MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014


Penembak Curi

Penembak Curi Mengamuk Di Segamat

    June 24, 2012




SEGAMAT – Seorang pemandu trak tunda terpaksa menahan kesakitan ketika memandu sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bantuan selepas tangan kanannya terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis BMW di Segamat Baru di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, A. Nadarajan, 49, memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan sebelum dihampiri oleh dua suspek yang menaiki kereta mewah BMW.

Difahamkan, ketika kejadian, penumpang kereta mewah itu melepaskan empat das tembakan menggunakan sepucuk pistol dengan dua daripadanya terkena tangan kanan Nadarajan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, selang 15 minit, polis menerima maklumat berlaku satu lagi kejadian tembakan ke atas sebuah rumah dua tingkat di Bukit Siput di sini dipercayai dilakukan oleh penyerang yang sama.

Jarak lokasi Nadarajan diserang dengan rumah berkenaan kira-kira dua kilometer.

“Polis yang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan dua kejadian tembakan itu ada kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di daerah ini baru-baru ini.

“Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lelaki terlibat tetapi tangkapan masih belum dilakukan,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Hanafi berkata, sejurus terkena tembakan itu, mangsa terus memandu menghala ke Balai Polis Segamat yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Nadarajan kini dilaporkan stabil,” ujarnya.

Menurutnya, dalam kejadian kedua itu, penyerang melepaskan lima das tembakan yang mengenai tingkap rumah tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, kejadian tembakan tersebut adalah yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh 10 hari.

Pada 12 Jun lalu, seorang pengusaha kedai barangan binaan di sini maut akibat terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh penyerang bermotosikal.

Ketika kejadian pukul 7.45 pagi itu, Lim Ching Hoon, 63, sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang di sini. Dia mati ditembak dari jarak dekat oleh penyerang menggunakan pistol jenis semi automatik. – Kosmo Online

Penembak Curi Mengamuk Di Segamathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Tembak.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Tembak-150x150.jpg MyNewsHub
SEGAMAT - Seorang pemandu trak tunda terpaksa menahan kesakitan ketika memandu sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bantuan selepas tangan kanannya terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis BMW di Segamat Baru di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, A. Nadarajan, 49, memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu...
<p style="text-align: justify;">SEGAMAT - Seorang pemandu trak tunda terpaksa menahan kesakitan ketika memandu sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bantuan selepas tangan kanannya terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis BMW di Segamat Baru di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, A. Nadarajan, 49, memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan sebelum dihampiri oleh dua suspek yang menaiki kereta mewah BMW. Difahamkan, ketika kejadian, penumpang kereta mewah itu melepaskan empat das tembakan menggunakan sepucuk pistol dengan dua daripadanya terkena tangan kanan Nadarajan. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, selang 15 minit, polis menerima maklumat berlaku satu lagi kejadian tembakan ke atas sebuah rumah dua tingkat di Bukit Siput di sini dipercayai dilakukan oleh penyerang yang sama. Jarak lokasi Nadarajan diserang dengan rumah berkenaan kira-kira dua kilometer. "Polis yang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan dua kejadian tembakan itu ada kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di daerah ini baru-baru ini. "Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lelaki terlibat tetapi tangkapan masih belum dilakukan," katanya. Menjelaskan lebih lanjut, Hanafi berkata, sejurus terkena tembakan itu, mangsa terus memandu menghala ke Balai Polis Segamat yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan. "Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Nadarajan kini dilaporkan stabil,'' ujarnya. Menurutnya, dalam kejadian kedua itu, penyerang melepaskan lima das tembakan yang mengenai tingkap rumah tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan. Beliau berkata, kejadian tembakan tersebut adalah yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh 10 hari. Pada 12 Jun lalu, seorang pengusaha kedai barangan binaan di sini maut akibat terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh penyerang bermotosikal. Ketika kejadian pukul 7.45 pagi itu, Lim Ching Hoon, 63, sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang di sini. Dia mati ditembak dari jarak dekat oleh penyerang menggunakan pistol jenis semi automatik. - <strong>Kosmo Online</strong> </p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • HangKebon

    selamatnya duduk johor…lembu mana yg kata aritu dok johor selamat??? puiiiiiiiiiiiii !!!!

    Public CommentUserselamatnya duduk johor...lembu mana yg kata aritu dok johor selamat??? puiiiiiiiiiiiii !!!!


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014