Saturday, April 12, 2014


VIDEO: Kehebatan Pasukan Komando Negara, Gerup Gerak Khas (GGK) Dalam History Channel

Saksikan Video Kehebatan Gerup Gerak Khas (GGK) Seperti Yang Tersiar Dalam History Channel

    September 5, 2012




Gerup Gerak Khas (GGK) merupakan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan dan memiliki kelas tersendiri di kaca mata pasukan khas terkemuka di dunia.

Meskipun tidak banyak kisah mengenai GGK didedahkan menerusi media, namun tiada siapa yang dapat menafikan tentang kehebatan pasukan itu bersandarkan pelbagai kejayaan yang telah diraih sebelum ini.

Tanpa semangat, keazaman, ketahanan mental dan fizikal serta ilmu muslihat perang yang mencukupi tidak mungkin seseorang itu boleh lulus Kursus Asas Komando yang melayakkan mereka dianugerahkan beret hijau, diploma dan pisau komando.

Selepas memiliki kelayakan itu, barulah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai operasi berisiko tinggi yang menjadikan nyawa sendiri sebagai pertaruhan.

Biarpun sedar dengan segala risiko yang ada, namun ia sama sekali tidak pernah menggentar hati mereka yang berada dalam pasukan itu. Malah mereka tidak pernah menyesal kerana memasuki pasukan elit tersebut.

Walaupun sewaktu mengikuti kursus asas tiada belas kasihan ditunjukkan oleh jurulatih terhadap mereka, namun hasil daripada latihan seumpama itu jugalah yang menjadikan mereka memiliki semangat berpasukan yang jitu di samping kecekalan hati untuk mengharungi apa jua cabaran yang mendatang.

Sememangnya tiada siapa yang boleh menafikan bahawa untuk lulus kursus tersebut bukanlah satu tugas yang mudah.

Apatah lagi setiap penuntut mesti mencapai taraf fizikal dan mental yang tinggi serta perlu lulus ujian jasmani, mencapai taraf pengetahuan asas (teori dan amali) di dalam semua mata pelajaran muslihat di peringkat seksyen dan terup.

 

Mereka juga mestilah boleh mengendali dan menembak semua jenis senjata kecil dan bantuan yang terdapat di dalam pasukan tempur serta mempunyai pengetahuan asas mengendalikan bahan-bahan letupan dengan selamat dan berjaya.

Untuk kelangsungan perjuangan pula, mereka wajib mengetahui jenis-jenis tumbuhan dan binatang yang boleh dimakan sama ada di paya atau di hutan dan perkara ini amat dititik beratkan semasa latihan ikhtiar hidup.

Sepanjang tempoh latihan selama 12 minggu itu juga, semua penuntut akan dipaksa menjalani latihan keras dan lasak dengan berbagai tekanan yang sengaja diwujudkan oleh jurulatih demi memastikan hanya yang benar-benar berkualiti sahaja lulus dan berjaya menamatkan kelima-lima peringkat modul latihan iaitu kem, hutan, paya, laut dan akhir sekali latihan melari dan menghindarkan diri.

Pada kebiasaannya, tidak sampai separuh daripada penuntut yang mendaftar diri pada hari pertama yang berjaya mengikuti latihan sehingga ke peringkat terakhir kerana pelbagai sebab.

Namun, bagi yang telah bersedia, segala dugaan yang datang dihadapi dengan tabah demi memastikan beret hijau yang diburu tidak terlepas dari genggaman.

Tambahan pula, memakai beret hijau, merupakan satu lambang pengorbanan yang tulen dan mempunyai taraf profesionalisme yang tinggi seterusnya melayakkan para pemakainya menyertai GGK, salah satu pasukan elit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

History Channel mengiktiraf keupayaan pasukan tersebut dengan menghasilkan dokumentari mengenai pasukan tersebut

SAKSIKAN!

 

Saksikan Video Kehebatan Gerup Gerak Khas (GGK) Seperti Yang Tersiar Dalam History Channelhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/GGK.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/GGK-150x150.jpg MyNewsHub
Gerup Gerak Khas (GGK) merupakan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan dan memiliki kelas tersendiri di kaca mata pasukan khas terkemuka di dunia. Meskipun tidak banyak kisah mengenai GGK didedahkan menerusi media, namun tiada siapa yang dapat menafikan tentang kehebatan pasukan itu bersandarkan pelbagai kejayaan yang telah diraih sebelum ini. Tanpa...
Gerup Gerak Khas (GGK) merupakan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan dan memiliki kelas tersendiri di kaca mata pasukan khas terkemuka di dunia. Meskipun tidak banyak kisah mengenai GGK didedahkan menerusi media, namun tiada siapa yang dapat menafikan tentang kehebatan pasukan itu bersandarkan pelbagai kejayaan yang telah diraih sebelum ini. Tanpa semangat, keazaman, ketahanan mental dan fizikal serta ilmu muslihat perang yang mencukupi tidak mungkin seseorang itu boleh lulus Kursus Asas Komando yang melayakkan mereka dianugerahkan beret hijau, diploma dan pisau komando. Selepas memiliki kelayakan itu, barulah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai operasi berisiko tinggi yang menjadikan nyawa sendiri sebagai pertaruhan. Biarpun sedar dengan segala risiko yang ada, namun ia sama sekali tidak pernah menggentar hati mereka yang berada dalam pasukan itu. Malah mereka tidak pernah menyesal kerana memasuki pasukan elit tersebut. Walaupun sewaktu mengikuti kursus asas tiada belas kasihan ditunjukkan oleh jurulatih terhadap mereka, namun hasil daripada latihan seumpama itu jugalah yang menjadikan mereka memiliki semangat berpasukan yang jitu di samping kecekalan hati untuk mengharungi apa jua cabaran yang mendatang. Sememangnya tiada siapa yang boleh menafikan bahawa untuk lulus kursus tersebut bukanlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi setiap penuntut mesti mencapai taraf fizikal dan mental yang tinggi serta perlu lulus ujian jasmani, mencapai taraf pengetahuan asas (teori dan amali) di dalam semua mata pelajaran muslihat di peringkat seksyen dan terup.   <p style="text-align: center;"><a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/image-2.jpg"><img class="size-full wp-image-99563 aligncenter" title="image (2)" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/image-2.jpg" alt="" width="454" height="303" /></a></p> Mereka juga mestilah boleh mengendali dan menembak semua jenis senjata kecil dan bantuan yang terdapat di dalam pasukan tempur serta mempunyai pengetahuan asas mengendalikan bahan-bahan letupan dengan selamat dan berjaya. Untuk kelangsungan perjuangan pula, mereka wajib mengetahui jenis-jenis tumbuhan dan binatang yang boleh dimakan sama ada di paya atau di hutan dan perkara ini amat dititik beratkan semasa latihan ikhtiar hidup. Sepanjang tempoh latihan selama 12 minggu itu juga, semua penuntut akan dipaksa menjalani latihan keras dan lasak dengan berbagai tekanan yang sengaja diwujudkan oleh jurulatih demi memastikan hanya yang benar-benar berkualiti sahaja lulus dan berjaya menamatkan kelima-lima peringkat modul latihan iaitu kem, hutan, paya, laut dan akhir sekali latihan melari dan menghindarkan diri. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/image-3.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-99564" title="image (3)" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/image-3.jpg" alt="" width="454" height="303" /></a> Pada kebiasaannya, tidak sampai separuh daripada penuntut yang mendaftar diri pada hari pertama yang berjaya mengikuti latihan sehingga ke peringkat terakhir kerana pelbagai sebab. Namun, bagi yang telah bersedia, segala dugaan yang datang dihadapi dengan tabah demi memastikan beret hijau yang diburu tidak terlepas dari genggaman. <p style="text-align: center;"><a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Grup_Gerak_Khas_GGK.jpg"><img class="aligncenter wp-image-99565" title="Grup_Gerak_Khas_GGK" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Grup_Gerak_Khas_GGK.jpg" alt="" width="520" height="347" /></a></p> Tambahan pula, memakai beret hijau, merupakan satu lambang pengorbanan yang tulen dan mempunyai taraf profesionalisme yang tinggi seterusnya melayakkan para pemakainya menyertai GGK, salah satu pasukan elit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). History Channel mengiktiraf keupayaan pasukan tersebut dengan menghasilkan dokumentari mengenai pasukan tersebut <strong>SAKSIKAN!</strong>   <iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/aiTRdJ7toUQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Kaki Kutuk 360 Darjah

    Banyak potong,adegan asal terlampau sadis dan brutal..sebab tu SAS British dengan Komando US cukup respek dgn cara Latihan Komando Malaysia..Cara latihan Komando Malaysia selalu buat golongan SERBANITAS mengucap “Subhanalah,Astarfirullah” ana mohon share”.. kah3

    Cam gampang golongan serbanitas ni,komando makan bewak,makan monyet pun nak pertikai…Ingat ada roti arab kot kat tengah hutan xD

    Public CommentUserBanyak potong,adegan asal terlampau sadis dan brutal..sebab tu SAS British dengan Komando US cukup respek dgn cara Latihan Komando Malaysia..Cara latihan Komando Malaysia selalu buat golongan SERBANITAS mengucap "Subhanalah,Astarfirullah" ana mohon share".. kah3 Cam gampang golongan serbanitas ni,komando makan bewak,makan monyet pun nak pertikai...Ingat ada roti arab kot kat tengah hutan xD
  • http://www.facebook.com/people/Intan-Ayob/1518264409 Intan Ayob

    bukan sekadar tayangan.. tapi persediaan untu hadapi musuh.. tahniah GGK Malaysia..

    Public CommentUserbukan sekadar tayangan.. tapi persediaan untu hadapi musuh.. tahniah GGK Malaysia..
  • http://www.facebook.com/norsabarina Norsabarina Saleh

    Perwira Negara.. Tahniah! Perlu dijadikan contoh muda-mudi bsemangat kental dpersada negara.. Mjaga tanahair Malaysia tercinta:-)

    Public CommentUserPerwira Negara.. Tahniah! Perlu dijadikan contoh muda-mudi bsemangat kental dpersada negara.. Mjaga tanahair Malaysia tercinta:-)
  • alan

    xmcm mendedahkan pada phak luar tentang kekuatan tntera malaysia ke?

    Public CommentUserxmcm mendedahkan pada phak luar tentang kekuatan tntera malaysia ke?
  • merdeka!

    ini adalah sebahagian kecil latihan asas komando yg boleh didedahkan kepada umum sahaja,yg lain msti la tidak didedahkan demi menjaga kedaulatan negara..semua telah..semuanya telah dipikirkan akan kebaikan dan keburukkanya..

    Public CommentUserini adalah sebahagian kecil latihan asas komando yg boleh didedahkan kepada umum sahaja,yg lain msti la tidak didedahkan demi menjaga kedaulatan negara..semua telah..semuanya telah dipikirkan akan kebaikan dan keburukkanya..
  • Komando Pencen

    Untuk menjadikan sesebuah negara itu kekal aman dan makmur ia memerlukan segelintir rakyatnya melibatkan diri menyertai tentera demi menjaga keselamatan negara dari ancaman luar, untuk menjadi anggota pasukan elit ATM pula (Komando) ia bukanlah suatu paksaan ia hendaklah dilakukan dengan rela hati tanpa berbelah bagi demi negara ini, jika tidak ia akan menjadi Komando Pewai (Gagal) jangan ingat dalam masa aman ini kita tiada musuh terutama negara2 yang banyak sumber asli terutama seperti Malaysia. Oleh itu sebagai rakyat biasa, jangan sekali2 menuding jari dengan berkata alah askar masa aman makan tidor aje, kerana tentera ada cogankatanya sendiri yang perlu difahami dan dipatuhi . Biar Mandi Peluh Masa Aman Membuat Latihan dari Bermandi Darah Masa Perang. Salam

    Public CommentUserUntuk menjadikan sesebuah negara itu kekal aman dan makmur ia memerlukan segelintir rakyatnya melibatkan diri menyertai tentera demi menjaga keselamatan negara dari ancaman luar, untuk menjadi anggota pasukan elit ATM pula (Komando) ia bukanlah suatu paksaan ia hendaklah dilakukan dengan rela hati tanpa berbelah bagi demi negara ini, jika tidak ia akan menjadi Komando Pewai (Gagal) jangan ingat dalam masa aman ini kita tiada musuh terutama negara2 yang banyak sumber asli terutama seperti Malaysia. Oleh itu sebagai rakyat biasa, jangan sekali2 menuding jari dengan berkata alah askar masa aman makan tidor aje, kerana tentera ada cogankatanya sendiri yang perlu difahami dan dipatuhi . Biar Mandi Peluh Masa Aman Membuat Latihan dari Bermandi Darah Masa Perang. Salam
  • fatanat

    dh mcm org asli dh tgk..apapun syabas

    Public CommentUserdh mcm org asli dh tgk..apapun syabas
  • Fredo Corleone

    diorng cuma tunjuk basic training je.. aku rsa bnyak training yg diorang cut..

    Public CommentUserdiorng cuma tunjuk basic training je.. aku rsa bnyak training yg diorang cut..
  • alan

    even basic training pun mcm sedikit sebanyk pihak lain leh th kowt.. biasala org luar ckp kagum bagai sbb salah satunya nak tahu kekuatan tentera kita.. manela kita thkan.. hehehe..

    Public CommentUsereven basic training pun mcm sedikit sebanyk pihak lain leh th kowt.. biasala org luar ckp kagum bagai sbb salah satunya nak tahu kekuatan tentera kita.. manela kita thkan.. hehehe..
  • dagdigdug

    Benda2 mcm ni serampang 2 mata. Satu nak tunjuk kekuatan untuk gerun kan musuh, satu lagi untuk kasi rakyat berbangga dengan kekuatan yang ada. Macam marching hari kebangsaan negara2 macam China, russia, Korea selatan and what not, dimana diorang pamerkan askar2 dan senjata2 yang diorang ada untuk gerunkan musuh.

    Public CommentUserBenda2 mcm ni serampang 2 mata. Satu nak tunjuk kekuatan untuk gerun kan musuh, satu lagi untuk kasi rakyat berbangga dengan kekuatan yang ada. Macam marching hari kebangsaan negara2 macam China, russia, Korea selatan and what not, dimana diorang pamerkan askar2 dan senjata2 yang diorang ada untuk gerunkan musuh.
  • http://www.facebook.com/jaasalleh Ja’ar Salleh

    Sedih kerana urusan pengambaran dilakukan oleh media singapura. Sedikit sebanyak telah mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya semasa off shooting.

    Public CommentUserSedih kerana urusan pengambaran dilakukan oleh media singapura. Sedikit sebanyak telah mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya semasa off shooting.
  • http://www.facebook.com/RedzuanMerah Redzuan Omar

    GGK memang terbaik lah..

    Public CommentUserGGK memang terbaik lah..
  • Pemandu Bas Mini

    Malaysians are proud of you GGK.

    Public CommentUserMalaysians are proud of you GGK.
  • komando

    oooo yeah…i sokong u…

    Public CommentUseroooo yeah...i sokong u...
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014