MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014

DMC Switch Off Bagi Kesedaran Pengguna Gadjet

‘DMC Switch Off’-Kesedaran Pengguna Gadjet

September 8, 2012

Apabila disebut media baru, pastinya anda akan terfikir dengan kepelbagaian serta kecanggihan teknologi pelbagai gajet dan peranti media yang berada di pasaran kini.

Pastinya, gadjet serta peranti digital akan turut dikaitan dengan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi untuk diaktifkan.

Justeru, pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka telah mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program kesedaran kepada warga UiTM bagi memupuk sikap positif berkaitan penjimatan penggunaan tenaga elektrik .

Program yang diberi nama ‘DMC Switch Off’ itu berlangsung pada 5 September lalu dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Fakulti FKPM UiTM Melaka, Nor Raihan Abu Bakar.

Program tersebut telah mencapai objektif serta sasaran apabila penganjur program berjaya menarik minat ribuan penuntut UiTM Melaka Kampus Alor Gajah untuk hadir menjayakan program itu.

Acara utama pada program tersebut adalah acara nyalaan lilin apabila lampu-lampu di sekitar kawasan program itu ditutup sebagai simbolik kesedaran penjimatan tenaga elektrik dan menyelamatkan bumi secara amnya.

Selain itu, program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada kugiran indie tempatan seperti Julie Goes Overseas, Telephony serta pengasas muzik chiptune , Mikrobotmen yang mengunakan konsol gameboy untuk menghasilkan muzik.

Pada masa yang sama, penyanyi yang mencipta nama menerusi laman Youtube yang juga bakat dari UiTM Melaka sendiri, Daiyan Trisha serta rakannya, Mysara Nasir turut menghiburkan hati para penonton dengan lontaran vokal alunan akustik.

Menurut penganjur program, program tersebut merupakan sebahagian program-mini bagi mendokong program utama mereka iaitu Digital Media Carnival (DMC) yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 September 2012 akan datang di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Sebagaimana tema DMC iaitu memperkasa media baru, penganjur program DMC Switch Off memang merancang untuk menggunakan medium hiburan dan kreativiti dan dalam pada masa yang sama, mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa berkenaan penjimatan penggunaan elektrik dan tanggungjawab sosial untuk menyelamatkan bumi.

Jika anda mahasiswa IPT serta mempunyai pelbagai aktiviti serta program menarik yang ingin dikongsikan bersama, salurkan maklumat berkenaan kepada: mnhprogram@gmail.com

DMC Switch Off Bagi Kesedaran Pengguna Gadjet

Oleh: HARITS ASYRAF

‘DMC Switch Off’-Kesedaran Pengguna Gadjethttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/switchoff2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/switchoff2-150x150.jpg MyNewsHub
Apabila disebut media baru, pastinya anda akan terfikir dengan kepelbagaian serta kecanggihan teknologi pelbagai gajet dan peranti media yang berada di pasaran kini. Pastinya, gadjet serta peranti digital akan turut dikaitan dengan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi untuk diaktifkan. Justeru, pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi...
Apabila disebut media baru, pastinya anda akan terfikir dengan kepelbagaian serta kecanggihan teknologi pelbagai gajet dan peranti media yang berada di pasaran kini. Pastinya, gadjet serta peranti digital akan turut dikaitan dengan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi untuk diaktifkan. Justeru, pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka telah mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program kesedaran kepada warga UiTM bagi memupuk sikap positif berkaitan penjimatan penggunaan tenaga elektrik . Program yang diberi nama 'DMC Switch Off' itu berlangsung pada 5 September lalu dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Fakulti FKPM UiTM Melaka, Nor Raihan Abu Bakar. Program tersebut telah mencapai objektif serta sasaran apabila penganjur program berjaya menarik minat ribuan penuntut UiTM Melaka Kampus Alor Gajah untuk hadir menjayakan program itu. Acara utama pada program tersebut adalah acara nyalaan lilin apabila lampu-lampu di sekitar kawasan program itu ditutup sebagai simbolik kesedaran penjimatan tenaga elektrik dan menyelamatkan bumi secara amnya. Selain itu, program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada kugiran indie tempatan seperti Julie Goes Overseas, Telephony serta pengasas muzik chiptune , Mikrobotmen yang mengunakan konsol gameboy untuk menghasilkan muzik. Pada masa yang sama, penyanyi yang mencipta nama menerusi laman Youtube yang juga bakat dari UiTM Melaka sendiri, Daiyan Trisha serta rakannya, Mysara Nasir turut menghiburkan hati para penonton dengan lontaran vokal alunan akustik. Menurut penganjur program, program tersebut merupakan sebahagian program-mini bagi mendokong program utama mereka iaitu Digital Media Carnival (DMC) yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 September 2012 akan datang di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka. Sebagaimana tema DMC iaitu memperkasa media baru, penganjur program DMC Switch Off memang merancang untuk menggunakan medium hiburan dan kreativiti dan dalam pada masa yang sama, mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa berkenaan penjimatan penggunaan elektrik dan tanggungjawab sosial untuk menyelamatkan bumi. Jika anda mahasiswa IPT serta mempunyai pelbagai aktiviti serta program menarik yang ingin dikongsikan bersama, salurkan maklumat berkenaan kepada: mnhprogram@gmail.com

Oleh: HARITS ASYRAF

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014