MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Mencuri Permainan RM6 Juta

Ibu & Anak Ditangkap Mencuri Permainan RM6j

    August 12, 2012




Inatius Michael Pollara, 46 dan ibunya, Margaret Pollara, 70 telah didakwa atas kesalah mencuri alat permainan kanak-kanak yang bernilai lebih dari US$2  juta (RM6 Juta).

Pegawai polis bertanggungjawab, Sgt. Rich Rossman berkata kes tersebut merupakan antara kes serius yang pernah berlaku.

“Sasaran mereka adalah untuk mencuri di 50 negeri seluruh Amerika Syarikat dan menjadi sesuatu yang amat membanggakan bagi mereka apabila misi mereka hampir tercapai,” kata Rossman kepada pemberita.

Rossman menerangkan secara terperinci berkenaan modus operandi mereka.

Michael dan ibunya akan masuk ke dalam kedai dan mengambil mana-mana permainan yang bernilai murah serta mempunyai kotak yang besar.

Mereka akan mengeluarkan permainan yang murah itu dan mengambil kotaknya sahaja.

Kemudian, mereka akan memasukkan permainan yang bersaiz kecil dan lebih mahal ke dalam kotak tersebut.

Maka, mereka hanya perlu membayar pada kadar yang murah dan menerima barang yang lebih mahal.

Itulah strategi mereka untuk mengaut keuntungan yang besar.

Pada masa yang sama, mereka turut melipat kali gandakan keuntungan mereka apabila mereka menjual semula permainan mahal yang dicuri itu menerusi internet.

Strategi mereka itu gagal apabila penyiasat dari Toys “R” Us  berjaya mengesan mereka apabila melihat pada kadar kekerapan mereka membeli barang di seluruh rangkaian perniagaan Toys “R” Us.

Pihak Toys “R” Us  mengesan menerusi penggunaan kad ganjaran mereka apabila sistem menunjukkan mereka telah melawat 139 cawangan Toys “R” Us  dan membelanjakan US$ 6,737.94 dalam hanya 175 pembelian.

Jika dikira, purata setiap pembelian hanya US$ 38.

Menurut mahkamah, Michael menghadapi 13 pertuduhan mencuri termasuk konspirasi jenayah, berurusan dalam harta yang dicuri, kecurian kecil, dan skim penipuan.

Dia telah dihadapkan ke Penjara County Broward, AS dengan ikat jamin US$ 318,500 pada Jumaat lalu.

Manakala ibunya, Margaret Pollara dikenakan ikat jamin sebanyak US$ 29.100 apabila menghadapi enam pertuduhan mencuri, kecurian kecil, konspirasi jenayah dan skim penipuan.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Huffington Post

foto: guardianexpressla.com

Ibu & Anak Ditangkap Mencuri Permainan RM6jhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/Mencuri.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/08/Mencuri-150x150.jpg MyNewsHub
Inatius Michael Pollara, 46 dan ibunya, Margaret Pollara, 70 telah didakwa atas kesalah mencuri alat permainan kanak-kanak yang bernilai lebih dari US$2  juta (RM6 Juta). Pegawai polis bertanggungjawab, Sgt. Rich Rossman berkata kes tersebut merupakan antara kes serius yang pernah berlaku. 'Sasaran mereka adalah untuk mencuri di 50 negeri seluruh Amerika...
<p style="text-align: justify;">Inatius Michael Pollara, 46 dan ibunya, Margaret Pollara, 70 telah didakwa atas kesalah mencuri alat permainan kanak-kanak yang bernilai lebih dari US$2  juta (RM6 Juta).</p> Pegawai polis bertanggungjawab, Sgt. Rich Rossman berkata kes tersebut merupakan antara kes serius yang pernah berlaku. "Sasaran mereka adalah untuk mencuri di 50 negeri seluruh Amerika Syarikat dan menjadi sesuatu yang amat membanggakan bagi mereka apabila misi mereka hampir tercapai," kata Rossman kepada pemberita. Rossman menerangkan secara terperinci berkenaan modus operandi mereka. Michael dan ibunya akan masuk ke dalam kedai dan mengambil mana-mana permainan yang bernilai murah serta mempunyai kotak yang besar. Mereka akan mengeluarkan permainan yang murah itu dan mengambil kotaknya sahaja. Kemudian, mereka akan memasukkan permainan yang bersaiz kecil dan lebih mahal ke dalam kotak tersebut. Maka, mereka hanya perlu membayar pada kadar yang murah dan menerima barang yang lebih mahal. Itulah strategi mereka untuk mengaut keuntungan yang besar. Pada masa yang sama, mereka turut melipat kali gandakan keuntungan mereka apabila mereka menjual semula permainan mahal yang dicuri itu menerusi internet. Strategi mereka itu gagal apabila penyiasat dari Toys "R" Us  berjaya mengesan mereka apabila melihat pada kadar kekerapan mereka membeli barang di seluruh rangkaian perniagaan Toys "R" Us. Pihak Toys "R" Us  mengesan menerusi penggunaan kad ganjaran mereka apabila sistem menunjukkan mereka telah melawat 139 cawangan Toys "R" Us  dan membelanjakan US$ 6,737.94 dalam hanya 175 pembelian. Jika dikira, purata setiap pembelian hanya US$ 38. Menurut mahkamah, Michael menghadapi 13 pertuduhan mencuri termasuk konspirasi jenayah, berurusan dalam harta yang dicuri, kecurian kecil, dan skim penipuan. Dia telah dihadapkan ke Penjara County Broward, AS dengan ikat jamin US$ 318,500 pada Jumaat lalu. Manakala ibunya, Margaret Pollara dikenakan ikat jamin sebanyak US$ 29.100 apabila menghadapi enam pertuduhan mencuri, kecurian kecil, konspirasi jenayah dan skim penipuan. Oleh: <strong>HARITS ASYRAF</strong> Sumber: <strong>Huffington Post</strong> foto: <strong>guardianexpressla.com</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • HangKebon

    kat malaysia..ayah mak anak curi barangan lembu 250juta..takde heran pun..kihkhihkhihkhihkhi puii !!!

    Public CommentUserkat malaysia..ayah mak anak curi barangan lembu 250juta..takde heran pun..kihkhihkhihkhihkhi puii !!!
  • kamal

    hahahaha!!aku setuju ngn ko hang kebon…pastu yg gi buat afduanplak kena tangkap..haish!!!

    Public CommentUserhahahaha!!aku setuju ngn ko hang kebon...pastu yg gi buat afduanplak kena tangkap..haish!!!


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014