Tuesday, April 15, 2014


Mati Mengejut

Mati Mengejut Akibat Bermain Komputer

    July 10, 2012




Seorang mahasiswa jurusan biologi di ‘National University of Singapore’ telah dijumpai mati setelah semalaman bermain permainan komputer.

Memetik laporan Shin Min Daily pada Ahad lalu, mahasiswa tahun ketiga, Xu Kaixiang, 25, ditemui mati di atas lantai bersebelahan komputer di rumahnya yang masih berfungsi.

Sewaktu ditemubual oleh akhbar berkenaan, bapa mangsa berkata anaknya sentiasa berada di rumah dan bermain permainan komputer kerana dia tidak perlu menjalani kuliyah dan sedang bercuti.

Ujarnya, anaknya kadang-kala menghabiskan masa sepanjang malam bermain permainan komputer.

“Saya masuk tidur pukul 1 pagi, dia maih berada di hadapan komputer.

“Bila isteri saya bangun pukul 6.45 pagi, dia nampak anak kami terbaring di atas lantai dan komputer masih berfungsi,” kata Xu, bapa kepada Kaixiang.

Lantas, Xu terus meluru ke arah Kaixiang setelah dia tidak sedarkan diri apabila dikejut berkali-kali oleh ibunya.

Xu mendapati seluruh badan Kaixiang telah sejuk kaki. Xu cuba melakukan CPR namun tubuh badan Kaixiang tidak memberi respon yang positif.

Pada masa yang sama, Xu turut berkongsi berkenaan cara hidup anaknya.

“Kaixiang merupakan pelajar yang sihat serta aktif kerana dia jarang sekali mengadu berkenaan masalah kesihatan dirinya,” kata Xu.

Menurutnya lagi, anaknya merupakan seorang yang pintar apabila menerima beberapa tawaran pengajian seperti ‘Gifted Education Programme’ yang membawa anaknya melanjutkan pelajaran ke ‘NUS Department of Biological Sciences.’

Sementara itu, Dr. Yuan Zhixiong, pakar perunding pembedahan berkata, kematian secara mengejut boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Namun dalam kes seperti Kaixiang, dia mungkin mengalami masalah jantung tetapi tidak menjalani diagnosis akibat kekurangan atau ketiadaan gejala penyakit tersebut.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Your Health News

Mati Mengejut Akibat Bermain Komputerhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Komputer.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Komputer-150x150.jpg MyNewsHub
Seorang mahasiswa jurusan biologi di 'National University of Singapore' telah dijumpai mati setelah semalaman bermain permainan komputer. Memetik laporan Shin Min Daily pada Ahad lalu, mahasiswa tahun ketiga, Xu Kaixiang, 25, ditemui mati di atas lantai bersebelahan komputer di rumahnya yang masih berfungsi. Sewaktu ditemubual oleh akhbar berkenaan, bapa mangsa berkata...
<p style="text-align: justify;">Seorang mahasiswa jurusan biologi di 'National University of Singapore' telah dijumpai mati setelah semalaman bermain permainan komputer. Memetik laporan Shin Min Daily pada Ahad lalu, mahasiswa tahun ketiga, Xu Kaixiang, 25, ditemui mati di atas lantai bersebelahan komputer di rumahnya yang masih berfungsi. Sewaktu ditemubual oleh akhbar berkenaan, bapa mangsa berkata anaknya sentiasa berada di rumah dan bermain permainan komputer kerana dia tidak perlu menjalani kuliyah dan sedang bercuti. Ujarnya, anaknya kadang-kala menghabiskan masa sepanjang malam bermain permainan komputer. "Saya masuk tidur pukul 1 pagi, dia maih berada di hadapan komputer.</p> <p style="text-align: justify;">"Bila isteri saya bangun pukul 6.45 pagi, dia nampak anak kami terbaring di atas lantai dan komputer masih berfungsi," kata Xu, bapa kepada Kaixiang. Lantas, Xu terus meluru ke arah Kaixiang setelah dia tidak sedarkan diri apabila dikejut berkali-kali oleh ibunya. Xu mendapati seluruh badan Kaixiang telah sejuk kaki. Xu cuba melakukan CPR namun tubuh badan Kaixiang tidak memberi respon yang positif. Pada masa yang sama, Xu turut berkongsi berkenaan cara hidup anaknya. "Kaixiang merupakan pelajar yang sihat serta aktif kerana dia jarang sekali mengadu berkenaan masalah kesihatan dirinya," kata Xu. Menurutnya lagi, anaknya merupakan seorang yang pintar apabila menerima beberapa tawaran pengajian seperti 'Gifted Education Programme' yang membawa anaknya melanjutkan pelajaran ke 'NUS Department of Biological Sciences.' Sementara itu, Dr. Yuan Zhixiong, pakar perunding pembedahan berkata, kematian secara mengejut boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Namun dalam kes seperti Kaixiang, dia mungkin mengalami masalah jantung tetapi tidak menjalani diagnosis akibat kekurangan atau ketiadaan gejala penyakit tersebut. Oleh: HARITS ASYRAF Sumber: Your Health News </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • opah_brutal

    serangan jantung lah tuh…..

    Public CommentUserserangan jantung lah tuh.....
  • Red1Echizen

    kurang tidur pun bahaya gak

    Public CommentUserkurang tidur pun bahaya gak
  • http://www.facebook.com/faez.imran.7 Faez Imran

    kalau la seluruh badan sejuk..aku rase mungkin kene dengan hntu kot…

    Public CommentUserkalau la seluruh badan sejuk..aku rase mungkin kene dengan hntu kot...
  • atika muzakir

    kalu dh ajal… nak wat macam2 mane pon meninggal jgk… jgn salah kan komputer.. huarrgggggg..:”(

    Public CommentUserkalu dh ajal... nak wat macam2 mane pon meninggal jgk... jgn salah kan komputer.. huarrgggggg..:"(
  • http://www.facebook.com/firdausamsudin Mohd Firdaus Samsudin Full

    ni apa ni mati kerana komputer ke mati kerana jantung. berita ni putar belit alam.

    Public CommentUserni apa ni mati kerana komputer ke mati kerana jantung. berita ni putar belit alam.
  • jessica rabbit

    mesti dia main blackshot…

    Public CommentUsermesti dia main blackshot...
  • lemak cili api

    die main game, then kalah. serta merta kena heart attack. :3

    Public CommentUserdie main game, then kalah. serta merta kena heart attack. :3
  • http://www.facebook.com/normanmusie Norman Musi

    main dota ne

    Public CommentUsermain dota ne
  • http://www.facebook.com/ronifirdaus Roni Firdaus

    dota crime

    Public CommentUserdota crime
  • Merlina

    *sejuk kaki*

    Public CommentUser*sejuk kaki*


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014