MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014

Bayi Maut

Kanak-Kanak Maut Tercampak Dari Kereta

June 9, 2012

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan terbunuh selepas tercampak dari kereta yang dinaiki apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 203.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kejadian berlaku pada jam 3.20 pagi ketika kanak-kanak itu, Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi, yang berasal dari Jitra, Kedah, menaiki kereta bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Gen-2 yang dipandu bapanya, Mohd Fahmi Salleh, 34, dikatakan terbabas ketika cuba mengelak satu objek di atas jalan raya lalu merempuh penghadang jalan, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama, sebuah kereta Perodua Viva yang mengekorinya merempuh belakang kereta yang dinaiki Mohamad Fiffy, menyebabkan mangsa yang diriba ibunya Norasmah Ngah Seri, 32, terlepas daripada pegangan lalu tercampak keluar dari tingkap kereta yang terbuka dan terjatuh di atas jalan.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Yusof berkata, ibu bapa mangsa dan dua kakaknya masing-masing berusia lima dan tujuh tahun hanya cedera ringan, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Viva turut mengalami cedera ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit, katanya. – BERNAMA

Kanak-Kanak Maut Tercampak Dari Keretahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Bayi-Maut.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/06/Bayi-Maut-150x150.jpg MyNewsHub
IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan terbunuh selepas tercampak dari kereta yang dinaiki apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 203.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kejadian berlaku pada jam 3.20 pagi ketika kanak-kanak itu, Mohamad Fiffy...

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan terbunuh selepas tercampak dari kereta yang dinaiki apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 203.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kejadian berlaku pada jam 3.20 pagi ketika kanak-kanak itu, Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi, yang berasal dari Jitra, Kedah, menaiki kereta bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Gen-2 yang dipandu bapanya, Mohd Fahmi Salleh, 34, dikatakan terbabas ketika cuba mengelak satu objek di atas jalan raya lalu merempuh penghadang jalan, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama, sebuah kereta Perodua Viva yang mengekorinya merempuh belakang kereta yang dinaiki Mohamad Fiffy, menyebabkan mangsa yang diriba ibunya Norasmah Ngah Seri, 32, terlepas daripada pegangan lalu tercampak keluar dari tingkap kereta yang terbuka dan terjatuh di atas jalan.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Yusof berkata, ibu bapa mangsa dan dua kakaknya masing-masing berusia lima dan tujuh tahun hanya cedera ringan, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Viva turut mengalami cedera ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit, katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• http://www.facebook.com/profile.php?id=100001485382706 El Tiger

takziah..

Public CommentUsertakziah..
• http://www.facebook.com/people/Shahrizal-Zal/100001383887400 Shahrizal Zal

takziah diucapkan kpd famili mangsa

Public CommentUsertakziah diucapkan kpd famili mangsa
• http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

takziah…

Public CommentUsertakziah...
• http://www.facebook.com/profile.php?id=1332859632 Fatin Hazdzirah

Admin, istilah kanak-kanak ni bila berumur 3-12 tahun. Kalau bayi, 2 tahun ke bawah(sejak lahir sehingga 24 bulan). Apapun, takziah.

Public CommentUserAdmin, istilah kanak-kanak ni bila berumur 3-12 tahun. Kalau bayi, 2 tahun ke bawah(sejak lahir sehingga 24 bulan). Apapun, takziah.
• http://www.facebook.com/dama.amore1 Khairul Naim Saedin

salam takziah

Public CommentUsersalam takziah
• http://www.facebook.com/people/Riana-Azmi/1480330028 Riana Azmi

takziah… (sebagai peringatan kepada kita semua, cuba biasakan anak-anak memakai talipinggang keledar atau kerusi bayi bagi yang kecil lagi tu)

Public CommentUsertakziah... (sebagai peringatan kepada kita semua, cuba biasakan anak-anak memakai talipinggang keledar atau kerusi bayi bagi yang kecil lagi tu)
• fashua

innalillah :(

Public CommentUserinnalillah :(
• Izma Eznet

kesiannya

Public CommentUserkesiannya

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014