Sunday, April 13, 2014

Jahit Mulut

Pemohon Suaka Iran Jahit Mulut

June 9, 2012

Jerman – Empat pendatang dari Iran yang sebelum ini melancarkan mogok lapar, telah bertindak menjahit mulut mereka sebagai tanda protes terhadap keadaan di kem yang diduduki mereka di Jerman.

Menurut aktivis, Soheil Hatamikia, mereka yang sedang memohon bagi mendapatkan suaka politik itu, hanya minum melalui penyedut minuman.

Pendatang berkenaan juga tidur di dalam khemah di tengah-tengah kem berkenaan yang terletak di bandar Wuerzburg.

Satu blog yang diwujudkan bagi menyokong kumpulan pelarian itu memberitahu, pendatang tersebut memberi amaran lebih ramai yang akan mengikut jejak mereka jika kerajaan Jerman gagal memenuhi tuntutan mereka.

“Kerajaan Jerman patut tahu, mereka tidak boleh menyekat kami walaupun secara diam.

“Jika tuntutan ini tidak dipenuhi maka pendatang yang lain akan mengikut jejak kami dan turut menjahit mulut mereka,’’ kata mereka yang dipetik daripada blog berkenaan.

Secara keseluruhannya 10 pendatang dari Iran ini menyertai mogok lapar namun lima daripada mereka sudah menerima suaka politik.

Mereka membantah tindakan kerajaan yang menempatkan mereka di kawasan biasa dan menuntut supaya diberi hak untuk bekerja ketika menunggu permohonan suaka itu diproses.

Pada 2011, lebih 53,300 orang menuntut suaka di Jerman dengan separuh daripada mereka telah membuat tuntutan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Kebanyakan pemohon adalah pendatang dari Afghanistan, Iraq, Serbia dan Iran.

Dalam pada itu, pegawai imigresen dan pelarian Jerman gagal dihubungi bagi mengulas kejadian berkenaan.

Pemohon Suaka Iran Jahit Muluthttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Jahit-Mulut.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Jahit-Mulut-150x146.jpg MyNewsHub
Jerman – Empat pendatang dari Iran yang sebelum ini melancarkan mogok lapar, telah bertindak menjahit mulut mereka sebagai tanda protes terhadap keadaan di kem yang diduduki mereka di Jerman. Menurut aktivis, Soheil Hatamikia, mereka yang sedang memohon bagi mendapatkan suaka politik itu, hanya minum melalui penyedut minuman. Pendatang berkenaan juga tidur...

Jerman – Empat pendatang dari Iran yang sebelum ini melancarkan mogok lapar, telah bertindak menjahit mulut mereka sebagai tanda protes terhadap keadaan di kem yang diduduki mereka di Jerman.

Menurut aktivis, Soheil Hatamikia, mereka yang sedang memohon bagi mendapatkan suaka politik itu, hanya minum melalui penyedut minuman.

Pendatang berkenaan juga tidur di dalam khemah di tengah-tengah kem berkenaan yang terletak di bandar Wuerzburg.

Satu blog yang diwujudkan bagi menyokong kumpulan pelarian itu memberitahu, pendatang tersebut memberi amaran lebih ramai yang akan mengikut jejak mereka jika kerajaan Jerman gagal memenuhi tuntutan mereka.

``Kerajaan Jerman patut tahu, mereka tidak boleh menyekat kami walaupun secara diam.

``Jika tuntutan ini tidak dipenuhi maka pendatang yang lain akan mengikut jejak kami dan turut menjahit mulut mereka,’’ kata mereka yang dipetik daripada blog berkenaan.

Secara keseluruhannya 10 pendatang dari Iran ini menyertai mogok lapar namun lima daripada mereka sudah menerima suaka politik.

Mereka membantah tindakan kerajaan yang menempatkan mereka di kawasan biasa dan menuntut supaya diberi hak untuk bekerja ketika menunggu permohonan suaka itu diproses.

Pada 2011, lebih 53,300 orang menuntut suaka di Jerman dengan separuh daripada mereka telah membuat tuntutan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Kebanyakan pemohon adalah pendatang dari Afghanistan, Iraq, Serbia dan Iran.

Dalam pada itu, pegawai imigresen dan pelarian Jerman gagal dihubungi bagi mengulas kejadian berkenaan.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• http://www.facebook.com/profile.php?id=100001485382706 El Tiger

ngeri..

Public CommentUserngeri..
• Red1Echizen

sakit tu…tetusuk jarum pun dah menggelegak urat nak melatah

Public CommentUsersakit tu...tetusuk jarum pun dah menggelegak urat nak melatah
• http://twitter.com/manrocker86 Mhd Luqmanul Hakim

x sakit ke jahit mulut tue?

Public CommentUserx sakit ke jahit mulut tue?

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014