Saturday, April 12, 2014


Hubungan Kami Masih Kuat – Nadia Shahrul

Hubungan Kami Masih Kuat – Nadia Shahrul

    September 1, 2012




KUALA LUMPUR – Bekas pengacara bagi rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Shahrul Annuar, 28, jujur mengakui hubungannya dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir semakin kuat dan utuh.

Walaupun Nadia tersepit antara kontroversi yang tercalit dalam hidup Sammy, dia bersyukur kerana masih lagi boleh mempercayai kekasih hatinya.

Bukan itu sahaja, Nadia juga turut mengakui dia sudah pun berjumpa dengan keluarga Sammy di Indonesia untuk berbincang hubungan mereka dengan lebih serius.

“Alhamdulillah, hubungan kami masih kuat. Hubungan kami baru saja terjalin beberapa bulan lalu dan saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk perhubungan kami.

“Saya sudahpun pergi ke Indonesia untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Walaupun kami tinggal berjauhan, namun kami masih lagi berkomunikasi melalui BBM dan Twitter. Malah, kalau tak sibuk, kami juga akan jumpa dalam dua kali sebulan,” kata Nadia yang dipetik dari laman portal Gua.com.

Biar pun Sammy pernah meringkuk dalam penjara disabitkan dengan tuduhan memiliki dadah syabu, Nadia masih lagi ikhlas menerima diri kekasihnya itu kerana memikirkan dia senang dengan personaliti Sammy.

Atas dasar mempercayai antara satu sama lain menguatkan lagi hubungan dan rasa cinta antara mereka walaupun berhubungan secara jarak jauh.

“Saya senang berkawan dengan dia kerana dia seorang yang memahami dan pandai berjenaka. Kami juga saling mempercayai apatah lagi kami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

“Sudah tentu saya tidak selesa dengan perkara ini kerana saya percaya lagi senang jika hubungan jarak dekat. Tapi baguslah sebab kalau jarak jauh tak menggalakkan maksiat,” katanya.

Beberapa bulan lalu, satu gosip panas melanda dalam hubungan cinta antara Nadia dan Sammy apabila seorang wanita muncul secara tiba-tiba mendakwa Sammy telah menipu dirinya.

Wanita itu mendedahkan kepada media di Indonesia yang Sammy adalah kekasihnya dan pernah tinggal sebumbung sewaktu masih lagi berhubungan.

Malah, wanita itu juga turut berani mendakwa Sammy meninggalkan dirinya selepas bertemu dengan kekasih baru iaitu Nadia.

 

Oleh: NAIMAH SHAARI

Hubungan Kami Masih Kuat – Nadia Shahrulhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Nadia-Shahrul-Annuar.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/09/Nadia-Shahrul-Annuar-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Bekas pengacara bagi rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Shahrul Annuar, 28, jujur mengakui hubungannya dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir semakin kuat dan utuh. Walaupun Nadia tersepit antara kontroversi yang tercalit dalam hidup Sammy, dia bersyukur kerana masih lagi boleh mempercayai kekasih hatinya. Bukan itu sahaja, Nadia juga...
KUALA LUMPUR – Bekas pengacara bagi rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Shahrul Annuar, 28, jujur mengakui hubungannya dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir semakin kuat dan utuh. Walaupun Nadia tersepit antara kontroversi yang tercalit dalam hidup Sammy, dia bersyukur kerana masih lagi boleh mempercayai kekasih hatinya. Bukan itu sahaja, Nadia juga turut mengakui dia sudah pun berjumpa dengan keluarga Sammy di Indonesia untuk berbincang hubungan mereka dengan lebih serius. “Alhamdulillah, hubungan kami masih kuat. Hubungan kami baru saja terjalin beberapa bulan lalu dan saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk perhubungan kami. “Saya sudahpun pergi ke Indonesia untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Walaupun kami tinggal berjauhan, namun kami masih lagi berkomunikasi melalui BBM dan Twitter. Malah, kalau tak sibuk, kami juga akan jumpa dalam dua kali sebulan,” kata Nadia yang dipetik dari laman portal Gua.com. Biar pun Sammy pernah meringkuk dalam penjara disabitkan dengan tuduhan memiliki dadah syabu, Nadia masih lagi ikhlas menerima diri kekasihnya itu kerana memikirkan dia senang dengan personaliti Sammy. Atas dasar mempercayai antara satu sama lain menguatkan lagi hubungan dan rasa cinta antara mereka walaupun berhubungan secara jarak jauh. “Saya senang berkawan dengan dia kerana dia seorang yang memahami dan pandai berjenaka. Kami juga saling mempercayai apatah lagi kami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. “Sudah tentu saya tidak selesa dengan perkara ini kerana saya percaya lagi senang jika hubungan jarak dekat. Tapi baguslah sebab kalau jarak jauh tak menggalakkan maksiat,” katanya. Beberapa bulan lalu, satu gosip panas melanda dalam hubungan cinta antara Nadia dan Sammy apabila seorang wanita muncul secara tiba-tiba mendakwa Sammy telah menipu dirinya. Wanita itu mendedahkan kepada media di Indonesia yang Sammy adalah kekasihnya dan pernah tinggal sebumbung sewaktu masih lagi berhubungan. Malah, wanita itu juga turut berani mendakwa Sammy meninggalkan dirinya selepas bertemu dengan kekasih baru iaitu Nadia.   Oleh: <strong>NAIMAH SHAARI</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    apo la plih jauh2…kan da cuca…

    Public CommentUserapo la plih jauh2...kan da cuca...


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014