MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014


TH Hantar Surat Tambahan Kuota Haji

TH Hantar Surat Tambahan Kuota Haji

    September 13, 2012




YAN – Tabung Haji (TH) menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi, semalam, bagi memohon tambahan kuota jemaah haji Malaysia tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata surat kedua dihantar oleh TH memandangkan tiada jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung penambahan kuota tersebut.

“Kuota sedia ada sebanyak 28,000 orang dan kita pohon lagi 10,000 kuota untuk jemaah Malaysia. Kita akan tunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Guar Chempedak dekat sini, Khamis.

Beliau turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu TH dalam usaha mendapatkan kuota tambahan tersebut bagi memberi peluang kepada jemaah Malaysia melakukan ibadah Haji tahun ini.

Katanya disiplin jemaah haji ketika berada di tanah suci diambil kira oleh kerajaan Arab Saudi selain prasarana dan kemudahan sedia ada yang terdapat di sana.

Jamil Khir berkata selain itu, isu jemaah umrah Malaysia tinggal lebih masa di Mekah baru-baru ini turut memberi kesan kepada penilaian kerajaan Arab Saudi dalam meluluskan kuota tambahan tersebut.

Beliau berharap jemaah haji yang bakal berangkat ke tanah suci mulai 17 Sept ini menjaga tingkah laku dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh TH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya harap mereka juga tidak terlibat dalam apa-apa perhimpunan yang boleh menimbulkan syak anggota keselamatan Arab Saudi yang mentakrifkannya sebagai perhimpunan haram,” katanya. – BERNAMA

TH Hantar Surat Tambahan Kuota Hajihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Gambar-Haji-Malaysia.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Gambar-Haji-Malaysia-150x150.jpg MyNewsHub
YAN - Tabung Haji (TH) menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi, semalam, bagi memohon tambahan kuota jemaah haji Malaysia tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata surat kedua dihantar oleh TH memandangkan tiada jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung penambahan...
YAN - Tabung Haji (TH) menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi, semalam, bagi memohon tambahan kuota jemaah haji Malaysia tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata surat kedua dihantar oleh TH memandangkan tiada jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung penambahan kuota tersebut. "Kuota sedia ada sebanyak 28,000 orang dan kita pohon lagi 10,000 kuota untuk jemaah Malaysia. Kita akan tunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Guar Chempedak dekat sini, Khamis. Beliau turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu TH dalam usaha mendapatkan kuota tambahan tersebut bagi memberi peluang kepada jemaah Malaysia melakukan ibadah Haji tahun ini. Katanya disiplin jemaah haji ketika berada di tanah suci diambil kira oleh kerajaan Arab Saudi selain prasarana dan kemudahan sedia ada yang terdapat di sana. Jamil Khir berkata selain itu, isu jemaah umrah Malaysia tinggal lebih masa di Mekah baru-baru ini turut memberi kesan kepada penilaian kerajaan Arab Saudi dalam meluluskan kuota tambahan tersebut. Beliau berharap jemaah haji yang bakal berangkat ke tanah suci mulai 17 Sept ini menjaga tingkah laku dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh TH bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. "Saya harap mereka juga tidak terlibat dalam apa-apa perhimpunan yang boleh menimbulkan syak anggota keselamatan Arab Saudi yang mentakrifkannya sebagai perhimpunan haram," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • lee

    insya’Allah….semoga dipermudahkan segala urusan…

    Public CommentUserinsya'Allah....semoga dipermudahkan segala urusan...


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014