MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Pemandu Lori Maut

Pemandu Lori Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan

    July 5, 2012




PENDANG – Seorang pemandu lori maut apabila lorinya terbabas dan terbalik serta dirempuh kenderaaan lain di Km54.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, A. Krubakar, 27, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejurus mendapatkan rawatan kecemasan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Pendang, ASP Nik Mohd Razali Husin berkata mangsa dalam perjalanan pulang dari Arau, Perlis ke Pulau Pinang apabila lorinya terbabas lalu terbalik di lorong kiri lebuh raya.

“Lori itu dikatakan berpusing ke arah bertentangan menyebabkan mangsa dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 52 tahun yang dalam perjalanan ke Kulim. Bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Akibat rempuhan tersebut, pemandu lori itu yang berasal dari Taman Mesra Jaya, Pulau Pinang mengalami cedera parah di bahagian kepala,” kata Nik Mohd Razali kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata pada masa yang sama akibat hujan lebat itu, dua buah motosikal yang dipandu anggota Polis Tentera yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur turut melanggar kereta tersebut.

Salah seorang daripadanya Mohd Fadzli Che Mat, 28, mengalami cedera parah dan kini dirawat di HSB manakala rakannya hanya cedera ringan. – BERNAMA

Pemandu Lori Maut, Dua Cedera Dalam Kemalanganhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Pemandu-Lori-Maut.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Pemandu-Lori-Maut-150x150.jpg MyNewsHub
PENDANG - Seorang pemandu lori maut apabila lorinya terbabas dan terbalik serta dirempuh kenderaaan lain di Km54.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke sini, Rabu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, A. Krubakar, 27, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejurus mendapatkan rawatan kecemasan. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan...
PENDANG - Seorang pemandu lori maut apabila lorinya terbabas dan terbalik serta dirempuh kenderaaan lain di Km54.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke sini, Rabu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, A. Krubakar, 27, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejurus mendapatkan rawatan kecemasan. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Pendang, ASP Nik Mohd Razali Husin berkata mangsa dalam perjalanan pulang dari Arau, Perlis ke Pulau Pinang apabila lorinya terbabas lalu terbalik di lorong kiri lebuh raya. "Lori itu dikatakan berpusing ke arah bertentangan menyebabkan mangsa dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 52 tahun yang dalam perjalanan ke Kulim. Bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan. "Akibat rempuhan tersebut, pemandu lori itu yang berasal dari Taman Mesra Jaya, Pulau Pinang mengalami cedera parah di bahagian kepala," kata Nik Mohd Razali kepada pemberita di sini, Khamis. Beliau berkata pada masa yang sama akibat hujan lebat itu, dua buah motosikal yang dipandu anggota Polis Tentera yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur turut melanggar kereta tersebut. Salah seorang daripadanya Mohd Fadzli Che Mat, 28, mengalami cedera parah dan kini dirawat di HSB manakala rakannya hanya cedera ringan. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014