MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


" Kami Khalwat Sebab Kena Halau "

” Kami Khalwat Sebab Kena Halau Keluarga “

    September 20, 2012




KLUANG – Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi Cegah Maksiat yang dijalankan.

Pegawai Tadbir Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan memberikan alasan dihalau keluarga masing-masing kerana mempunyai masalah.

“Namun, bahagian penguat kuasa mengetahui bahawa semua alasan yang diberikan adalah sekadar untuk menagih simpati agar terlepas daripada ditahan.

“Ia dikukuhkan lagi apabila pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan didapati mereka diikat jamin keluarga masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, operasi itu diketuai, Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Mohd Anuar Kosnin dan enam anggota penguat kuasa serta tujuh anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, di Dataran Tasek Putih Kluang, seramai empat pasangan remaja berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan kerana duduk berdua-duaan di tempat gelap dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai ketika pemeriksaan dilakukan di sekitar tasik
tersebut.

Mohd Khalil berkata, semua pasangan terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memantau pergaulan anak terutama yang perempuan kerana sewaktu pemeriksaan dijalankan mendapati ada pasangan yang ditahan adalah pasangan sama yang dicekup pada operasi yang dijalankan sebelum ini. (SINAR HARIAN)

” Kami Khalwat Sebab Kena Halau Keluarga “http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/image8.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/image8-150x150.jpg MyNewsHub
KLUANG - Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam. Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3...
KLUANG - Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam. Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi Cegah Maksiat yang dijalankan. <strong>Pegawai Tadbir Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan memberikan alasan dihalau keluarga masing-masing kerana mempunyai masalah.</strong> <strong>“Namun, bahagian penguat kuasa mengetahui bahawa semua alasan yang diberikan adalah sekadar untuk menagih simpati agar terlepas daripada ditahan.</strong> <strong>“Ia dikukuhkan lagi apabila pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan didapati mereka diikat jamin keluarga masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.</strong> Menurutnya, operasi itu diketuai, Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Mohd Anuar Kosnin dan enam anggota penguat kuasa serta tujuh anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. Sementara itu, di Dataran Tasek Putih Kluang, seramai empat pasangan remaja berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan kerana duduk berdua-duaan di tempat gelap dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai ketika pemeriksaan dilakukan di sekitar tasik tersebut. Mohd Khalil berkata, semua pasangan terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara. Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memantau pergaulan anak terutama yang perempuan kerana sewaktu pemeriksaan dijalankan mendapati ada pasangan yang ditahan adalah pasangan sama yang dicekup pada operasi yang dijalankan sebelum ini. <strong>(SINAR HARIAN)</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • мя. кяαв’ѕ ємρℓσуєє

    Wow, alasan terbaek dari ladang.

    Public CommentUserWow, alasan terbaek dari ladang.
  • asr

    mencemarkan lagi nama simpang renggam yg dah tercemar.. puii. budakk.. budakk…

    Public CommentUsermencemarkan lagi nama simpang renggam yg dah tercemar.. puii. budakk.. budakk...
  • HangJebon

    dah perangai ko memang burok sebab tu family ko halau ko…kecik2 nak mapuihhh!noharommmmmmmmmmm!puiii

    Public CommentUserdah perangai ko memang burok sebab tu family ko halau ko...kecik2 nak mapuihhh!noharommmmmmmmmmm!puiii
  • http://twitter.com/Arbain2012 Arbain2012

    Kalau kena halau pun mesti tidur berdua ke…….

    Public CommentUserKalau kena halau pun mesti tidur berdua ke.......
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001405882003 YAt Shamsuddin

    alasan… auta jea lebih…konon jea kne halau…pas ni mesti kne halau betol2… memalukan makbapak jea

    Public CommentUseralasan... auta jea lebih...konon jea kne halau...pas ni mesti kne halau betol2... memalukan makbapak jea
  • http://www.facebook.com/nurinsyazahani.zuhairi NurinSyaza Hani Zuhairi

    Hadoi…kene halau x halau dengan keluarge ttap buad salah

    Public CommentUserHadoi...kene halau x halau dengan keluarge ttap buad salah
  • opah_brutal

    olololooooooo…..kena halau ngn keluarga erk….ciannya…..cian sangat3…..puiiii….aku ingtkan umo belasan tahun….bodoh punya olang…….dah boleh jd bapak ngn mak org dah…..bodoh punya alasan…..ni la,bakal2 buang ank sok ni…..jenis lgu ni la….

    Public CommentUserolololooooooo.....kena halau ngn keluarga erk....ciannya.....cian sangat3.....puiiii....aku ingtkan umo belasan tahun....bodoh punya olang.......dah boleh jd bapak ngn mak org dah.....bodoh punya alasan.....ni la,bakal2 buang ank sok ni.....jenis lgu ni la....
  • ryne

    eleh…. alasan semata je tu… piirahhh…

    Public CommentUsereleh.... alasan semata je tu... piirahhh...
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001485382706 El Tiger

    kepala otak ko!

    Public CommentUserkepala otak ko!
  • Red1Echizen

    statement bodoh!!! dah salah, salahkan famili lg…otak simpan mana? kepala lutut ker

    Public CommentUserstatement bodoh!!! dah salah, salahkan famili lg...otak simpan mana? kepala lutut ker
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1332859632 Fatin Hazdzirah

    eh ada cite apa lagi kat spg rengam? aku dlu selalu stay kat tmn mohd yasin

    Public CommentUsereh ada cite apa lagi kat spg rengam? aku dlu selalu stay kat tmn mohd yasin
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000918996927 Danial Nazmeer

    tk tahu pulak aku kalau kene halau keluarga perlu tidur berdua bersama.

    Public CommentUsertk tahu pulak aku kalau kene halau keluarga perlu tidur berdua bersama.
  • http://twitter.com/PakCikSyafiq Syafiq

    wth??

    Public CommentUserwth??
  • Si KOsong

    saje lew tew nak troll jabatan agama~ hahaha

    Public CommentUsersaje lew tew nak troll jabatan agama~ hahaha
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000100892023 Abdul Syukur Wahid

    ,,,,,,,

    Public CommentUser,,,,,,,
  • Billie Alan

    elok sgtlah berantai cam monkey dah

    Public CommentUserelok sgtlah berantai cam monkey dah


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014