Tuesday, April 15, 2014


PAS Mahu Singkir Nasharuddin

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah

    August 27, 2012




Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha ‘memancung’ pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba ‘memancung’ seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/Nasharuddin.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/Nasharuddin-150x150.png MyNewsHub
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut. Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan...
<p style="text-align: justify;">Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut. Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali. Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti. Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR). Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya. Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang. Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti. Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS. Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti. Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang. </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    hahaha…

    Public CommentUserhahaha...
  • sekadar layan

    hahah…PAS oh PAS….mula2 Hassan Ali…..pas tu Nasharuddin..lps ni sapa la pulak….ntah la..aku pelik …..org yg perjuangkan Islam disingkirkan tp kafir harbi yg tentang Islam pulak di lindungi…..mgkn benar la apa yg di kata tntang PAS yg majoriti berfahaman Syiah ni…..jgn sok jd mcm Syria da le…..nasib badan lako PAS oiii

    Public CommentUserhahah...PAS oh PAS....mula2 Hassan Ali.....pas tu Nasharuddin..lps ni sapa la pulak....ntah la..aku pelik .....org yg perjuangkan Islam disingkirkan tp kafir harbi yg tentang Islam pulak di lindungi.....mgkn benar la apa yg di kata tntang PAS yg majoriti berfahaman Syiah ni.....jgn sok jd mcm Syria da le.....nasib badan lako PAS oiii
  • PemudaPAS

    saya penyokong tegar PAS ingin meluahkan sedikit pandangan saya terhadap PAS. Sejak kebelakangan ini, saya dpt rasakan pemimpin PAS terlalu beralah dengan DAP & segala benda yg DAP ckp secara terang-terangan ttg hudud,pemimpin PAS seolah mendiamkan diri. Dan yg paling saya sedih, apabila seseorang pemimpin PAS menegur sikap pemimpin DAP yg mghina hudud, dengan automatiknya beliau akan disingkirkan spt apa yg terjadi kpd Hassan Ali & Ustaz Nasharuddin. Kemana hilangnya semangat perjuangan PAS yg mahukan tegakkan Panji Islam di Malaysia sampaikan org kafir laknatullah menghina Hudud di biarkan sahaja. Saya bukan mahukan PAS berpecah belah dalam PR tetapi sekurangnya pemimpin PAS mengajak pemimpin DAP berbincang & beri penjelasan ttg hudud sehingga mereka faham apa itu hudud. Apabila mereka faham hukum hudud,mungkin slps in tidak ada lagi org2 kafir laknatullah di negara kita tidak mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud kecuali ditentang sendiri oleh org2 Melayu Islam spt apa yg dilakukan oleh pemimpin UMNO. Saya tak mahu cerita pasal penentangan hudud oleh pemimpin UMNO sbb mmg tidak ada dalam perjuangan parti tu & hanyalah perjuangan nasib Melayu. Seperti TGNA cakap,di padang mahsyar kelak Allah tidak pandang pd jenis kaum tp pandang kpd agama kita. Saya berharap pemimpin PAS sepakat & bersatu hati untuk mempertahankan kesucian Islam dprd dinodai org2 kafir. Jangan terlalu taksub utk menakluki Malaysia sehinggakan org yg tolak hudud pn dibela PAS sendiri meskipun PAS tidak sekongkol dgn MCA & MIC, tapi dengan DAP pn PAS sepatutnya tidak bersekongkol jika DAP sendiri menentang hukum Allah. Dari pandangan saya sbg ahli Pas DUN Kemasik, pemimpin PAS seharusnya memberi ‘teguran’ secara ‘lembut’ kpd pemimpin DAP yg semakin hangat mempertikaikan hukum Hudud. Jangan bila seorang yg menegur DAP,terus ‘dipancung’. Takbir!!

    Public CommentUsersaya penyokong tegar PAS ingin meluahkan sedikit pandangan saya terhadap PAS. Sejak kebelakangan ini, saya dpt rasakan pemimpin PAS terlalu beralah dengan DAP & segala benda yg DAP ckp secara terang-terangan ttg hudud,pemimpin PAS seolah mendiamkan diri. Dan yg paling saya sedih, apabila seseorang pemimpin PAS menegur sikap pemimpin DAP yg mghina hudud, dengan automatiknya beliau akan disingkirkan spt apa yg terjadi kpd Hassan Ali & Ustaz Nasharuddin. Kemana hilangnya semangat perjuangan PAS yg mahukan tegakkan Panji Islam di Malaysia sampaikan org kafir laknatullah menghina Hudud di biarkan sahaja. Saya bukan mahukan PAS berpecah belah dalam PR tetapi sekurangnya pemimpin PAS mengajak pemimpin DAP berbincang & beri penjelasan ttg hudud sehingga mereka faham apa itu hudud. Apabila mereka faham hukum hudud,mungkin slps in tidak ada lagi org2 kafir laknatullah di negara kita tidak mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud kecuali ditentang sendiri oleh org2 Melayu Islam spt apa yg dilakukan oleh pemimpin UMNO. Saya tak mahu cerita pasal penentangan hudud oleh pemimpin UMNO sbb mmg tidak ada dalam perjuangan parti tu & hanyalah perjuangan nasib Melayu. Seperti TGNA cakap,di padang mahsyar kelak Allah tidak pandang pd jenis kaum tp pandang kpd agama kita. Saya berharap pemimpin PAS sepakat & bersatu hati untuk mempertahankan kesucian Islam dprd dinodai org2 kafir. Jangan terlalu taksub utk menakluki Malaysia sehinggakan org yg tolak hudud pn dibela PAS sendiri meskipun PAS tidak sekongkol dgn MCA & MIC, tapi dengan DAP pn PAS sepatutnya tidak bersekongkol jika DAP sendiri menentang hukum Allah. Dari pandangan saya sbg ahli Pas DUN Kemasik, pemimpin PAS seharusnya memberi 'teguran' secara 'lembut' kpd pemimpin DAP yg semakin hangat mempertikaikan hukum Hudud. Jangan bila seorang yg menegur DAP,terus 'dipancung'. Takbir!!
  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    celah mane dtg syiah pulak

    Public CommentUsercelah mane dtg syiah pulak
  • NangkaBusuk

    Satu kejayaan kepada perancang SYIAH…… Pelopor kpd segala keganasan dan talibarut Israel.

    Public CommentUserSatu kejayaan kepada perancang SYIAH...... Pelopor kpd segala keganasan dan talibarut Israel.


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014