Saturday, April 12, 2014

PM Lancar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

PM Lancar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

September 11, 2012

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.

“Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, Selasa.

Beliau berkata, pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan.

“Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar dewan ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara.

“Demonstrasi jalanan dan menjatuhkan maruah orang lain bukan nilai-nilai kita.

“Kita memerlukan nilai-nilai untuk memastikan generasi muda masa kini berupaya memacu negara ke peringkat tertinggi,” katanya.

Beliau turut berkata, semua pemimpin harus mempunyai keberanian moral untuk mengetepikan politik daripada sistem pendidikan.

“Ini untuk memastikan bahawa kita membuat keputusan demi kepentingan terbaik anak-anak kita dan negara,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran memberikan taklimat selama 25 minit kepada tetamu yang hadir menyaksikan pelancaran pelan tindakan tersebut.

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

PM Lancar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/pelan1xx_513_300.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/pelan1xx_513_300-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. 'Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,' katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di...
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. "Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa," katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, Selasa. Beliau berkata, pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan. "Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar dewan ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata, pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara. "Demonstrasi jalanan dan menjatuhkan maruah orang lain bukan nilai-nilai kita. "Kita memerlukan nilai-nilai untuk memastikan generasi muda masa kini berupaya memacu negara ke peringkat tertinggi," katanya. Beliau turut berkata, semua pemimpin harus mempunyai keberanian moral untuk mengetepikan politik daripada sistem pendidikan. "Ini untuk memastikan bahawa kita membuat keputusan demi kepentingan terbaik anak-anak kita dan negara," katanya. Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran memberikan taklimat selama 25 minit kepada tetamu yang hadir menyaksikan pelancaran pelan tindakan tersebut. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• cik_man

Demonstrasi jalanan dan menjatuhkan maruah orang lain bukan nilai-nilai kita

Public CommentUserDemonstrasi jalanan dan menjatuhkan maruah orang lain bukan nilai-nilai kita
• мя. кяαв’ѕ ємρℓσуєє

“menjatuhkan maruah orang lain”… OH THE IRONY

Public CommentUser"menjatuhkan maruah orang lain"... OH THE IRONY
• anonymous

aku tak faham kenapa nak guna perkataan
profisien. kan sedap kalau guna ganti dengan perkataan fasih. lagi sedap!

Public CommentUseraku tak faham kenapa nak guna perkataan profisien. kan sedap kalau guna ganti dengan perkataan fasih. lagi sedap!
• Pelajar

Beliau turut berkata, semua pemimpin harus mempunyai keberanian moral untuk mengetepikan politik daripada sistem pendidikan.

sgt ironi bunyinya…sape yg politikkan pendidikan selama ni..xyah ckp la…dulu sy dtg sekolah nk ambik anugerah SPM..tp YB dtg bukan nk cerita pasal pendidikan..tp cerita politik..dh tu..boleh pulak buruk2kan lawan politik..

Public CommentUserBeliau turut berkata, semua pemimpin harus mempunyai keberanian moral untuk mengetepikan politik daripada sistem pendidikan. sgt ironi bunyinya...sape yg politikkan pendidikan selama ni..xyah ckp la...dulu sy dtg sekolah nk ambik anugerah SPM..tp YB dtg bukan nk cerita pasal pendidikan..tp cerita politik..dh tu..boleh pulak buruk2kan lawan politik..
• bontanen

Yalah. Dah ada istilah sendiri ‘cekeding’ pulak nak guna istilah asing. Sebenarnya istilah kita sendiri sudah mencukupi malah berlebihan.

Public CommentUserYalah. Dah ada istilah sendiri 'cekeding' pulak nak guna istilah asing. Sebenarnya istilah kita sendiri sudah mencukupi malah berlebihan.
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014