Saturday, April 12, 2014

55 Gambar

Gambar ‘Lama’ Dipamerkan Sempena Merdeka

August 30, 2012

Rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Merdeka yang ke-55 esok dengan penuh rasa gembira dan meriah.

Sambutan hari bersejarah negara kita ini yang akan dilangsungkan di Dataran Merdeka memberikan peluang kepada kita untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Juga memberikan penghargaan kepada para pemimpin yang tidak pernah jemu mengekalkan keamanan negara yang sedia ada.

Justeru itu, Muzium Kesenian Islam dengan sokongan Arkib Negara Malaysia, telah mengambil inisiatif mengadakan pameran khas sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang ke-49.

Pameran fotografi: ‘Pembentukan Sebuah Negara, Imbasan Gambar Lama’ telah pun bermula semalam dan berterusan sehingga 29 November depan.

Terdapat 55 keping gambar hitam putih yang dipaparkan di dalam pameran itu yang mengetengahkan peristiwa-peristiwa penting yang pernah terjadi di dalam Malaysia.

Uniknya, gambar-gambar hitam putih itu tidak pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ini.

Antara gambar yang ada adalah Lawatan Rasmi Ratu Elizabeth ke-2 ke Selangor pada tahun 1972, gambar bagaimana tentera berbangsa Sikh bertempur di medan perang, gambar kapten pasukan bola sepak Malaysia, Soh Chin Aun yang sedang menjulang trofi kemenangan pada tahun 1976 selepas menang dalam perlawanan menentang Jepun dalam perlawan akhir Perlawanan bola sepak Merdeka serta banyak lagi gambar-gambar menarik.

Walaupun negara kita sudah merdeka sejak tahun 1957, pastinya di antara kita masih lagi tidak mengetahui sejarah terciptanya bendera Malaysia, Jalur Gemilang dengan mendalam.

Lebih menarik, permulaan ciptaan bendera Jalur Gemilang dari tahun 1824 sehingga berlakunya perubahan ke atas konsep dan warna bendera pada tahun 1997 juga didedahkan.

Malah, setiap makna warna yang terdapat di bendera juga diberikan penerangan dengan lebih terperinci.

Bukan itu sahaja, setiap bahagian pameran dalam muzium itu juga dibahagikan kepada enam bahagian utama mengikut setiap warna pada bendera Malaysia.

Pameran itu dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang untuk kunjungan orang ramai kecuali pada cuti umum.

Tiket kemasukan ke pameran bersejarah itu dikenakan bayaran sebanyak RM12 kepada golongan dewasa manakala kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun.

Anda berminat dengan dunia sejarah? Pameran ini mungkin merupakan lokasi untuk menambahkan ilmu pengetahun.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Foto: YUMNI HARUN

Gambar ‘Lama’ Dipamerkan Sempena Merdekahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/muzium-1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/muzium-1-150x150.jpg MyNewsHub
Rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Merdeka yang ke-55 esok dengan penuh rasa gembira dan meriah. Sambutan hari bersejarah negara kita ini yang akan dilangsungkan di Dataran Merdeka memberikan peluang kepada kita untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air. Juga memberikan penghargaan kepada para pemimpin yang tidak pernah jemu mengekalkan...

Rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Merdeka yang ke-55 esok dengan penuh rasa gembira dan meriah.
Sambutan hari bersejarah negara kita ini yang akan dilangsungkan di Dataran Merdeka memberikan peluang kepada kita untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air. Juga memberikan penghargaan kepada para pemimpin yang tidak pernah jemu mengekalkan keamanan negara yang sedia ada. Justeru itu, Muzium Kesenian Islam dengan sokongan Arkib Negara Malaysia, telah mengambil inisiatif mengadakan pameran khas sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang ke-49. Pameran fotografi: ‘Pembentukan Sebuah Negara, Imbasan Gambar Lama’ telah pun bermula semalam dan berterusan sehingga 29 November depan. Terdapat 55 keping gambar hitam putih yang dipaparkan di dalam pameran itu yang mengetengahkan peristiwa-peristiwa penting yang pernah terjadi di dalam Malaysia. Uniknya, gambar-gambar hitam putih itu tidak pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ini. Antara gambar yang ada adalah Lawatan Rasmi Ratu Elizabeth ke-2 ke Selangor pada tahun 1972, gambar bagaimana tentera berbangsa Sikh bertempur di medan perang, gambar kapten pasukan bola sepak Malaysia, Soh Chin Aun yang sedang menjulang trofi kemenangan pada tahun 1976 selepas menang dalam perlawanan menentang Jepun dalam perlawan akhir Perlawanan bola sepak Merdeka serta banyak lagi gambar-gambar menarik. Walaupun negara kita sudah merdeka sejak tahun 1957, pastinya di antara kita masih lagi tidak mengetahui sejarah terciptanya bendera Malaysia, Jalur Gemilang dengan mendalam. Lebih menarik, permulaan ciptaan bendera Jalur Gemilang dari tahun 1824 sehingga berlakunya perubahan ke atas konsep dan warna bendera pada tahun 1997 juga didedahkan. Malah, setiap makna warna yang terdapat di bendera juga diberikan penerangan dengan lebih terperinci. Bukan itu sahaja, setiap bahagian pameran dalam muzium itu juga dibahagikan kepada enam bahagian utama mengikut setiap warna pada bendera Malaysia. Pameran itu dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang untuk kunjungan orang ramai kecuali pada cuti umum. Tiket kemasukan ke pameran bersejarah itu dikenakan bayaran sebanyak RM12 kepada golongan dewasa manakala kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Anda berminat dengan dunia sejarah? Pameran ini mungkin merupakan lokasi untuk menambahkan ilmu pengetahun.     Oleh: NAIMAH SHAARI Foto: YUMNI HARUN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014