MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014

Wanita Maut Ditetak Dua Warga Asing

Wanita Maut Ditetak Dua Warga Asing

May 11, 2012

KUALA LANGAT – Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi Khamis, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu mahu mengunci pintu rumah yang didiami bersama ibu angkatnya.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ketika menerima rawatan,” katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua suspek terbabit yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang menyerbu ke dalam rumah mangsa sebaik mangsa mahu mengunci pintu.

“Mangsa dipercayai dibunuh akibat dendam kerana tiada harta benda yang dilaporkan hilang,” katanya.

Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua suspek terbabit sedang dilakukan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Wanita Maut Ditetak Dua Warga Asinghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/tetak.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/tetak.jpg MyNewsHub
KUALA LANGAT - Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi Khamis, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia...

KUALA LANGAT - Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi Khamis, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu mahu mengunci pintu rumah yang didiami bersama ibu angkatnya.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ketika menerima rawatan," katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua suspek terbabit yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang menyerbu ke dalam rumah mangsa sebaik mangsa mahu mengunci pintu.

"Mangsa dipercayai dibunuh akibat dendam kerana tiada harta benda yang dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua suspek terbabit sedang dilakukan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014