Friday, April 25, 2014

Muzakarah Harus Ikhlas Tanpa Sebarang Syarat

Muzakarah Harus Ikhlas Tanpa Sebarang Syarat

May 21, 2012

SEREMBAN – Rancangan untuk bermuzakarah antara Umno dan PAS perlu dijalankan berlandaskan keikhlasan tanpa meletakkan sebarang syarat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, muzakarah adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam jadi adalah tidak sesuai untuk meletakkan syarat.

“Muzakarah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam dan pada saya adalah nikmat bagi kita kalau semua boleh duduk sekali dan mencari titik perbezaan dan kita menguruskan perbezaan itu secara sepatutnya.

“Tentunya dalam titik pertemuan kita yang begitu banyak, mengapa kita mencari titik perpisahan dan (mahu) membesarkannya dan kita kehadapankan? Jadi mekanisme terbaik adalah muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Umno. – BERNAMA

Muzakarah Harus Ikhlas Tanpa Sebarang Syarathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/jamil1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/jamil1-150x150.jpg MyNewsHub
SEREMBAN - Rancangan untuk bermuzakarah antara Umno dan PAS perlu dijalankan berlandaskan keikhlasan tanpa meletakkan sebarang syarat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, muzakarah adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam jadi adalah tidak sesuai untuk meletakkan syarat. 'Muzakarah...

SEREMBAN - Rancangan untuk bermuzakarah antara Umno dan PAS perlu dijalankan berlandaskan keikhlasan tanpa meletakkan sebarang syarat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, muzakarah adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam jadi adalah tidak sesuai untuk meletakkan syarat.

"Muzakarah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam dan pada saya adalah nikmat bagi kita kalau semua boleh duduk sekali dan mencari titik perbezaan dan kita menguruskan perbezaan itu secara sepatutnya.

"Tentunya dalam titik pertemuan kita yang begitu banyak, mengapa kita mencari titik perpisahan dan (mahu) membesarkannya dan kita kehadapankan? Jadi mekanisme terbaik adalah muzakarah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Umno. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014