MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014


Nurul Bakal Nikah Dengan Lelaki Perancis

Nurul Bakal Nikah Dengan Lelaki Perancis

    May 11, 2012




KUALA LUMPUR – Nurul Huda Abdul Wahab, 35, bakal mendirikan rumah tangga untuk kali yang kedua pada 6 Jun ini selepas bercerai dengan seorang komposer lagu terkenal, Ajai lima tahun yang lepas.

Ibu kepada Ayu Nadhira itu akan bernikah dengan seorang lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 47 yang telah pun memeluk agama Islam pada Februari lepas.

Eric telah melamar Nurul di hadapan kedua-dua orang tuanya pada 14 Februari lalu untuk mendapatkan restu tentang hasrat hatinya memperisterikan Nurul secara sah.

Menerusi portal Murai.com, Nurul berkata, mengambil keputusan untuk bernikah kali yang kedua adalah tanda dia sudah pun melupakan kenangan pahit dalam perkahwinannya yang pertama selain melihatkan jodoh kali kedua ini adalah dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan kehidupannya.

“Ya saya akan menamatkan zaman solo saya bersama Eric yang telah saya kenali lebih setahun lalu.

“Dia telah melamar saya pada Februari 2011 di hadapan ibu-bapanya dan dia telah menyarungkan cincin pada Februari tahun ini.

“IsyaAllah sebuah majlis pernikahan yang hanya akan dihadiri 200 tetamu bakal diadakan di Dutchess Place pada 6 Jun ini, diikuti majlis resepsi sebelah keluarga pihak lelaki di Bali pada 14 Jun ini,” kata Nurul.

Tidak menolak jodoh dengan Eric, Nurul bersyukur kerana dia tidak pernah menjadikan isu berlainan bangsa dan agama sebagai penghalang untuk mengecapi bahagia.

“Saya tidak pernah meletakan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang memperkenalkan saya dengannya.

“Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia.

“Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan,” katanya.

Dalam meniti waktu untuk menyambut majlis nikahnya nanti, Nurul tidak bercadang untuk menjemput bekas suaminya hadir ke majlis tersebut.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Nurul Bakal Nikah Dengan Lelaki Perancishttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/nurul.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/nurul-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Nurul Huda Abdul Wahab, 35, bakal mendirikan rumah tangga untuk kali yang kedua pada 6 Jun ini selepas bercerai dengan seorang komposer lagu terkenal, Ajai lima tahun yang lepas. Ibu kepada Ayu Nadhira itu akan bernikah dengan seorang lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 47 yang telah pun...
KUALA LUMPUR - Nurul Huda Abdul Wahab, 35, bakal mendirikan rumah tangga untuk kali yang kedua pada 6 Jun ini selepas bercerai dengan seorang komposer lagu terkenal, Ajai lima tahun yang lepas. Ibu kepada Ayu Nadhira itu akan bernikah dengan seorang lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 47 yang telah pun memeluk agama Islam pada Februari lepas. Eric telah melamar Nurul di hadapan kedua-dua orang tuanya pada 14 Februari lalu untuk mendapatkan restu tentang hasrat hatinya memperisterikan Nurul secara sah. Menerusi portal Murai.com, Nurul berkata, mengambil keputusan untuk bernikah kali yang kedua adalah tanda dia sudah pun melupakan kenangan pahit dalam perkahwinannya yang pertama selain melihatkan jodoh kali kedua ini adalah dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan kehidupannya. "Ya saya akan menamatkan zaman solo saya bersama Eric yang telah saya kenali lebih setahun lalu. "Dia telah melamar saya pada Februari 2011 di hadapan ibu-bapanya dan dia telah menyarungkan cincin pada Februari tahun ini. "IsyaAllah sebuah majlis pernikahan yang hanya akan dihadiri 200 tetamu bakal diadakan di Dutchess Place pada 6 Jun ini, diikuti majlis resepsi sebelah keluarga pihak lelaki di Bali pada 14 Jun ini," kata Nurul. Tidak menolak jodoh dengan Eric, Nurul bersyukur kerana dia tidak pernah menjadikan isu berlainan bangsa dan agama sebagai penghalang untuk mengecapi bahagia. "Saya tidak pernah meletakan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang memperkenalkan saya dengannya. "Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia. "Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan," katanya. Dalam meniti waktu untuk menyambut majlis nikahnya nanti, Nurul tidak bercadang untuk menjemput bekas suaminya hadir ke majlis tersebut. Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Red1Echizen

    dah nikah dah

    Public CommentUserdah nikah dah


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014