Saturday, April 12, 2014

Kaedah Pembenihan Awan Tidak Efektif

Kaedah Pembenihan Awan Tidak Efektif

October 10, 2012

KUALA LUMPUR – Rancangan kerajaan negeri Selangor untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan kapasiti Empangan Sungai Selangor adalah satu tindakan penuh risiko memandangkan kajian paling komprehensif dunia mengenai pembenihan memperlihatkan kaedah itu sebenarnya tidak effektif.

Pengamatan data untuk aktiviti berkenaan bagi tempoh 50 tahun di kawasan Timur Tengah dengan penumpuan terhadap Laut Galilee di utara Palestin mendapati, pembenihan awan bukan kaedah terbaik meningkatkan kelembapan udara dan seterusnya membantu dalam penghasilan hujan.

Kajian oleh Prof. Pinhas Alpert, Prof. Zev Levin dan Dr. Noam Halfon dari Universiti Tel Aviv itu disiarkan dalam journal Atmospheric Research tahun lalu.

Kumpulan pengkaji tersebut telah menggunakan data-data pembenihan untuk tempoh yang panjang dan membandingkan tempoh di mana awan yang menerima pembenihan atau tidak, termasuk kadar hujan di kawasan yang diberi benih dan juga sebaliknya.

Pembenihan awan selalunya menggunakan bahan silver iodide dan karbon dioksida yang dibekukan.

“Dengan membuat perbandingan ini, kami dapati bahawa kadar hujan di kawasan yang telah dibenih hanyalah kebetulan,” kata Prof. Alpert.

Antara bukti kukuh bagi menguatkan kenyataan tersebut adalah semasa tempoh enam tahun ketika hujan lebih kerap di kawasan yang telah dibenihkan.

Bagaimanapun, Prof. Alpert dan kumpulan pengkaji beliau mendapati bahawa kekerapan hujan di kawasan tersebut berlaku akibat daripada sejenis taufan yang juga meningkatkan kekerapan hujan di kawasan gunung dan bukannya kerana pembenihan awan.

Pemerhatian mereka menunjukkan bahawa jumlah kekerapan hujan di kawasan pergunungan Judea juga meningkat (kawasan yang tidak dibenih), sama seperti kekerapan hujan di sekitar Laut Galilee.

Para pengkaji mendapati bahawa corak cuaca yang berubah-ubah adalah faktor utama terhadap kadar kekerapan hujan dan pembenihan tidak seberapa efektif seperti yang dijangka.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi ketika dihubungi Mynewshub memberitahu, proses pembenihan awan atau ‘cloud seeding’ dilakukan untuk mempercepatkan pembentukkan hujan dan bukannya untuk mencipta air hujan.

Katanya, pembenihan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau tanpa sebarang perancangan rapi.

“Banyak faktor yang kita perlu tengok sebelum hendak melakukan pembenihan awan.

“Antaranya keadaan atmosfera ketika itu, arah tiupan angin, kelompok-kelompok awan sama ada bagus atau tidak dan banyak lagi,” jelasnya.

Apabila ditanya sama ada pernah atau tidak usaha pembenihan awan itu mendatangkan hasil, sumber berkenaan berkata;

“Saya tidak ada sebarang statistik untuk memberikan jawapan itu.

“Namun apa yang boleh saya kata pernah saja bila kami lakukan pembenihan awan di satu kawasan, angin menolak awan berkenaan dan di lain tempat pula hujan itu turun,” katanya.

Kenyataan jurucakap Jabatan Meteorologi itu mencerminkan hasil laporan Atmospheric Research bahawa pembenihan awan di sesuatu kawasan tidak dapat menjamin bahawa hujan akan turun di kawasan berkenaan.

Isu pembenihan awam timbul apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jaminan pihak beliau akan melakukan tindakan demikian jika tiada hujan dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober lalu di sekitar kawasan Empangan Sungai Selangor.

Empangan berkenaan kini berada dalam keadaan agak kritikal apabila kapasiti airnya hanya berada pada tahap 52 peratus dan pembenihan awan perlu dilakukan sekiranya ia mencecah tahap di bawah 50 peratus.

Jika situasi semasa berterusan, Lembah Kelang diramal akan memasuki fasa krisis air dalam tempoh kurang 20 hari yakni lebih awal daripada yang dijangka sebelum ini.

Situasi di empangan Sungai Selangor itu memberikan tamparan hebat kepada Abdul Khalid yang sebelum ini mendakwa Selangor tidak mempunyai masalah kerana semua empangannya dipenuhi air.

Kenyataan beliau itu berbeza dengan realiti iaitu Selangor mempunyai masalah bekalan air terawat dan bukannya bekalan air mentah.

Namun, situasi kehilangan air dalam jumlah yang banyak di Empangan Sungai Selangor memperlihatkan bahawa isunya kini bukan sekadar bekalan air terawat, tetapi kemampuan untuk memastikan bekalan air mentah juga perlu sentiasa cukup.

Apa yang dibimbangkan ialah jika kapasiti air Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air terawat untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur terus jatuh dan pembenihan hujan pada saat terakhir gagal mencapai objektifnya- Mynewshub

Kaedah Pembenihan Awan Tidak Efektifhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/Pembenihan-Awan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/Pembenihan-Awan-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Rancangan kerajaan negeri Selangor untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan kapasiti Empangan Sungai Selangor adalah satu tindakan penuh risiko memandangkan kajian paling komprehensif dunia mengenai pembenihan memperlihatkan kaedah itu sebenarnya tidak effektif. Pengamatan data untuk aktiviti berkenaan bagi tempoh 50 tahun di kawasan Timur Tengah dengan penumpuan...
KUALA LUMPUR - Rancangan kerajaan negeri Selangor untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan kapasiti Empangan Sungai Selangor adalah satu tindakan penuh risiko memandangkan kajian paling komprehensif dunia mengenai pembenihan memperlihatkan kaedah itu sebenarnya tidak effektif. Pengamatan data untuk aktiviti berkenaan bagi tempoh 50 tahun di kawasan Timur Tengah dengan penumpuan terhadap Laut Galilee di utara Palestin mendapati, pembenihan awan bukan kaedah terbaik meningkatkan kelembapan udara dan seterusnya membantu dalam penghasilan hujan. Kajian oleh Prof. Pinhas Alpert, Prof. Zev Levin dan Dr. Noam Halfon dari Universiti Tel Aviv itu disiarkan dalam journal Atmospheric Research tahun lalu. Kumpulan pengkaji tersebut telah menggunakan data-data pembenihan untuk tempoh yang panjang dan membandingkan tempoh di mana awan yang menerima pembenihan atau tidak, termasuk kadar hujan di kawasan yang diberi benih dan juga sebaliknya. Pembenihan awan selalunya menggunakan bahan silver iodide dan karbon dioksida yang dibekukan. "Dengan membuat perbandingan ini, kami dapati bahawa kadar hujan di kawasan yang telah dibenih hanyalah kebetulan," kata Prof. Alpert. Antara bukti kukuh bagi menguatkan kenyataan tersebut adalah semasa tempoh enam tahun ketika hujan lebih kerap di kawasan yang telah dibenihkan. Bagaimanapun, Prof. Alpert dan kumpulan pengkaji beliau mendapati bahawa kekerapan hujan di kawasan tersebut berlaku akibat daripada sejenis taufan yang juga meningkatkan kekerapan hujan di kawasan gunung dan bukannya kerana pembenihan awan. Pemerhatian mereka menunjukkan bahawa jumlah kekerapan hujan di kawasan pergunungan Judea juga meningkat (kawasan yang tidak dibenih), sama seperti kekerapan hujan di sekitar Laut Galilee. Para pengkaji mendapati bahawa corak cuaca yang berubah-ubah adalah faktor utama terhadap kadar kekerapan hujan dan pembenihan tidak seberapa efektif seperti yang dijangka. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi ketika dihubungi Mynewshub memberitahu, proses pembenihan awan atau 'cloud seeding' dilakukan untuk mempercepatkan pembentukkan hujan dan bukannya untuk mencipta air hujan. Katanya, pembenihan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau tanpa sebarang perancangan rapi. "Banyak faktor yang kita perlu tengok sebelum hendak melakukan pembenihan awan. "Antaranya keadaan atmosfera ketika itu, arah tiupan angin, kelompok-kelompok awan sama ada bagus atau tidak dan banyak lagi," jelasnya. Apabila ditanya sama ada pernah atau tidak usaha pembenihan awan itu mendatangkan hasil, sumber berkenaan berkata; "Saya tidak ada sebarang statistik untuk memberikan jawapan itu. "Namun apa yang boleh saya kata pernah saja bila kami lakukan pembenihan awan di satu kawasan, angin menolak awan berkenaan dan di lain tempat pula hujan itu turun," katanya. Kenyataan jurucakap Jabatan Meteorologi itu mencerminkan hasil laporan Atmospheric Research bahawa pembenihan awan di sesuatu kawasan tidak dapat menjamin bahawa hujan akan turun di kawasan berkenaan. Isu pembenihan awam timbul apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jaminan pihak beliau akan melakukan tindakan demikian jika tiada hujan dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober lalu di sekitar kawasan Empangan Sungai Selangor. Empangan berkenaan kini berada dalam keadaan agak kritikal apabila kapasiti airnya hanya berada pada tahap 52 peratus dan pembenihan awan perlu dilakukan sekiranya ia mencecah tahap di bawah 50 peratus. Jika situasi semasa berterusan, Lembah Kelang diramal akan memasuki fasa krisis air dalam tempoh kurang 20 hari yakni lebih awal daripada yang dijangka sebelum ini. Situasi di empangan Sungai Selangor itu memberikan tamparan hebat kepada Abdul Khalid yang sebelum ini mendakwa Selangor tidak mempunyai masalah kerana semua empangannya dipenuhi air. Kenyataan beliau itu berbeza dengan realiti iaitu Selangor mempunyai masalah bekalan air terawat dan bukannya bekalan air mentah. Namun, situasi kehilangan air dalam jumlah yang banyak di Empangan Sungai Selangor memperlihatkan bahawa isunya kini bukan sekadar bekalan air terawat, tetapi kemampuan untuk memastikan bekalan air mentah juga perlu sentiasa cukup. Apa yang dibimbangkan ialah jika kapasiti air Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air terawat untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur terus jatuh dan pembenihan hujan pada saat terakhir gagal mencapai objektifnya- Mynewshub

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

doa pd Allah S.W.T supaya dturunkn hujan d kwsan slngor…

Public CommentUserdoa pd Allah S.W.T supaya dturunkn hujan d kwsan slngor...
• ayu

Benih orang lagi baik. dapat jugak anak

Public CommentUserBenih orang lagi baik. dapat jugak anak
• HangKebon

Kajian oleh Prof. Pinhas Alpert, Prof. Zev Levin dan Dr. Noam Halfon dari Universiti Tel Aviv itu disiarkan dalam journal Atmospheric Research tahun lalu. —-kajian dr tel aviv? MNH ni ejen yahudi ke? khihkhihkhihkhi puiii !!! entah2 buat web ni guna duit soros..puiii !!!

Public CommentUserKajian oleh Prof. Pinhas Alpert, Prof. Zev Levin dan Dr. Noam Halfon dari Universiti Tel Aviv itu disiarkan dalam journal Atmospheric Research tahun lalu. ----kajian dr tel aviv? MNH ni ejen yahudi ke? khihkhihkhihkhi puiii !!! entah2 buat web ni guna duit soros..puiii !!!
• sauqa

bangi dah hujan

Public CommentUserbangi dah hujan
• masowhore

takde yg kebetulan dalam dunia ni wooi…semuanye atas kudrat n iradat ALLAH taala..pi cedok dari tel aviv buat apa..aku dah kata …MNH ni suka cedok jer.. ketam batu kat India HALAL makan…ketam batu di sini HARAM..xpaham ke maksud maslahah siasah..lain tempat lain cara penyelesainnya..

Public CommentUsertakde yg kebetulan dalam dunia ni wooi...semuanye atas kudrat n iradat ALLAH taala..pi cedok dari tel aviv buat apa..aku dah kata ...MNH ni suka cedok jer.. ketam batu kat India HALAL makan...ketam batu di sini HARAM..xpaham ke maksud maslahah siasah..lain tempat lain cara penyelesainnya..
• papejela

semuanya atas kuasaNya…mana ada benda atas muka bumi ni kebetulan..sekurangnya ada usaha utk melakukan sesuatu dari sibuk dan bangkang itu tak boleh ini tak boleh..Allah suka org yang ada usaha,dan bukan mengalah sebelum mencuba…

Public CommentUsersemuanya atas kuasaNya...mana ada benda atas muka bumi ni kebetulan..sekurangnya ada usaha utk melakukan sesuatu dari sibuk dan bangkang itu tak boleh ini tak boleh..Allah suka org yang ada usaha,dan bukan mengalah sebelum mencuba...
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014