis,wat pe bg statement "xde kes curi pon"...ni kes RM2000 bkn 20posen...company mne yg nk rugi, xwat report psl kes Rm2000, melainkn kes tu xwujud...
  • PencuriKotaBaghdad

    nampak benorlah kauorang curi baju tu…baca alasan2 cover line yang mamat ni bagi…ingat orang bodoh ke

    Public CommentUsernampak benorlah kauorang curi baju tu...baca alasan2 cover line yang mamat ni bagi...ingat orang bodoh ke
  • Polis Praktikal

    Saya cadangkan abang awal cool yek…

    Public CommentUserSaya cadangkan abang awal cool yek...
  • http://www.facebook.com/aas.sidek AAs Sidek

    Malu jg hal mcm ni mcm lah diaorg tk mampu,sepatutnya pemilik gedung tu siasat btul2..baru buat tuduhan..dahlah jemput dua artis tu utk jd model atau jurucakap lps tu cakap bukan2…sesaong tu belum bersalah selagi tiada bukti… Pihak gedung tu kena mohon maaf secara terbuka pd Awal dan Scha,kerana mgkin ada kesilapan teknik, silap memberi brg2 yg tk sepatutnya oleh kakitangan dia sendiri..Apa nama gedung tu ya???

    Public CommentUserMalu jg hal mcm ni mcm lah diaorg tk mampu,sepatutnya pemilik gedung tu siasat btul2..baru buat tuduhan..dahlah jemput dua artis tu utk jd model atau jurucakap lps tu cakap bukan2...sesaong tu belum bersalah selagi tiada bukti... Pihak gedung tu kena mohon maaf secara terbuka pd Awal dan Scha,kerana mgkin ada kesilapan teknik, silap memberi brg2 yg tk sepatutnya oleh kakitangan dia sendiri..Apa nama gedung tu ya???
  • maa

    over lak polis pencen nie..isu xlogik..cam la dorang tu xde duit nak curi2..gimik u promosi la tu..

    Public CommentUserover lak polis pencen nie..isu xlogik..cam la dorang tu xde duit nak curi2..gimik u promosi la tu..
  • http://www.facebook.com/nurul.syafiqah.75457081 Nurul Syafiqah

    H&M kakak kt bukit bntang tu..

    Public CommentUserH&M kakak kt bukit bntang tu..
  • mohd. khan bin sidil

    Biarkan mereka dengan andainya, kalau betul benda itu tidak dibuat oleh Awal dan Isteri, biar Allah s.w.t yang menentukan. serah sahaja… biarkan mereka…

    Public CommentUserBiarkan mereka dengan andainya, kalau betul benda itu tidak dibuat oleh Awal dan Isteri, biar Allah s.w.t yang menentukan. serah sahaja... biarkan mereka...
  • HangKebon

    kalau scha mencurik kat negara arab saudi, sudan atau somalia..scha boleh dihukum potong tangan kerana mencuri..kihkhihkhihkhi puii !!!

    Public CommentUserkalau scha mencurik kat negara arab saudi, sudan atau somalia..scha boleh dihukum potong tangan kerana mencuri..kihkhihkhihkhi puii !!!
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014