MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


Dr Asri Puji Ning BAizura Tarik Diri

Dr Asri Puji Ning BAizura Tarik Diri

    September 13, 2012




Beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu Ning Baizura dan Mizz Nina terbabit di dalam persembahan jenama arak terkenal, Guinness Arthur’s Day.

Mizz Nina bagaimanapun bersungguh-sungguh menjelaskan segala pertanyaan yang dikemukakan pelbagai pihak.

Mana tidaknya, sebagai artis yang berstatus agama Islam, mengapa mereka perlu terlibat di dalam acara sebegini.

Banyak lagi persembahan lain yang boleh dilakukan. Tak akan tak ada kot?

Bagaimanapun, Ning Baizura mempunyai cara yang berbeza bagi meredakan cakap-cakap orang.

Tanpa membuat kenyataan panjang, dia memberitahu telah menarik diri daripada persembahan yang bakal berlangsung pada 28 September ini.

Bagus betul Ning, daripada mendapat dosa sebab orang ramai asyik mengata, lebih baik dia melakukan sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada dirinya sendiri.

Malah tindakan penyanyi itu mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Mohd Asri mengucapkan tahniah di atas penarikan diri Ning daripada program terbabit.

“Sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram,” kata Dr Asri yang dipetik melalu Sinar Harian.

Selain itu, Dr Asri turut menyeru artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas agama dengan sebaiknya.

Katanya, dia tidak bermaksud untuk menggesa mana-mana artis menjadi pendakwah.

Sebaliknya, dia mahu sekurang-kurangnya mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar peraturan agama walaupun mereka berada di dalam dunia hiburan.

Mengulas mengenai seorang lagi penyanyi iaitu Mizz Nina, Dr Asri berharap dia dapat menarik diri.

Rezeki ada di mana-mana, insyallah…,” katanya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Dr Asri Puji Ning BAizura Tarik Dirihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Dr-Asri.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Dr-Asri-150x150.jpg MyNewsHub
Beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu Ning Baizura dan Mizz Nina terbabit di dalam persembahan jenama arak terkenal, Guinness Arthur’s Day. Mizz Nina bagaimanapun bersungguh-sungguh menjelaskan segala pertanyaan yang dikemukakan pelbagai pihak. Mana tidaknya, sebagai artis yang berstatus agama Islam, mengapa mereka perlu terlibat di dalam acara sebegini. Banyak lagi persembahan lain...
Beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu Ning Baizura dan Mizz Nina terbabit di dalam persembahan jenama arak terkenal, Guinness Arthur’s Day. Mizz Nina bagaimanapun bersungguh-sungguh menjelaskan segala pertanyaan yang dikemukakan pelbagai pihak. Mana tidaknya, sebagai artis yang berstatus agama Islam, mengapa mereka perlu terlibat di dalam acara sebegini. Banyak lagi persembahan lain yang boleh dilakukan. Tak akan tak ada kot? Bagaimanapun, Ning Baizura mempunyai cara yang berbeza bagi meredakan cakap-cakap orang. Tanpa membuat kenyataan panjang, dia memberitahu telah menarik diri daripada persembahan yang bakal berlangsung pada 28 September ini. Bagus betul Ning, daripada mendapat dosa sebab orang ramai asyik mengata, lebih baik dia melakukan sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada dirinya sendiri. Malah tindakan penyanyi itu mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dr Mohd Asri mengucapkan tahniah di atas penarikan diri Ning daripada program terbabit. "Sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram," kata Dr Asri yang dipetik melalu Sinar Harian. Selain itu, Dr Asri turut menyeru artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas agama dengan sebaiknya. Katanya, dia tidak bermaksud untuk menggesa mana-mana artis menjadi pendakwah. Sebaliknya, dia mahu sekurang-kurangnya mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar peraturan agama walaupun mereka berada di dalam dunia hiburan. Mengulas mengenai seorang lagi penyanyi iaitu Mizz Nina, Dr Asri berharap dia dapat menarik diri. Rezeki ada di mana-mana, insyallah...," katanya. Oleh: <strong>NURUL NAFISAH MAZLAN</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    pe la komen miss nina ye?kak ning dh trik dri,1 tndkn yg bjak..

    Public CommentUserpe la komen miss nina ye?kak ning dh trik dri,1 tndkn yg bjak..
  • haaa

    p halau pulak puak yg masuk disco…sokong org jual arak….

    Public CommentUserp halau pulak puak yg masuk disco...sokong org jual arak....


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014