MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 24, 2014


PAS Johor Mahu Koo Ham Minta Maaf

PAS Johor Mahu Koo Ham Minta Maaf

    September 20, 2012




KUALA LUMPUR – PAS Johor mahu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims pada Jumaat ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada Khamis, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara yang dilakukan oleh Koo Ham itu amat mengguris hati, sekaligus membangkitkan kemarahan umat Islam kerana ia melibatkan kesucian Islam serta kemuliaan Rasulullah S.A.W.

Atas dasar itu juga, Mahfodz berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap usaha Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda Umno menganjurkan protes pada Jumat ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan serta penyiaran filem anti-Islam itu.

“Sekalipun Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu bergabung untuk menunjukkan protes, saya tidak ada masalah. Ini soal kesucian agama kita dan ia melangkaui kepentingan politik,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Beliau mengulas laman Twitter Koo Ham pada Isnin.

Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam tanpa mengira parti mempertahankan Islam daripada dicerca dan dihina oleh pihak lain.

“Ini soal kesucian agama kita dan kemuliaan Rasulullah.

“Cuba lihat di negara-negara Arab bagaimana umat Islam di sana bangkit membantah dengan keras penerbitan filem anti-Islam tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan di laman Twitternya pada Rabu berkata, bantahan demi bantahan demi mempertahankan Rasulullah adalah kewajipan minimum yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam.

“Masa yang diberi adalah pahala dan bukannya membazir,” kata Nasrudin. – MStar

PAS Johor Mahu Koo Ham Minta Maafhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Ngeh_Koo_Ham.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Ngeh_Koo_Ham-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - PAS Johor mahu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims pada Jumaat ini. Memetik laporan Utusan Malaysia pada Khamis, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara...
KUALA LUMPUR - PAS Johor mahu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims pada Jumaat ini. Memetik laporan Utusan Malaysia pada Khamis, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara yang dilakukan oleh Koo Ham itu amat mengguris hati, sekaligus membangkitkan kemarahan umat Islam kerana ia melibatkan kesucian Islam serta kemuliaan Rasulullah S.A.W. Atas dasar itu juga, Mahfodz berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap usaha Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda Umno menganjurkan protes pada Jumat ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan serta penyiaran filem anti-Islam itu. "Sekalipun Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu bergabung untuk menunjukkan protes, saya tidak ada masalah. Ini soal kesucian agama kita dan ia melangkaui kepentingan politik," katanya kepada akhbar berkenaan. Beliau mengulas laman Twitter Koo Ham pada Isnin. Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam tanpa mengira parti mempertahankan Islam daripada dicerca dan dihina oleh pihak lain. "Ini soal kesucian agama kita dan kemuliaan Rasulullah. "Cuba lihat di negara-negara Arab bagaimana umat Islam di sana bangkit membantah dengan keras penerbitan filem anti-Islam tersebut," katanya. Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan di laman Twitternya pada Rabu berkata, bantahan demi bantahan demi mempertahankan Rasulullah adalah kewajipan minimum yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam. "Masa yang diberi adalah pahala dan bukannya membazir," kata Nasrudin. - MStar

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • lin

    go go PAS UMNO…

    Public CommentUsergo go PAS UMNO...
  • HangJebon

    buat salah, mintak maaf. selesai! hal kecil2 boleh la mcm tu. ini bukan hal main2.

    Public CommentUserbuat salah, mintak maaf. selesai! hal kecil2 boleh la mcm tu. ini bukan hal main2.
  • johan

    Betul tu…mintak maaf saja x cukup! dah ramai sangat bangsa dia ni yang buat mcm tu kat bangsa kita and mintak maaf and terlepas….Dia ni mesti dihukum sebagai contoh kepada orang lain kerana mempersenda orang islam yang mempertahankan rasulnya.!..kerajaan kena tegas kali ni..enough is enough!

    Public CommentUserBetul tu...mintak maaf saja x cukup! dah ramai sangat bangsa dia ni yang buat mcm tu kat bangsa kita and mintak maaf and terlepas....Dia ni mesti dihukum sebagai contoh kepada orang lain kerana mempersenda orang islam yang mempertahankan rasulnya.!..kerajaan kena tegas kali ni..enough is enough!


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014