MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 24, 2014


Penangan kekejaman ibu tiri

Bunuh Anak: Suami Bebas, Isteri Dituduh

    September 20, 2012




JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini,hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskannya dari tuduhan membunuh anak kandungnya tahun lalu.

Hakim Samsudin Hassan memutuskan untuk membebas dan melepaskan Norafizan Udin, 31, yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dari tuduhan membunuh Nur Dania Qistina Norafizan, 4, selepas pihak pendakwa menerima representasi yang dikemukakan peguam bela.

Samsudin bagaimanapun mengekalkan tuduh ke atas isteri Norafizan, Dewi Nadia Alias, 26.

Norafizan dan Dewi didakwa membunuh Nur Dania di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram disini pada jam 6 hingga 9 pagi, 9 Januari 2011.

Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Norafizan yang diwakili peguam G K Sritharan dan Ramesh Vasen telah mengemukakan representasi yang menyertakan alibi bahawa Norafizan tidak berada di lokasi ketika kejadian kerana keluar bekerja.

Dia yang memakai kemeja-T berkolar berwarna kelabu dan berseluar jeans mengucapkan syukur sambil menekup mukanya tanda syukur selepas mendengar keputusan hakim.

Dewi Nadia yang juga ibu tiri kepada mangsa mengaku tidak bersalah atas tuduhan pindaan yang dibacakan ke atasnya iaitu membunuh Nur Dania.

Samsudin menetapkan 23 hingga 25 Oktober ini bagi perbicaraan.

Dewi Nadia diwakili peguam, Sukhaimi Mashood.

Bunuh Anak: Suami Bebas, Isteri Dituduhhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Penangan-kekejaman-ibu-tiri.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Penangan-kekejaman-ibu-tiri.jpg MyNewsHub
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini,hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskannya dari tuduhan membunuh anak kandungnya tahun lalu. Hakim Samsudin Hassan memutuskan untuk membebas dan melepaskan Norafizan Udin, 31, yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dari...
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini,hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskannya dari tuduhan membunuh anak kandungnya tahun lalu. Hakim Samsudin Hassan memutuskan untuk membebas dan melepaskan Norafizan Udin, 31, yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dari tuduhan membunuh Nur Dania Qistina Norafizan, 4, selepas pihak pendakwa menerima representasi yang dikemukakan peguam bela. Samsudin bagaimanapun mengekalkan tuduh ke atas isteri Norafizan, Dewi Nadia Alias, 26. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/pix_gal0.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-102957" title="pix_gal0" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/pix_gal0.jpg" alt="" width="288" height="268" /></a> Norafizan dan Dewi didakwa membunuh Nur Dania di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram disini pada jam 6 hingga 9 pagi, 9 Januari 2011. Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Norafizan yang diwakili peguam G K Sritharan dan Ramesh Vasen telah mengemukakan representasi yang menyertakan alibi bahawa Norafizan tidak berada di lokasi ketika kejadian kerana keluar bekerja. Dia yang memakai kemeja-T berkolar berwarna kelabu dan berseluar jeans mengucapkan syukur sambil menekup mukanya tanda syukur selepas mendengar keputusan hakim. Dewi Nadia yang juga ibu tiri kepada mangsa mengaku tidak bersalah atas tuduhan pindaan yang dibacakan ke atasnya iaitu membunuh Nur Dania. Samsudin menetapkan 23 hingga 25 Oktober ini bagi perbicaraan. Dewi Nadia diwakili peguam, Sukhaimi Mashood.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • opah_brutal

    bapak dah d bebaskan….ibu tiri mengaku tidak bersalah….abis tu sapa yg membunuh….

    bodoh punya manusia…… ms dera budak tu xhengat dunia…setan tui….

    Public CommentUserbapak dah d bebaskan....ibu tiri mengaku tidak bersalah....abis tu sapa yg membunuh.... bodoh punya manusia...... ms dera budak tu xhengat dunia...setan tui....
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    pelik pelik jer

    Public CommentUserpelik pelik jer
  • http://www.facebook.com/hairul123 Hairul Fata Morgana

    Ngaku tak bersalah tu mintak di tangguhkan kes… even tak ngaku pun kalau pendakwa membuktikan keraguan munasabah, tetap disabit.

    Public CommentUserNgaku tak bersalah tu mintak di tangguhkan kes... even tak ngaku pun kalau pendakwa membuktikan keraguan munasabah, tetap disabit.
  • http://www.facebook.com/masitamohamad0785 Masita Mohamad

    anak tu dah selamat kat syurga sana, takda pe nak risau, cuma tengok keadaan mayat, hati rasa sayu, yela wahai bapaknya .. bukan kau yang mengandung, melahirkan senang-senang nak dera sampai mati .. sini lepas, sana tak lepas bang kak oi! ..

    Public CommentUseranak tu dah selamat kat syurga sana, takda pe nak risau, cuma tengok keadaan mayat, hati rasa sayu, yela wahai bapaknya .. bukan kau yang mengandung, melahirkan senang-senang nak dera sampai mati .. sini lepas, sana tak lepas bang kak oi! ..
  • nooooor

    pukul sikit2 x bole ke??smpai meninggal apekehalnye?

    Public CommentUserpukul sikit2 x bole ke??smpai meninggal apekehalnye?
  • Anonymous

    yang tahu siapa yg bersalah dalam hal ini hanya mereka yg terlibat dan terdekat saja,serperti ibu ayah dan sikorban,tapi klu ayah lepas ibu di salah kan ini tak adil…………..

    Public CommentUseryang tahu siapa yg bersalah dalam hal ini hanya mereka yg terlibat dan terdekat saja,serperti ibu ayah dan sikorban,tapi klu ayah lepas ibu di salah kan ini tak adil..............
  • fynn

    mndidik anak2 mmg kena tahap ksbaran yg tinggi.kadang2 pernah anak buat hal rasa mcm nak belasah jea tp fikir balik ini amanah dan anugerah dariNya dan bole tenang kmbali..

    Public CommentUsermndidik anak2 mmg kena tahap ksbaran yg tinggi.kadang2 pernah anak buat hal rasa mcm nak belasah jea tp fikir balik ini amanah dan anugerah dariNya dan bole tenang kmbali..
  • fynn

    belajar tak tinggi, keja pun ala2 jea. pastu anak2 pun ramai lak tu.income tak cukup,makan pun bercatu.anak2 tak cukup makan mmg buat hal merengek tak tentu pasal.yg mak bapak tak faham dera smpai mati.apapun anak2 ni kena bg kenyang perut,cukup tido,bg bermain jea.tak susah pun..

    Public CommentUserbelajar tak tinggi, keja pun ala2 jea. pastu anak2 pun ramai lak tu.income tak cukup,makan pun bercatu.anak2 tak cukup makan mmg buat hal merengek tak tentu pasal.yg mak bapak tak faham dera smpai mati.apapun anak2 ni kena bg kenyang perut,cukup tido,bg bermain jea.tak susah pun..
  • opah_brutal

    kalau mcm tu,jgn tau nk beranak ja….rancang la….ank2 bukn satu bebanan…setiap ank ada rezekinya….

    Public CommentUserkalau mcm tu,jgn tau nk beranak ja....rancang la....ank2 bukn satu bebanan...setiap ank ada rezekinya....
  • opah_brutal

    fikir mcm mn org yg xada ank….bersyukur la ada zuriat sendr….kalau mandul mcm mn rasa nya…..mesti kena hina xsudah….sekian….

    Public CommentUserfikir mcm mn org yg xada ank....bersyukur la ada zuriat sendr....kalau mandul mcm mn rasa nya.....mesti kena hina xsudah....sekian....


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014