MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 24, 2014


Messi Jadi Penyelamat Barcelona

Messi Jadi Penyelamat Barcelona

    September 20, 2012




BARCELONA – Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menjadi penyelamat Barcelona yang menyumbat gol kemenangan 3-2 ke atas Spartak Moscow dalam saingan sulung Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah, di Camp Nou, awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Cristian Tello pada minit ke 14 sebelum Dani Alves menyumbat gol sendiri menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Barca yang memburu kejuraan ketiga Eropah dalam lima musim dikejutkan dengan gol pelawat pada minit ke-59 menerusi Romulo.
Namun, skuad Catalan itu bangkit untuk menguasai semula permainan dan Messi memperoleh gol penyamaan pada minit ke-71.

Berbaki 10 minit perlawanan tamat, Messi sekali lagi menyinar untuk menyumbat gol kemenangan Barca pada minit ke-80 untuk melengkapkan tiga mata penuh. – BHarian

Messi Jadi Penyelamat Barcelonahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Messi.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Messi-150x150.jpg MyNewsHub
BARCELONA - Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menjadi penyelamat Barcelona yang menyumbat gol kemenangan 3-2 ke atas Spartak Moscow dalam saingan sulung Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah, di Camp Nou, awal pagi tadi. Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Cristian Tello pada minit ke 14 sebelum Dani Alves menyumbat...
BARCELONA - Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menjadi penyelamat Barcelona yang menyumbat gol kemenangan 3-2 ke atas Spartak Moscow dalam saingan sulung Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah, di Camp Nou, awal pagi tadi. Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Cristian Tello pada minit ke 14 sebelum Dani Alves menyumbat gol sendiri menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Barca yang memburu kejuraan ketiga Eropah dalam lima musim dikejutkan dengan gol pelawat pada minit ke-59 menerusi Romulo. Namun, skuad Catalan itu bangkit untuk menguasai semula permainan dan Messi memperoleh gol penyamaan pada minit ke-71. Berbaki 10 minit perlawanan tamat, Messi sekali lagi menyinar untuk menyumbat gol kemenangan Barca pada minit ke-80 untuk melengkapkan tiga mata penuh. - BHarian

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    klu xde messi da klh da barca..

    Public CommentUserklu xde messi da klh da barca..


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014