MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Ar-Rahnu Di Pejabat Pos

Perkhidmatan Ar-Rahnu Di Pejabat Pos

    June 27, 2012




KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama strategik dalam menawarkan perniagaan pembrokeran gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih di seluruh negara hari ini.

Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, melalui perjanjian itu, sistem pajak gadai Islam yang dikenali sebagai ArRahnu@POS itu akan diuruskan oleh anak syarikat Pos Malaysia, Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd.

“Kewujudan  ArRahnu@POS akan memperkembangkan produk Pos Malaysia disamping menawarkan alternatif kemudahan kredit mikro kepada orang awam dan usahawan kecil yang mungkin mempunyai kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman melalui kenyataan sama berkata, cawangan Pos Malaysia yang terletak di kawasan-kawasan strategik akan memudahkan orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu.

Menurutnya, sebagai permulaan ArRahnu@POS akan mula beroperasi di cawangan Pos Malaysia di Bandar Baru Bangi and Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu bermula bulan depan.

Jelas beliau, Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd. kemudiannya akan memperluaskan perkhidmatan itu di 50 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara dalam tempoh setahun. – mynewshub.my

Perkhidmatan Ar-Rahnu Di Pejabat Poshttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Pejabat-Pos.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Pejabat-Pos-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama strategik dalam menawarkan perniagaan pembrokeran gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih di seluruh negara hari ini. Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, melalui perjanjian itu, sistem...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama strategik dalam menawarkan perniagaan pembrokeran gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih di seluruh negara hari ini. Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, melalui perjanjian itu, sistem pajak gadai Islam yang dikenali sebagai ArRahnu@POS itu akan diuruskan oleh anak syarikat Pos Malaysia, Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd. “Kewujudan  ArRahnu@POS akan memperkembangkan produk Pos Malaysia disamping menawarkan alternatif kemudahan kredit mikro kepada orang awam dan usahawan kecil yang mungkin mempunyai kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank,” kata kenyataan itu hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman melalui kenyataan sama berkata, cawangan Pos Malaysia yang terletak di kawasan-kawasan strategik akan memudahkan orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu. Menurutnya, sebagai permulaan ArRahnu@POS akan mula beroperasi di cawangan Pos Malaysia di Bandar Baru Bangi and Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu bermula bulan depan. Jelas beliau, Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd. kemudiannya akan memperluaskan perkhidmatan itu di 50 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara dalam tempoh setahun. - mynewshub.my </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014