MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Tuesday, April 22, 2014


Skim Persaraan Swasta

PM Lancar Skim Persaraan Swasta

    July 19, 2012




KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Pesaraan Swasta (PRS) pada Rabu, yang membolehkan mereka yang bekerja sendiri dan pekerjanya berpeluang membuat simpanan untuk persaraan mereka.

Bagi menggalakkan simpanan di bawah skim tersebut, mereka akan diberi pelepasan cukai sehingga RM3,000 dan majikan pula mendapat pengurangan cukai bagi setiap caruman kepada PRS untuk pekerja mereka dengan kadar yang ditetapkan iaitu 19 peratus.

Sejumlah 24 dana akan diuruskan oleh lapan penyedia Skim Persaraan Swasta yang boleh didapati untuk orang ramai pada September ini.

Lapan Penyedia PRS adalah AmInvestment Management; American International Assurance; CIMB-Principal Asset Management; Hwang Investment Management; ING Funds; Manulife Unit Trust; Public Mutual and RHB Investment Management.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, PRS merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mendapatkan simpanan jangka panjang untuk persaraan mereka selaras dengan langkah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Wawasan 2020 bukan sekadar mencapai sasaran pertumbuhan KDNK atau meningkatkan pendapatan per kapita di Malaysia, malah menambah baik kualiti kehidupan rakyat.

“Sebuah negara yang berpendapatan tinggi perlu mampa dan kukuh dari segi rangka kerja sosialnya bagi memastikan simpanan persaraan yang mencukupi.

“Ini melibatkan penyertaan kedua-dua sektor awam dan swasta bagi memastikan negara bersedia menghadapi cabaran terhadap populasi yang semakin menua,” katanya ketika berucap ketika melancarkan Skim Persaraan Swasta dan Pentadbir Pencen Swasta di Suruhanjaya Sekuriti di sini, Rabu.

Beliau menyatakan bahawa negara ini mempunyai penduduk yang muda dengan purata umur rakyat Malaysia adalah 26 tahun dengan jangka hayat meningkat kepada 80 tahun.

“Dengan kata lain, generasi masa depan kita akan hidup lebih 20 tahun selepas bersara.

“Mesej ini adalah jelas. Rakyat Malaysia sebagai pengguna bijak perlu membuat simpanan,” tambahnya.

Belia berkata, langkah untuk menubuhkan PRS merupakan sebahagian daripada objektif kepada rangka kerja persaraan yang komprehensif pelbagai tunggak untuk negara.

“Ini merupakan tunggak yang ketiga pembangunan bagi skim persaraan swasta secara sukarela di mana ia merupakan sebahagian daripada komitmen saya untuk memperbaharui dan mengukuhkan landskap persaraan dan pencen secara menyeluruh di Malaysia,” kata beliau sambil menjadikan peningkatan umur persaraan kepada 60 tahun baru-baru ini sebagai contoh. – mStar Online

PM Lancar Skim Persaraan Swastahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Skim-Persaraan-Swasta.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Skim-Persaraan-Swasta-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Pesaraan Swasta (PRS) pada Rabu, yang membolehkan mereka yang bekerja sendiri dan pekerjanya berpeluang membuat simpanan untuk persaraan mereka. Bagi menggalakkan simpanan di bawah skim tersebut, mereka akan diberi pelepasan cukai sehingga RM3,000 dan majikan pula mendapat...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Pesaraan Swasta (PRS) pada Rabu, yang membolehkan mereka yang bekerja sendiri dan pekerjanya berpeluang membuat simpanan untuk persaraan mereka.</p> Bagi menggalakkan simpanan di bawah skim tersebut, mereka akan diberi pelepasan cukai sehingga RM3,000 dan majikan pula mendapat pengurangan cukai bagi setiap caruman kepada PRS untuk pekerja mereka dengan kadar yang ditetapkan iaitu 19 peratus. Sejumlah 24 dana akan diuruskan oleh lapan penyedia Skim Persaraan Swasta yang boleh didapati untuk orang ramai pada September ini. Lapan Penyedia PRS adalah AmInvestment Management; American International Assurance; CIMB-Principal Asset Management; Hwang Investment Management; ING Funds; Manulife Unit Trust; Public Mutual and RHB Investment Management. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, PRS merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mendapatkan simpanan jangka panjang untuk persaraan mereka selaras dengan langkah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. “Wawasan 2020 bukan sekadar mencapai sasaran pertumbuhan KDNK atau meningkatkan pendapatan per kapita di Malaysia, malah menambah baik kualiti kehidupan rakyat. “Sebuah negara yang berpendapatan tinggi perlu mampa dan kukuh dari segi rangka kerja sosialnya bagi memastikan simpanan persaraan yang mencukupi. “Ini melibatkan penyertaan kedua-dua sektor awam dan swasta bagi memastikan negara bersedia menghadapi cabaran terhadap populasi yang semakin menua,” katanya ketika berucap ketika melancarkan Skim Persaraan Swasta dan Pentadbir Pencen Swasta di Suruhanjaya Sekuriti di sini, Rabu. Beliau menyatakan bahawa negara ini mempunyai penduduk yang muda dengan purata umur rakyat Malaysia adalah 26 tahun dengan jangka hayat meningkat kepada 80 tahun. “Dengan kata lain, generasi masa depan kita akan hidup lebih 20 tahun selepas bersara. “Mesej ini adalah jelas. Rakyat Malaysia sebagai pengguna bijak perlu membuat simpanan,” tambahnya. Belia berkata, langkah untuk menubuhkan PRS merupakan sebahagian daripada objektif kepada rangka kerja persaraan yang komprehensif pelbagai tunggak untuk negara. “Ini merupakan tunggak yang ketiga pembangunan bagi skim persaraan swasta secara sukarela di mana ia merupakan sebahagian daripada komitmen saya untuk memperbaharui dan mengukuhkan landskap persaraan dan pencen secara menyeluruh di Malaysia,” kata beliau sambil menjadikan peningkatan umur persaraan kepada 60 tahun baru-baru ini sebagai contoh. - mStar Online

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014