MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014

Cinta

Kerana Cinta, Bunga Ditabur Untuk ‘Bahagia’

June 9, 2012

Orang-orang tua biasanya akan mengatakan remaja zaman kini melalui alam percintaan yang boleh membawa mereka kepada peringkat yang lupakan diri seperti sanggup melakukan apa sahaja buat pasangan mereka.

Malah, tindakan atau perlakuan ‘angau’ dalam satu-satu hubungan cinta itu juga digelarkan sebagai ‘cinta buta’.

Tidak mustahil ‘cinta buta’ atau angau masih lagi berlaku sekarang ini kerana itu adalah fitrah bagi manusia biasa untuk mendapatkan cinta yang mampu membahagiakan diri masing-masing.

Seperti seorang lelaki di negara China, dek kerana sedih dan tidak dapat menerima kenyataan hubungan cintanya terputus dengan bekas kekasih hatinya, dia sanggup melakukan satu perkara yang memungkinkan bekas teman wanitanya kembali kepada dirinya semula.

Demi mengejar cintanya, lelaki itu sanggup membeli sebanyak 999 kuntum bunga ros buat bekas teman wanitanya.

Lelaki itu akan menaburkan kelopak-kelopak bunga ros di atas tangga pangsapuri kediaman bekas teman wanitanya supaya si gadis itu akan melihat usahanya setiap hari.

Dalam usaha untuk menawan semula hati bekas teman wanitanya, lelaki tersebut sanggup menghabiskan wang sebanyak 2,400 Yuan atau RM1,198 setiap hari bermula dari hari mereka terputus hubungan iaitu minggu lepas.

Pada mulanya, si gadis tidak mengendahkan usaha yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya.

Namun, masuk hari keempat, dia sudah mula tidak menyukai tindakan lelaki tersebut dan menasihati lelaki itu menghentikan segala usahanya kerana semuanya tidak membawa sebarang perubahan kepada hubungan mereka.

Bagi lelaki itu, dia melakukan usaha ‘manis’ itu hanyalah semata-mata kerana terlalu menyayangi dan mencintai gadis tersebut.

“Saya melakukan ini kerana saya sangat mencintai kamu, saya ingin lihat kamu gembira ke tempat kerja setiap pagi,” kata lelaki itu seperti dalam Daily Chilli.

Bagaimanapun, kerana percayakan satu hubungan cinta itu terjalin atas dasar kepercayaan dan hormat-menghormati, lelaki itu terpaksa akur dengan permintaan si gadis untuk tidak lagi meneruskan usaha memujuk hatinya.

Kalau anda, yang ditinggalkan kekasih, apa pula tindakan yang dilakukan untuk memujuk hati si kekasih?

Oleh: HARITS AYSRAF

Kerana Cinta, Bunga Ditabur Untuk ‘Bahagia’http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Cinta.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Cinta-150x150.jpg MyNewsHub
Orang-orang tua biasanya akan mengatakan remaja zaman kini melalui alam percintaan yang boleh membawa mereka kepada peringkat yang lupakan diri seperti sanggup melakukan apa sahaja buat pasangan mereka. Malah, tindakan atau perlakuan 'angau' dalam satu-satu hubungan cinta itu juga digelarkan sebagai 'cinta buta'. Tidak mustahil 'cinta buta' atau angau masih lagi...

Orang-orang tua biasanya akan mengatakan remaja zaman kini melalui alam percintaan yang boleh membawa mereka kepada peringkat yang lupakan diri seperti sanggup melakukan apa sahaja buat pasangan mereka.

Malah, tindakan atau perlakuan 'angau' dalam satu-satu hubungan cinta itu juga digelarkan sebagai 'cinta buta'.

Tidak mustahil 'cinta buta' atau angau masih lagi berlaku sekarang ini kerana itu adalah fitrah bagi manusia biasa untuk mendapatkan cinta yang mampu membahagiakan diri masing-masing.

Seperti seorang lelaki di negara China, dek kerana sedih dan tidak dapat menerima kenyataan hubungan cintanya terputus dengan bekas kekasih hatinya, dia sanggup melakukan satu perkara yang memungkinkan bekas teman wanitanya kembali kepada dirinya semula.

Demi mengejar cintanya, lelaki itu sanggup membeli sebanyak 999 kuntum bunga ros buat bekas teman wanitanya.

Lelaki itu akan menaburkan kelopak-kelopak bunga ros di atas tangga pangsapuri kediaman bekas teman wanitanya supaya si gadis itu akan melihat usahanya setiap hari.

Dalam usaha untuk menawan semula hati bekas teman wanitanya, lelaki tersebut sanggup menghabiskan wang sebanyak 2,400 Yuan atau RM1,198 setiap hari bermula dari hari mereka terputus hubungan iaitu minggu lepas.

Pada mulanya, si gadis tidak mengendahkan usaha yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya.

Namun, masuk hari keempat, dia sudah mula tidak menyukai tindakan lelaki tersebut dan menasihati lelaki itu menghentikan segala usahanya kerana semuanya tidak membawa sebarang perubahan kepada hubungan mereka.

Bagi lelaki itu, dia melakukan usaha 'manis' itu hanyalah semata-mata kerana terlalu menyayangi dan mencintai gadis tersebut.

"Saya melakukan ini kerana saya sangat mencintai kamu, saya ingin lihat kamu gembira ke tempat kerja setiap pagi," kata lelaki itu seperti dalam Daily Chilli.

Bagaimanapun, kerana percayakan satu hubungan cinta itu terjalin atas dasar kepercayaan dan hormat-menghormati, lelaki itu terpaksa akur dengan permintaan si gadis untuk tidak lagi meneruskan usaha memujuk hatinya.

Kalau anda, yang ditinggalkan kekasih, apa pula tindakan yang dilakukan untuk memujuk hati si kekasih?

Oleh: HARITS AYSRAF

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• http://twitter.com/rteenz rteenz

bangang and membazir

Public CommentUserbangang and membazir
• http://www.facebook.com/profile.php?id=100001485382706 El Tiger

mau mengamuk cleaner/majlis perbandaran nak kena sapu hari hari..

Public CommentUsermau mengamuk cleaner/majlis perbandaran nak kena sapu hari hari..
• http://www.facebook.com/profile.php?id=1332859632 Fatin Hazdzirah

kalau aku org tu tak terima.. haha. let go je lah. jatuh saham.. kui3.. sbg islam kan kita ada Istikharah. wahaha

Public CommentUserkalau aku org tu tak terima.. haha. let go je lah. jatuh saham.. kui3.. sbg islam kan kita ada Istikharah. wahaha
• http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

kalu aq biakan je..mngkin ad jdoh lain tuk kte..cewaahhh….

Public CommentUserkalu aq biakan je..mngkin ad jdoh lain tuk kte..cewaahhh....
• http://www.facebook.com/dama.amore1 Khairul Naim Saedin

elok tabur duit lg masyuk

Public CommentUserelok tabur duit lg masyuk
• http://www.facebook.com/fakhriwmf Wan Muhammad Fakhri

; Wow, so many flowers *-*

Public CommentUser; Wow, so many flowers *-*
• opah_brutal

meh sini….aku nk bunga…sapa nk bg aku bunga…huhuhuuuu

Public CommentUsermeh sini....aku nk bunga...sapa nk bg aku bunga...huhuhuuuu
• http://twitter.com/manrocker86 Mhd Luqmanul Hakim

Bagus²!

Public CommentUserBagus²!
• meNOBODY

“Kalau anda, yang ditinggalkan kekasih, apa pula tindakan yang dilakukan untuk memujuk hati si kekasih?”.. dah kene tggal buat pe nak pujuk balik??

Public CommentUser"Kalau anda, yang ditinggalkan kekasih, apa pula tindakan yang dilakukan untuk memujuk hati si kekasih?".. dah kene tggal buat pe nak pujuk balik??

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014