MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


BN Sabah Tidak Tergugat Yahya Lampong Sertai PKR

BN Sabah Tidak Tergugat Yahya Lampong Sertai PKR

    September 16, 2012




BEAUFORT – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PartiKeadilan Rakyat (PKR).

“Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini Ahad.

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata, demikian ketika diminta mengulas perkara itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.

Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Musa berkata, kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta rakyat Beaufort menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau wakil rakyat daripada parti pembangkang…apa gunanya. Banyak tempatyang diwakili pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa sebab tiada peruntukan dantidak boleh berjumpa Perdana Menteri.

“Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri…senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah,” katanya.

Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Musa berkata, pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kiniketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan.

“Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang.

“Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor…di sana sini ada masalah termasuk masalah air.

“Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang…ini tidak betul,” katanya.

Musa turut mempersoalkan: “Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun.”

Beliau berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. – BERNAMA

BN Sabah Tidak Tergugat Yahya Lampong Sertai PKRhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/musa-aman-sabah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/musa-aman-sabah-150x150.jpg MyNewsHub
BEAUFORT - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PartiKeadilan Rakyat (PKR). 'Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan...
BEAUFORT - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PartiKeadilan Rakyat (PKR). "Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini Ahad. Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata, demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran. Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. Musa berkata, kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya. Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta rakyat Beaufort menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang. "Kalau wakil rakyat daripada parti pembangkang...apa gunanya. Banyak tempatyang diwakili pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa sebab tiada peruntukan dantidak boleh berjumpa Perdana Menteri. "Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri...senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah," katanya. Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang. Musa berkata, pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kiniketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan. "Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang. "Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor...di sana sini ada masalah termasuk masalah air. "Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang...ini tidak betul," katanya. Musa turut mempersoalkan: "Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun." Beliau berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    absla bn…

    Public CommentUserabsla bn...


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014