MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Kerajaan Pusat Sanggup Disaman Demi Rakyat Di Lembah Klang

Kerajaan Pusat Sanggup Disaman Demi Rakyat Di Lembah Klang

    September 13, 2012




Kesuntukan masa telah memaksa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bertegas untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, apabila mengumumkan tender bagi projek tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) baru-baru ini.

Negeri Selangor kini semakin hampir menghadapi krisis air yang dijangka paling teruk pada tahun 2016, namun pembinan loji rawatan air bagi bagi mengatasi masalah tersebut masih belum dibina lagi.

Untuk makluman bagi membina sesebuah loji rawatan air ia memerlukan sekurang-kurangnya 48 bulan (4tahun) untuk siap dibina sepenuhnya.

Selepas pengumuman tender Langat 2, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa-kuasa tertentu sekiranya Kerajaan Pusat mahu meneruskan projek tersebut selain enggan memberikan kebenaran termasuk Perintah Pembangunan (DO).

Ini membawa maksud bahawa Kerajaan Persekutuan bakal berdepan dengan risiko disaman memandangkan pembinaan loji tersebut tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Sehingga kini, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dikemudi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu masih “keras kepala” enggan membenarkan loji Langat 2 dibina di negeri tersebut meskipun ia dijangka bakal menyelesaikan krisis air yang kini mula melanda rakyat di negeri itu.

Penulis agak terharu dengan sikap Kerajaan Pusat apabila sanggup mengambil risiko untuk dihadapkan ke mahkamah demi memastikan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air bersih serta tidak lagi berdepan dengan krisis air.

Sebagai kawasan yang dianggap paling pesat membangun dan termaju di negara ini, adalah memalukan apabila sesebuah kerajaan itu tidak mampu menyediakan bekalan air bersih yang menjadi sebahagian dari keperluan asas kehidupan manusia.

Melalui pemantauan terkini, ratusan ribu rakyat di sekitar Lembah Klang kini menghadapi masalah tidak mendapat bekalan air bersih dan tekanan air rendah, di mana ia adalah ‘bunga-bunga’ awal krisis air kritikal yang dijangka melanda Selangor pada tahun 2014.

Melalui kajian pakar, loji Langat 2 adalah merupakan satu-satunya jawapan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, namun projek pembinaannya dihalang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 2008.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi alasan bahawa kerajaan pimpinannya itu membantah projek berkenaan kononnya Kerajaan Pusat tidak telus dalam soal pemberian tender pembinaannya yang didakwa akan diberikan kepada kroni Barisan Nasional.

Namun alasan berbaur politik itu mudah ditangkis memandangkan Kerajaan Pusat mengamalkan sistem tender terbuka sebagaimana selalu dan Khalid serta kerajaan pimpinannya sinis disindir apabila turut dipelawa untuk memohon tender projek Langat 2.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, kemudiaan cuba menyelamatkan keadaan apabila cuba ‘meracuni’ pemikiran rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa pembinaan loji berharga RM6 bilion itu akan ditanggung rakyat negeri itu melalui kenaikan harga tarif air.

Benarkah begitu? Dan apakah alasan ahli politik bernama Xavier itu rasional?

Memandangkan loji-loji sedia ada kini tidak dapat lagi menampung lagi permintaan air bersih rakyat di Lembah Klang, beberapa loji yang berfungsi melebihi kapasiti sebenar dan dikhuatiri akan rosak pada bila-bila masa, maka adalah wajar sebuah lagi loji dibina.

Apakah salah membina Langat 2 untuk menyalurkan bekalan air bersih untuk rakyat dan apakah rakyat mahu kos loji berkenaan dibiaya oleh wang peribadi seseorang tanpa membabitkan wang mereka?

Tidak cukup dengan alasan air penuh di empangan, pemimpin politik Pakatan Rakyat beri pula alasan pembinaan Langat 2 akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70 peratus dan terkini kerajaan negeri mahukan penstrukturan sektor air serta mengambil alih syarikat SYABAS.

Padahal, semua alasan tersebut tiada kaitan antara satu sama lain.

Merujuk kepada loji rawatan air Sg Labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih yang telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun loji berkenaan tidak menyebabkan harga air naik.

Tiada seorang pun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat atau Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba, malah mereka rasa lega kerana adanya bekalan air bersih secukupnya berbanding sebelum ini.

Mungkin Khalid dan Xavier takut kerajaan negeri terpaksa membayar jumlah wang yang lebih tinggi kepada SYABAS ekoran ‘skim air percuma’ yang jelas membantutkan kemajuan pengurusan air di Selangor.

Sebenarnya, tiada perkhidmatan bekalan air bersih yang percuma di zaman ini di mana khidmat untuk merawat air mentah kepada air bersih memerlukan kos yang tinggi.

Siapa yang akan menanggung kos aluminium sulphate yang digunakan untuk merawat berbilion gelen air mentah? Siapa pula yang sanggup membiayai kos elektrik di pusat rawatan air tersebut dan bagaimana pula dengan kos gaji pekerja-pekerja industri air itu?

Khalid perlu memikirkan tentang siapa yang sanggup membiayai modal untuk membeli segala peralatan industri air di seluruh loji rawatan air di negerinya dan apakah dia sanggup memberikan segalanya secara percuma secara berterusan sehingga ke akhir zaman?

Pada akhirnya, kerajaan negeri yang sepatutnya membiayai segala kos tersebut akan mengagih-agihkan beban terlampau itu kepada rakyat melalui cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain cukai tambahan lagi.

Maka tidak hairanlah selepas dua tahun menjalankan ‘skim air percuma’ maka dana untuk industri air di Selangor ‘kering kontang’ bagaikan loji-lojinya apabila gagal menjana pendapatan yang diharapkan sehingga Kerajaan Negeri terpaksa menampung kos tersebut dari sumber lain.

Mujurlah rakyat di negara ini memiliki sebuah kerajaan pusat yang begitu prihatin dan tegas membela kebajikan rakyat sehingga sanggup disaman kerajaan negeri yang terlalu suka berpolitik berbanding menjaga kesejahteraan hidup rakyat sendiri.

Penulis tidak pasti sampai bila Khalid dan kepimpinannya akan mempamerkan ketidakmatangan mereka dalam menangani krisis air di Selangor, namun apapun alasan yang diberikan, Langat 2 perlu dibina segera untuk memastikan seluruh rakyat di Lembah Klang menerima bekalan air bersih. – Mynewshub.my

Kerajaan Pusat Sanggup Disaman Demi Rakyat Di Lembah Klanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/kompleks-mahkamah-jalan-duta.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/kompleks-mahkamah-jalan-duta-150x150.jpg MyNewsHub
Kesuntukan masa telah memaksa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bertegas untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, apabila mengumumkan tender bagi projek tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) baru-baru ini. Negeri Selangor kini semakin hampir menghadapi krisis air yang dijangka paling teruk pada tahun...
Kesuntukan masa telah memaksa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bertegas untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, apabila mengumumkan tender bagi projek tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) baru-baru ini. Negeri Selangor kini semakin hampir menghadapi krisis air yang dijangka paling teruk pada tahun 2016, namun pembinan loji rawatan air bagi bagi mengatasi masalah tersebut masih belum dibina lagi. Untuk makluman bagi membina sesebuah loji rawatan air ia memerlukan sekurang-kurangnya 48 bulan (4tahun) untuk siap dibina sepenuhnya. Selepas pengumuman tender Langat 2, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa-kuasa tertentu sekiranya Kerajaan Pusat mahu meneruskan projek tersebut selain enggan memberikan kebenaran termasuk Perintah Pembangunan (DO). Ini membawa maksud bahawa Kerajaan Persekutuan bakal berdepan dengan risiko disaman memandangkan pembinaan loji tersebut tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Sehingga kini, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dikemudi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu masih “keras kepala” enggan membenarkan loji Langat 2 dibina di negeri tersebut meskipun ia dijangka bakal menyelesaikan krisis air yang kini mula melanda rakyat di negeri itu. Penulis agak terharu dengan sikap Kerajaan Pusat apabila sanggup mengambil risiko untuk dihadapkan ke mahkamah demi memastikan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air bersih serta tidak lagi berdepan dengan krisis air. Sebagai kawasan yang dianggap paling pesat membangun dan termaju di negara ini, adalah memalukan apabila sesebuah kerajaan itu tidak mampu menyediakan bekalan air bersih yang menjadi sebahagian dari keperluan asas kehidupan manusia. Melalui pemantauan terkini, ratusan ribu rakyat di sekitar Lembah Klang kini menghadapi masalah tidak mendapat bekalan air bersih dan tekanan air rendah, di mana ia adalah 'bunga-bunga' awal krisis air kritikal yang dijangka melanda Selangor pada tahun 2014. Melalui kajian pakar, loji Langat 2 adalah merupakan satu-satunya jawapan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, namun projek pembinaannya dihalang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 2008. Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi alasan bahawa kerajaan pimpinannya itu membantah projek berkenaan kononnya Kerajaan Pusat tidak telus dalam soal pemberian tender pembinaannya yang didakwa akan diberikan kepada kroni Barisan Nasional. Namun alasan berbaur politik itu mudah ditangkis memandangkan Kerajaan Pusat mengamalkan sistem tender terbuka sebagaimana selalu dan Khalid serta kerajaan pimpinannya sinis disindir apabila turut dipelawa untuk memohon tender projek Langat 2. Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, kemudiaan cuba menyelamatkan keadaan apabila cuba 'meracuni' pemikiran rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa pembinaan loji berharga RM6 bilion itu akan ditanggung rakyat negeri itu melalui kenaikan harga tarif air. Benarkah begitu? Dan apakah alasan ahli politik bernama Xavier itu rasional? Memandangkan loji-loji sedia ada kini tidak dapat lagi menampung lagi permintaan air bersih rakyat di Lembah Klang, beberapa loji yang berfungsi melebihi kapasiti sebenar dan dikhuatiri akan rosak pada bila-bila masa, maka adalah wajar sebuah lagi loji dibina. Apakah salah membina Langat 2 untuk menyalurkan bekalan air bersih untuk rakyat dan apakah rakyat mahu kos loji berkenaan dibiaya oleh wang peribadi seseorang tanpa membabitkan wang mereka? Tidak cukup dengan alasan air penuh di empangan, pemimpin politik Pakatan Rakyat beri pula alasan pembinaan Langat 2 akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70 peratus dan terkini kerajaan negeri mahukan penstrukturan sektor air serta mengambil alih syarikat SYABAS. Padahal, semua alasan tersebut tiada kaitan antara satu sama lain. Merujuk kepada loji rawatan air Sg Labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih yang telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun loji berkenaan tidak menyebabkan harga air naik. Tiada seorang pun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat atau Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba, malah mereka rasa lega kerana adanya bekalan air bersih secukupnya berbanding sebelum ini. <strong>Mungkin Khalid dan Xavier takut kerajaan negeri terpaksa membayar jumlah wang yang lebih tinggi kepada SYABAS ekoran 'skim air percuma' yang jelas membantutkan kemajuan pengurusan air di Selangor.</strong> <strong>Sebenarnya, tiada perkhidmatan bekalan air bersih yang percuma di zaman ini di mana khidmat untuk merawat air mentah kepada air bersih memerlukan kos yang tinggi.</strong> <strong>Siapa yang akan menanggung kos aluminium sulphate yang digunakan untuk merawat berbilion gelen air mentah? Siapa pula yang sanggup membiayai kos elektrik di pusat rawatan air tersebut dan bagaimana pula dengan kos gaji pekerja-pekerja industri air itu?</strong> <strong>Khalid perlu memikirkan tentang siapa yang sanggup membiayai modal untuk membeli segala peralatan industri air di seluruh loji rawatan air di negerinya dan apakah dia sanggup memberikan segalanya secara percuma secara berterusan sehingga ke akhir zaman?</strong> <strong>Pada akhirnya, kerajaan negeri yang sepatutnya membiayai segala kos tersebut akan mengagih-agihkan beban terlampau itu kepada rakyat melalui cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain cukai tambahan lagi.</strong> Maka tidak hairanlah selepas dua tahun menjalankan 'skim air percuma' maka dana untuk industri air di Selangor 'kering kontang' bagaikan loji-lojinya apabila gagal menjana pendapatan yang diharapkan sehingga Kerajaan Negeri terpaksa menampung kos tersebut dari sumber lain. Mujurlah rakyat di negara ini memiliki sebuah kerajaan pusat yang begitu prihatin dan tegas membela kebajikan rakyat sehingga sanggup disaman kerajaan negeri yang terlalu suka berpolitik berbanding menjaga kesejahteraan hidup rakyat sendiri. Penulis tidak pasti sampai bila Khalid dan kepimpinannya akan mempamerkan ketidakmatangan mereka dalam menangani krisis air di Selangor, namun apapun alasan yang diberikan, Langat 2 perlu dibina segera untuk memastikan seluruh rakyat di Lembah Klang menerima bekalan air bersih. - <strong>Mynewshub.my</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • hati panas

    nate mu khalid ibraheng… umah hok banglo oghe kayo dok tau masalah air

    Public CommentUsernate mu khalid ibraheng... umah hok banglo oghe kayo dok tau masalah air
  • go@y

    go gogog

    Public CommentUsergo gogog
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000981496193 Jimmy Maxx

    Bagus… TENKIU UMNO!!!! PKR…… bye-bye ;-0

    Public CommentUserBagus... TENKIU UMNO!!!! PKR...... bye-bye ;-0
  • HangJebon

    kahkahkah! itu mmg style khalid dan pr, buat keputusan atas sebab politik semata-mata tanpa memikirkan kesan keatas rakyat keseluruhannya. hampas punya orang. tahniah utk kerajaan pusat diatas keputusan ini.

    Public CommentUserkahkahkah! itu mmg style khalid dan pr, buat keputusan atas sebab politik semata-mata tanpa memikirkan kesan keatas rakyat keseluruhannya. hampas punya orang. tahniah utk kerajaan pusat diatas keputusan ini.
  • HangKebon

    buat la jidin apa kau nak buat..rakyat tetap pilih PR..lembu dgn kambing je undi umno…khihkhihkhihkhihki puii !!!

    Public CommentUserbuat la jidin apa kau nak buat..rakyat tetap pilih PR..lembu dgn kambing je undi umno...khihkhihkhihkhihki puii !!!
  • lang buana

    bye bye PR….. ta ta ti ti tu tu…..

    Public CommentUserbye bye PR..... ta ta ti ti tu tu.....
  • wishingtree

    bagi aku senang je.. setiap pembangunan pesat kene la ade juga pembangunan infrastruktur asas yg sama. mane boleh pembangunan pesat baru ada tapi infrastruktur asas takat yg lama. mmg la xboleh tampung. skrg dah byk kawasan perumahan & commercial baru dibuka. mcm mane nak harap loji lame tu je nak tampung bekalan air bersih utk semua kawasan2 tersebut.

    Public CommentUserbagi aku senang je.. setiap pembangunan pesat kene la ade juga pembangunan infrastruktur asas yg sama. mane boleh pembangunan pesat baru ada tapi infrastruktur asas takat yg lama. mmg la xboleh tampung. skrg dah byk kawasan perumahan & commercial baru dibuka. mcm mane nak harap loji lame tu je nak tampung bekalan air bersih utk semua kawasan2 tersebut.
  • HangSayur

    HEHEHEHE…ko faham makna “kebodohan melampau”? hahahahha

    Public CommentUserHEHEHEHE...ko faham makna "kebodohan melampau"? hahahahha
  • mak jemah

    si khalid ni pk duit masuk je.. business minded.. pk untung je.. bab keperluan asas idop, die ni mmg buduss…

    Public CommentUsersi khalid ni pk duit masuk je.. business minded.. pk untung je.. bab keperluan asas idop, die ni mmg buduss...
  • haaa

    aiii pahang takdak air tu tak buat juga ka?…smua nk duit

    Public CommentUseraiii pahang takdak air tu tak buat juga ka?...smua nk duit
  • HangKebon

    paham..bodoh mcm kau laa..mcm lembu..dah tau bodoh..lg nak tanya org..khihkhihkhikhhi puii !!!

    Public CommentUserpaham..bodoh mcm kau laa..mcm lembu..dah tau bodoh..lg nak tanya org..khihkhihkhikhhi puii !!!
  • slasher

    orang ramai diperbodohkan ngan kerajaan pusat..sebetulnye xde isu air kurang pon kt selangor ni..xcaye pergi la tengok sendiri kt empangan2 kt area selangor ni..kerajaan pusat saje nak tarik perhatian orang awam supaya nampak PKR kt selangor ni cam bodo je sampai air bersih pon xleh nk setelkan..die ingat orang2 sekarang bodo ke..nk tipu orang2 kampung or orang2 tue boleh la..puiii

    Public CommentUserorang ramai diperbodohkan ngan kerajaan pusat..sebetulnye xde isu air kurang pon kt selangor ni..xcaye pergi la tengok sendiri kt empangan2 kt area selangor ni..kerajaan pusat saje nak tarik perhatian orang awam supaya nampak PKR kt selangor ni cam bodo je sampai air bersih pon xleh nk setelkan..die ingat orang2 sekarang bodo ke..nk tipu orang2 kampung or orang2 tue boleh la..puiii
  • Safri

    ye beruk..komen lagi ke beruk??

    Public CommentUserye beruk..komen lagi ke beruk??
  • kaki jub0

    kau ni sekolah tak pass ker mat.. macam bodo je..

    Public CommentUserkau ni sekolah tak pass ker mat.. macam bodo je..
  • HangJebon

    ye safri bangang, ada apa dengan mu bangang? kahkahkah!

    Public CommentUserye safri bangang, ada apa dengan mu bangang? kahkahkah!
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014