MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 16, 2014


Pengedar Dadah

Polis Temerloh Tumpas Geng Mat Lazim

    October 2, 2012




TEMERLOH – Polis Temerloh berjaya menumpaskan satu kumpulan dipercayai pengedar dadah dikenali sebagai Geng Mat Lazim dengan tertangkapnya seorang lelaki ketua kumpulan dan teman wanitanya dalam satu operasi di tepi Jalan Pintasan Mentakab, dekat sini pada 28 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata, dalam serbuan pukul 3.30 petang itu, pihaknya merampas dadah jenis syabu dan heroin seberat 227.8 gram bernilai RM10,000 dalam kereta Perodua Viva dinaiki suspek ketika ditahan.

“Polis menjumpai wang tunai RM2,280 dipercayai hasil jualan dadah di sekitar Kuala Krau, Kerdau dan Songsang. Geng Mat Lazim ini baru tiga bulan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Zundin berkata suspek berusia 23 tahun dan teman wanitanya berusia 17 tahun itu kini direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan .

Beliau berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung kes itu dan menyeru mereka terus berbuat demikian sebagai usaha membantu polis menangani jenayah berkenaan. – BERNAMA

Polis Temerloh Tumpas Geng Mat Lazimhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/dadah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/dadah-150x150.jpg MyNewsHub
TEMERLOH - Polis Temerloh berjaya menumpaskan satu kumpulan dipercayai pengedar dadah dikenali sebagai Geng Mat Lazim dengan tertangkapnya seorang lelaki ketua kumpulan dan teman wanitanya dalam satu operasi di tepi Jalan Pintasan Mentakab, dekat sini pada 28 Sept lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata, dalam serbuan...
<p style="text-align: justify;">TEMERLOH - Polis Temerloh berjaya menumpaskan satu kumpulan dipercayai pengedar dadah dikenali sebagai Geng Mat Lazim dengan tertangkapnya seorang lelaki ketua kumpulan dan teman wanitanya dalam satu operasi di tepi Jalan Pintasan Mentakab, dekat sini pada 28 Sept lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata, dalam serbuan pukul 3.30 petang itu, pihaknya merampas dadah jenis syabu dan heroin seberat 227.8 gram bernilai RM10,000 dalam kereta Perodua Viva dinaiki suspek ketika ditahan. "Polis menjumpai wang tunai RM2,280 dipercayai hasil jualan dadah di sekitar Kuala Krau, Kerdau dan Songsang. Geng Mat Lazim ini baru tiga bulan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di daerah ini," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa. Zundin berkata suspek berusia 23 tahun dan teman wanitanya berusia 17 tahun itu kini direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan . Beliau berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung kes itu dan menyeru mereka terus berbuat demikian sebagai usaha membantu polis menangani jenayah berkenaan. - BERNAMA</p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014