MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014

Saya Percaya Pemain 100% - Mancini

Saya Percaya Pemain 100% – Mancini

May 12, 2012

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini percaya tiada ruang buat para pemainnya ‘membuang’ kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang sudah hampir pasti dalam genggaman mereka, berbaki satu perlawanan.

Dengan kelebihan gol yang cukup besar dimiliki City berbanding Manchester United, Mancini yakin mereka yang akan berdepan QPR malam esok, hanya perlu menyamai keputusan dicatat United yang bertemu Sunderland.

“Saya yakin dan percaya 100 peratus dengan pemain-pemain saya. Mereka semua tahu yang segalanya kini terletak di tangan mereka sendiri.

“Mereka telah berusaha keras pada setiap perlawanan sepanjang musim dan kini peluang besar sudah terhidang di depan mata. Dua aksi sebelum ini, bertemu United dan Newcastle, mereka cukup kuat dan memiliki mentaliti tinggi.

“Jadi saya percaya mereka akan melakukan perkara sama pada perlawanan terakhir menentang QPR ini,” kata Mancini.

Andai menang, ia merupakan kejuaraan liga pertama buat City selepas 44 tahun. – mynewshub.my

Saya Percaya Pemain 100% – Mancinihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/Roberto-Mancini.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/Roberto-Mancini-150x150.jpg MyNewsHub
PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini percaya tiada ruang buat para pemainnya 'membuang' kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang sudah hampir pasti dalam genggaman mereka, berbaki satu perlawanan. Dengan kelebihan gol yang cukup besar dimiliki City berbanding Manchester United, Mancini yakin mereka yang akan berdepan QPR malam esok, hanya perlu menyamai keputusan...

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini percaya tiada ruang buat para pemainnya 'membuang' kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang sudah hampir pasti dalam genggaman mereka, berbaki satu perlawanan.

Dengan kelebihan gol yang cukup besar dimiliki City berbanding Manchester United, Mancini yakin mereka yang akan berdepan QPR malam esok, hanya perlu menyamai keputusan dicatat United yang bertemu Sunderland.

"Saya yakin dan percaya 100 peratus dengan pemain-pemain saya. Mereka semua tahu yang segalanya kini terletak di tangan mereka sendiri.

"Mereka telah berusaha keras pada setiap perlawanan sepanjang musim dan kini peluang besar sudah terhidang di depan mata. Dua aksi sebelum ini, bertemu United dan Newcastle, mereka cukup kuat dan memiliki mentaliti tinggi.

"Jadi saya percaya mereka akan melakukan perkara sama pada perlawanan terakhir menentang QPR ini," kata Mancini.

Andai menang, ia merupakan kejuaraan liga pertama buat City selepas 44 tahun. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014