MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Erra Fazira

Erra Fazira Tetap Enggan Cerita Pekung Di Dada

    July 3, 2012




KUALA LUMPUR – Meskipun mengaku tertekan sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Erra Fazira tetap enggan mendedahkan kisah di sebalik tirai mahligainya yang dikatakan bergoncang di atas dasar prinsip tidak mahu membuka pekung di dada.

Selebriti yang pernah merangkul gelaran ratu cantik “Miss Malaysia” sebelum menceburkan diri di dalam dunia hiburan tanahair itu menegaskan bahawa beliau perlu menutup mulut bagi menghindari spekulasi yang lebih hebat dan mampu membawa kesulitan yang lebih besar.

“Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya,” katanya yang dipetik dari laman berita, Mstar, semalam.

Beliau menambah bahawa perselisihan faham bagi pasangan yang suami isteri adalah sesuatu yang lumrah bagi setiap pasangan yang sudah berumahtangga.

“Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Erra tidak menafikan tentang keadaan dirinya yang tertekan sejak akhir-akhir ini dan cuba menyebokkan diri dengan memberikan fokus terhadap bidang lakonan setelah aktif kembali di dunia seni tanahair.

“Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu.

“Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku,” ujarnya menjelaskan keadaan emosi dirinya.

Erra pertama kali bernikah dengan anggota kumpulan KRU, Yusri Abdul Halim, pada 15 Jun 2003 sebelum berpisah pada 10 Julai 2006 setelah mendirikan rumahtangga selama tiga tahun tanpa sebarang cahayamata.

Diva tanahair itu kemudiaannya melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 10 Oktober setahun kemudiannya dan dikurniakan seorang cahayamata Engku Aleesya yang kini berusia 3 tahun. – Mynewshub.my

Erra Fazira Tetap Enggan Cerita Pekung Di Dadahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Erra.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/07/Erra-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Meskipun mengaku tertekan sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Erra Fazira tetap enggan mendedahkan kisah di sebalik tirai mahligainya yang dikatakan bergoncang di atas dasar prinsip tidak mahu membuka pekung di dada. Selebriti yang pernah merangkul gelaran ratu cantik “Miss Malaysia” sebelum menceburkan diri di dalam dunia hiburan...
KUALA LUMPUR – Meskipun mengaku tertekan sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Erra Fazira tetap enggan mendedahkan kisah di sebalik tirai mahligainya yang dikatakan bergoncang di atas dasar prinsip tidak mahu membuka pekung di dada. Selebriti yang pernah merangkul gelaran ratu cantik “Miss Malaysia” sebelum menceburkan diri di dalam dunia hiburan tanahair itu menegaskan bahawa beliau perlu menutup mulut bagi menghindari spekulasi yang lebih hebat dan mampu membawa kesulitan yang lebih besar. “Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya,” katanya yang dipetik dari laman berita, Mstar, semalam. Beliau menambah bahawa perselisihan faham bagi pasangan yang suami isteri adalah sesuatu yang lumrah bagi setiap pasangan yang sudah berumahtangga. “Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin,” katanya lagi. Bagaimanapun, Erra tidak menafikan tentang keadaan dirinya yang tertekan sejak akhir-akhir ini dan cuba menyebokkan diri dengan memberikan fokus terhadap bidang lakonan setelah aktif kembali di dunia seni tanahair. “Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu. “Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku,” ujarnya menjelaskan keadaan emosi dirinya. Erra pertama kali bernikah dengan anggota kumpulan KRU, Yusri Abdul Halim, pada 15 Jun 2003 sebelum berpisah pada 10 Julai 2006 setelah mendirikan rumahtangga selama tiga tahun tanpa sebarang cahayamata. Diva tanahair itu kemudiaannya melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 10 Oktober setahun kemudiannya dan dikurniakan seorang cahayamata Engku Aleesya yang kini berusia 3 tahun. – Mynewshub.my

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • ain sakimon

    sy sokong tindakan erra tak cerita keaiban suami sendiri dan mslh dlmn keluarga pd org luar . wartawan memang tu kerja dia suka korek rhsia umh tangga org nk lariskn surat kbr dia org .semoga kita semua mendpt perlindungn dr Allah SWT .Aminn….

    Public CommentUsersy sokong tindakan erra tak cerita keaiban suami sendiri dan mslh dlmn keluarga pd org luar . wartawan memang tu kerja dia suka korek rhsia umh tangga org nk lariskn surat kbr dia org .semoga kita semua mendpt perlindungn dr Allah SWT .Aminn....
  • PEMERHATI

    BAGUS,TAK PAYAH CERITA PASAL HAL RUMAH TANGGA.JANGAN JADI MACAM BEBERAPA SELEBRITI ASYIK CANANG HAL RUMAH TANGGA KAT MEDIA…

    Public CommentUserBAGUS,TAK PAYAH CERITA PASAL HAL RUMAH TANGGA.JANGAN JADI MACAM BEBERAPA SELEBRITI ASYIK CANANG HAL RUMAH TANGGA KAT MEDIA...
  • ATIN

    Kredit tu Erra sebab masalah rumahtangga nih memang tak sepatutnya di ceritakan pada umum walaupun perit untuk kita tanggung. Apa2pun buat Erra, banyakkan bersabar, berdoa & mohon pada Allah s.w.t agar diberikan yang terbaik untuk rumahtangga Erra & sentiasa fikir pasal anak akan lebih menguatkan lagi ikatan hubungan suami isteri. Insyallah, amin…..

    Public CommentUserKredit tu Erra sebab masalah rumahtangga nih memang tak sepatutnya di ceritakan pada umum walaupun perit untuk kita tanggung. Apa2pun buat Erra, banyakkan bersabar, berdoa & mohon pada Allah s.w.t agar diberikan yang terbaik untuk rumahtangga Erra & sentiasa fikir pasal anak akan lebih menguatkan lagi ikatan hubungan suami isteri. Insyallah, amin.....
  • hancey

    sebuk betul media nie… hisshh dah dia tak nak bagitau apa2 dah la..sebok sangat… tu kan HAK dia..dia punya pasallah..

    Public CommentUsersebuk betul media nie... hisshh dah dia tak nak bagitau apa2 dah la..sebok sangat... tu kan HAK dia..dia punya pasallah..
  • Red1Echizen

    kalau betul mereka berpisah aku salahkan pihak media dan wartawan sebab memperbesarkan isu ni….tekanan mereka kita mana tau…tambah lagi isu yg entah sahih atau tak nih, mcmana mereka nak bincang kalau mereka terhasut dengan media neyh!!!!

    Public CommentUserkalau betul mereka berpisah aku salahkan pihak media dan wartawan sebab memperbesarkan isu ni....tekanan mereka kita mana tau...tambah lagi isu yg entah sahih atau tak nih, mcmana mereka nak bincang kalau mereka terhasut dengan media neyh!!!!


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014