MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014


Lebih 60 Keluarga Bimbang Ancaman Gajah Liar

Lebih 60 Keluarga Bimbang Ancaman Gajah Liar

    September 20, 2012




BALING – Lebih 60 keluarga di Kampung Padang, Rambong, Batu 7 dekat sini kini dalam kebimbangan akibat sekumpulan gajah liar berkeliaran di kawasan kampung mereka terutama di waktu malam sejak seminggu lepas.

Penduduk kampung mendakwa walaupun ada anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) meninjau kawasan yang dimusnahkan gajah tetapi hingga kini tiada sebarang tindakan dibuat, seperti mengusir gajah berkenaan kembali ke rimba berdekatan.

Tinjauan mendapati kebimbangan penduduk di sini mempunyai asas kerana gajah berkenaan memusnahkan pokok pisang yang terletak tidak sampai 50 meter di belakang sebuah rumah penduduk kampung.

Hingga kini, lebih 50 pokok termasuk pisang, kelapa, rumbia dan pinang dimusnahkan oleh kumpulan gajah itu.— BERNAMA

Lebih 60 Keluarga Bimbang Ancaman Gajah Liarhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Gajah-Liar1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Gajah-Liar1-150x150.jpg MyNewsHub
BALING - Lebih 60 keluarga di Kampung Padang, Rambong, Batu 7 dekat sini kini dalam kebimbangan akibat sekumpulan gajah liar berkeliaran di kawasan kampung mereka terutama di waktu malam sejak seminggu lepas. Penduduk kampung mendakwa walaupun ada anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) meninjau kawasan yang dimusnahkan...
BALING - Lebih 60 keluarga di Kampung Padang, Rambong, Batu 7 dekat sini kini dalam kebimbangan akibat sekumpulan gajah liar berkeliaran di kawasan kampung mereka terutama di waktu malam sejak seminggu lepas. Penduduk kampung mendakwa walaupun ada anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) meninjau kawasan yang dimusnahkan gajah tetapi hingga kini tiada sebarang tindakan dibuat, seperti mengusir gajah berkenaan kembali ke rimba berdekatan. Tinjauan mendapati kebimbangan penduduk di sini mempunyai asas kerana gajah berkenaan memusnahkan pokok pisang yang terletak tidak sampai 50 meter di belakang sebuah rumah penduduk kampung. Hingga kini, lebih 50 pokok termasuk pisang, kelapa, rumbia dan pinang dimusnahkan oleh kumpulan gajah itu.— BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014