Sunday, April 13, 2014


Akhbar Pertama Siar Gambar Bogel Putera Harry

Akhbar Pertama Siar Gambar Bogel Putera Harry

    August 24, 2012




London – Tabloid The Sun menjadi akhbar pertama di Britain yang berani menyiarkan gambar bogel Putera Harry ketika beliau sedang bercuti di Las Vegas baru-baru ini.

Biarpun gambar percutian itu tersebar luas di internet selepas disiarkan laman web TMZ, namun tidak ada satu pun akhbar di Britain yang berani menerbitkannya.

Menurut pengarang urusan The Sun, kumpulan berkenaan membuat keputusan tersebut selepas berbincang mengenainya kerana pengguna boleh melihat gambar berkenaan di mana-mana, walaupun jika ia tidak disiarkan oleh akhbar di Britain.

“Ia mengenai situasi di mana beratus juta orang di seluruh dunia sudah melihatnya melalui internet, namun kita tidak dapat melihat gambar berkenaan dalam akhbar tempatan yang dibaca oleh 8 juta orang setiap hari.

“Justeru ia akan dipaparkan The Sun dalam edisi Jumaat,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, The Sun mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja namun perkara ini melibatkan kebebasan akhbar, bukan untuk mengenakan Harry.

Sebelum ini keluarga diraja Britain menjadi buruan paparazi hinggakan gambar-gambar atau skandal memalukan melibatkan kerabatnya disiarkan sewenang-wenangnya akhbar tempatan.

Namun keadaan itu berubah sejak 18 bulan lalu selepas skandal penggodaman telefon melibatkan keluarga diraja dan selebriti Britain didedahkan.

Skandal itu juga memaksa tabloid News of The World yang berusia lebih 100 tahun ditutup manakala wartawan yang terbabit pula terpaksa berdepan inkuiri kerajaan.

Dalam pada itu, bekas timbalan editor The Sun,Neil Wallis berkata, dilema yang dialami oleh akhbar Britain bukan mengenai etika kewartawan atau isu perundangan sebaliknya mereka bimbang pendedahan gambar bogel Putera Harry akan mengejutkan banyak pihak hingga memaksa mereka menghadap inkuiri.

Sementara seorang lagi penulis, Steven Baxter yang menulis dalam New Statesman pula berkata, mempunyai pandangan berbeza.

Katanya, akhbar tempatan enggan menyiarkan gambar berkenaan bukan disebabkan mereka takut tindakan undang-undang, sebaliknya bimbang reaksi daripada pembaca kelak.

Ini kerana Putera Harry dan kerabat diraja Britain merupakan selebriti yang tidak boleh disentuh.

Akhbar Pertama Siar Gambar Bogel Putera Harryhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/sun-harry.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/sun-harry-150x150.jpg MyNewsHub
London - Tabloid The Sun menjadi akhbar pertama di Britain yang berani menyiarkan gambar bogel Putera Harry ketika beliau sedang bercuti di Las Vegas baru-baru ini. Biarpun gambar percutian itu tersebar luas di internet selepas disiarkan laman web TMZ, namun tidak ada satu pun akhbar di Britain yang berani menerbitkannya. Menurut...
London - Tabloid The Sun menjadi akhbar pertama di Britain yang berani menyiarkan gambar bogel Putera Harry ketika beliau sedang bercuti di Las Vegas baru-baru ini. Biarpun gambar percutian itu tersebar luas di internet selepas disiarkan laman web TMZ, namun tidak ada satu pun akhbar di Britain yang berani menerbitkannya. Menurut pengarang urusan The Sun, kumpulan berkenaan membuat keputusan tersebut selepas berbincang mengenainya kerana pengguna boleh melihat gambar berkenaan di mana-mana, walaupun jika ia tidak disiarkan oleh akhbar di Britain. ``Ia mengenai situasi di mana beratus juta orang di seluruh dunia sudah melihatnya melalui internet, namun kita tidak dapat melihat gambar berkenaan dalam akhbar tempatan yang dibaca oleh 8 juta orang setiap hari. ``Justeru ia akan dipaparkan The Sun dalam edisi Jumaat,'' katanya. Beliau bagaimanapun menegaskan, The Sun mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja namun perkara ini melibatkan kebebasan akhbar, bukan untuk mengenakan Harry. Sebelum ini keluarga diraja Britain menjadi buruan paparazi hinggakan gambar-gambar atau skandal memalukan melibatkan kerabatnya disiarkan sewenang-wenangnya akhbar tempatan. Namun keadaan itu berubah sejak 18 bulan lalu selepas skandal penggodaman telefon melibatkan keluarga diraja dan selebriti Britain didedahkan. Skandal itu juga memaksa tabloid News of The World yang berusia lebih 100 tahun ditutup manakala wartawan yang terbabit pula terpaksa berdepan inkuiri kerajaan. Dalam pada itu, bekas timbalan editor The Sun,Neil Wallis berkata, dilema yang dialami oleh akhbar Britain bukan mengenai etika kewartawan atau isu perundangan sebaliknya mereka bimbang pendedahan gambar bogel Putera Harry akan mengejutkan banyak pihak hingga memaksa mereka menghadap inkuiri. Sementara seorang lagi penulis, Steven Baxter yang menulis dalam New Statesman pula berkata, mempunyai pandangan berbeza. Katanya, akhbar tempatan enggan menyiarkan gambar berkenaan bukan disebabkan mereka takut tindakan undang-undang, sebaliknya bimbang reaksi daripada pembaca kelak. Ini kerana Putera Harry dan kerabat diraja Britain merupakan selebriti yang tidak boleh disentuh.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014