MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Dua 'Bouncer' Mati Ditembak

Dua ‘Bouncer’ Mati Ditembak

    August 26, 2012




KUALA LUMPUR – Dua ‘bouncer’ atau pengawal di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini mati setelah ditembak di hadapan premis berkenaan awal pagi ini, dipercayai dilepaskan oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan itu.

Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, dua ‘bouncer’ berumur dalam lingkungan awal 20-an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi. Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak ‘bouncer’ berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, seorang daripada lelaki itu naik berang apabila melihat dua rakannya dipukul teruk, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua ‘bouncer’ berkenaan.

Zainuddin berkata tembakan itu mengenai bahagian kepala mangsa pertama dan bahagian rusuk kiri mangsa kedua yang menjadi punca kematian.

Seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mayat kedua-dua mangsa dibedah siasat di HKL.

Zainuddin berkata serpihan tembakan itu turut mencederakan dua orang awam yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Kedua-dua orang awam yang mengalami kecederaan di tangan dan jari dihantar ke HKL untuk rawatan, katanya.

Zainuddin berkata polis sedang memburu anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri selepas insiden itu termasuk suspek yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan pistol semi-auto jenis Revolver untuk membantu siasatan.

“Motif sebenar pergaduhan dan berapa das tembakan yang dilepaskan masih dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. – BERNAMA

Dua ‘Bouncer’ Mati Ditembakhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/pistol3.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/pistol3-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Dua 'bouncer' atau pengawal di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini mati setelah ditembak di hadapan premis berkenaan awal pagi ini, dipercayai dilepaskan oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan itu. Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, dua 'bouncer'...
KUALA LUMPUR - Dua 'bouncer' atau pengawal di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini mati setelah ditembak di hadapan premis berkenaan awal pagi ini, dipercayai dilepaskan oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan itu. Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20-an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi. Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak 'bouncer' berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, seorang daripada lelaki itu naik berang apabila melihat dua rakannya dipukul teruk, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua 'bouncer' berkenaan. Zainuddin berkata tembakan itu mengenai bahagian kepala mangsa pertama dan bahagian rusuk kiri mangsa kedua yang menjadi punca kematian. Seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mayat kedua-dua mangsa dibedah siasat di HKL. Zainuddin berkata serpihan tembakan itu turut mencederakan dua orang awam yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian. Kedua-dua orang awam yang mengalami kecederaan di tangan dan jari dihantar ke HKL untuk rawatan, katanya. Zainuddin berkata polis sedang memburu anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri selepas insiden itu termasuk suspek yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan pistol semi-auto jenis Revolver untuk membantu siasatan. "Motif sebenar pergaduhan dan berapa das tembakan yang dilepaskan masih dalam siasatan," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    dh mcm mexico…xpuas ati tmbk…

    Public CommentUserdh mcm mexico...xpuas ati tmbk...


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014