Friday, April 25, 2014


Hari Kemerdekaan

’1Malaysia Janji Ditepati’ Tema Hari Kemerdekaan

    June 25, 2012




KUALA LUMPUR – ’1Malaysia Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini Isnin, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.

Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, perdana menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.

“Para pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing,” katanya.

“Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu,” katanya. – BERNAMA

’1Malaysia Janji Ditepati’ Tema Hari Kemerdekaanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Hari-Kemerdekaan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Hari-Kemerdekaan-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - '1Malaysia Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun...
KUALA LUMPUR - '1Malaysia Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia. "Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini Isnin, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan. Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia. Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas. Pada 17 Julai, perdana menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais. Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun. Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu. "Para pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing," katanya. "Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Red1Echizen

    janji ditepati!!! harap IKHLAS menepatinya~ bukan ada sebab atau agenda lain yaaa~~~ tq pm

    Public CommentUserjanji ditepati!!! harap IKHLAS menepatinya~ bukan ada sebab atau agenda lain yaaa~~~ tq pm
  • haikal

    time pru13 nie je janji ditepati… kah kah kah!!

    Public CommentUsertime pru13 nie je janji ditepati... kah kah kah!!
  • http://www.facebook.com/people/Yuss-Ns/100001106708310 Yuss Ns

    Malaysia ku gemilang.

    Public CommentUserMalaysia ku gemilang.
  • bagjal nak mampus

    tema kepala bapak dia…ptuihhhh

    Public CommentUsertema kepala bapak dia...ptuihhhh
  • mael melambung lambung

    kelakar siot!!

    Public CommentUserkelakar siot!!
  • http://www.facebook.com/people/Phoonorist-Lair/614508925 Phoonorist Lair

    Kak kah kah… melawak ke ape.. ini bukan tema kemerdekaan.. ini kewajipan parti politik dan pemimpin kerajaan.. adakah malaysia tandus utk satu pemikiran tentang meningkatkan semangat patriotik…

    Public CommentUserKak kah kah... melawak ke ape.. ini bukan tema kemerdekaan.. ini kewajipan parti politik dan pemimpin kerajaan.. adakah malaysia tandus utk satu pemikiran tentang meningkatkan semangat patriotik...
  • Matkota

    nampak sangat dah la desperate..tak de idea..mmg tak de sape nak sambut hari kemerdekaan tahun nie..

    Public CommentUsernampak sangat dah la desperate..tak de idea..mmg tak de sape nak sambut hari kemerdekaan tahun nie..
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001485382706 El Tiger

    janji ditepati tu kan tema pru..

    Public CommentUserjanji ditepati tu kan tema pru..
  • http://www.facebook.com/people/Aliff-Ridzwan/1742237952 Aliff Ridzwan

    sakai gile tema mcm ni..noobnye BN

    Public CommentUsersakai gile tema mcm ni..noobnye BN
  • viopipe

    ini tema ke tajuk karangan? panjangnye

    Public CommentUserini tema ke tajuk karangan? panjangnye


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014