MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014

Izara Aishah Kini Duta Produk Secret Garden

Izara Aishah Kini Duta Produk Secret Garden

September 6, 2012

KUALA LUMPUR – Pelakon yang semakin meningkat naik, Izara Aishah, 20, hari ini diumumkan menjadi duta kepada rangkaian produk penjagaan peribadi, Secret Garden.

Rezeki pelakon cantik itu semakin mencurah-curah selepas dia membintangi drama Vanilla Coklat di TV3 bermula Disember tahun lalu.

Ditanya mengapa dia bersetuju untuk menjadi duta kepada produk berkenaan, Izara yang semamangnya bijak menutur kata mempunyai alasan yang tersendiri.

“Saya tidak pernah menjadi duta kepada mana-mana produk penjagaan diri, jadi ini adalah peluang saya untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Malah ia juga satu permulaan yang baik untuk diri saya kerana seperti yang kita tahu Secret Garden bukan sebarang jenama, ia mempunyai pengguna yang ramai,” katanya semasa ditemubual pada Majlis Pelancaran Produk Baru Secret Garden, di Passion Road di sini  hari ini.

Tambah Izara, dengan menjadi duta produk Secret Garden, ia juga dapat mendekatkan dirinya bersama peminat.

“Sepanjang tempoh satu tahun saya bersama Secret Garden ini, saya akan cuba mengikuti apa saja promosi yang mereka lakukan.

“Saya teruju untuk mewakili produk yang telah saya guna sejak dulu lagi,” katanya.

Izara dilantik sebagai duta Secret Garden bermula 1 September lalu sehingga 31 Ogos tahun hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini anda boleh ke laman rasmi Secret Garden di www.secretgarden.com.my

Oleh: Nurul Nafisah Mazlan

Foto: Yumni Harun

Izara Aishah Kini Duta Produk Secret Gardenhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/photo-21.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/photo-21-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Pelakon yang semakin meningkat naik, Izara Aishah, 20, hari ini diumumkan menjadi duta kepada rangkaian produk penjagaan peribadi, Secret Garden. Rezeki pelakon cantik itu semakin mencurah-curah selepas dia membintangi drama Vanilla Coklat di TV3 bermula Disember tahun lalu. Ditanya mengapa dia bersetuju untuk menjadi duta kepada produk berkenaan,...
KUALA LUMPUR - Pelakon yang semakin meningkat naik, Izara Aishah, 20, hari ini diumumkan menjadi duta kepada rangkaian produk penjagaan peribadi, Secret Garden. Rezeki pelakon cantik itu semakin mencurah-curah selepas dia membintangi drama Vanilla Coklat di TV3 bermula Disember tahun lalu. Ditanya mengapa dia bersetuju untuk menjadi duta kepada produk berkenaan, Izara yang semamangnya bijak menutur kata mempunyai alasan yang tersendiri. "Saya tidak pernah menjadi duta kepada mana-mana produk penjagaan diri, jadi ini adalah peluang saya untuk mencuba sesuatu yang baru. "Malah ia juga satu permulaan yang baik untuk diri saya kerana seperti yang kita tahu Secret Garden bukan sebarang jenama, ia mempunyai pengguna yang ramai," katanya semasa ditemubual pada Majlis Pelancaran Produk Baru Secret Garden, di Passion Road di sini  hari ini. Tambah Izara, dengan menjadi duta produk Secret Garden, ia juga dapat mendekatkan dirinya bersama peminat. "Sepanjang tempoh satu tahun saya bersama Secret Garden ini, saya akan cuba mengikuti apa saja promosi yang mereka lakukan. "Saya teruju untuk mewakili produk yang telah saya guna sejak dulu lagi," katanya. Izara dilantik sebagai duta Secret Garden bermula 1 September lalu sehingga 31 Ogos tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini anda boleh ke laman rasmi Secret Garden di www.secretgarden.com.my Oleh: Nurul Nafisah Mazlan Foto: Yumni Harun

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• LinkD

comel izara.. manja.. keh keh keh

Public CommentUsercomel izara.. manja.. keh keh keh

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014