Tuesday, April 15, 2014


Gelombang Merah Tawan Bukit Jalil: Lebih 80,000 Banjiri Stadium Malam Ini

Gelombang Merah Tawan Bukit Jalil: Lebih 80,000 Banjiri Stadium Malam Ini

    May 11, 2012




Gelombang Merah mula tawan Stadium Bukit Jalil.

Begitulah gambaran yang boleh diberikan apabila dijangka lebih 80,000 membanjri Stadium Bukit Jalil malam ini.

Malam ini merupakan acara kemuncak sambutan ulang tahun UMNO ke 66 yang bermula 1 Mei lalu menerusi Larian Bendera UMNO di seluruh negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan amanatnya pada jam 9 malam dan seterusnya menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada dua penerima.

Sebelum upacara menaikkan bendera UMNO satu upacara penyerahan bendera “Sang Saka Bangsa” akan diadakan di mana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahud Hamidi akan menyerahkan bendera UMNO kepada Datuk Seri Najib.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan menyampaikan ucapannya

Majlis malam ini akan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning dan persembahan bunga api.

Semalam satu majlis tahlil dan bacaan yassin serta doa kesyukuran telah diadakan di Surau Ar Rahman PWTC.

Sambutan ulang tahun UMNO ke 66 akan diteruskan hingga 13 Mei ini di Stadium Bukit Jalil dengan pelbagai acara menarik diadakan seperti Karnival Kerjaya, Sambutan Hari Ibu, Seminar Motivasi, Futsal, Paintball, Konsert, Pameran Robotik dan pelbagai acara lagi. (UMNO ONLINE)

Gelombang Merah Tawan Bukit Jalil: Lebih 80,000 Banjiri Stadium Malam Inihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/bukit-jalil-stadium.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/bukit-jalil-stadium-150x150.png MyNewsHub
Gelombang Merah mula tawan Stadium Bukit Jalil. Begitulah gambaran yang boleh diberikan apabila dijangka lebih 80,000 membanjri Stadium Bukit Jalil malam ini. Malam ini merupakan acara kemuncak sambutan ulang tahun UMNO ke 66 yang bermula 1 Mei lalu menerusi Larian Bendera UMNO di seluruh negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak...
Gelombang Merah mula tawan Stadium Bukit Jalil. Begitulah gambaran yang boleh diberikan apabila dijangka lebih 80,000 membanjri Stadium Bukit Jalil malam ini. <strong>Malam ini merupakan acara kemuncak sambutan ulang tahun UMNO ke 66 yang bermula 1 Mei lalu menerusi Larian Bendera UMNO di seluruh negara.</strong> Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan amanatnya pada jam 9 malam dan seterusnya menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada dua penerima. Sebelum upacara menaikkan bendera UMNO satu upacara penyerahan bendera “Sang Saka Bangsa” akan diadakan di mana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahud Hamidi akan menyerahkan bendera UMNO kepada Datuk Seri Najib. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan menyampaikan ucapannya Majlis malam ini akan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning dan persembahan bunga api. Semalam satu majlis tahlil dan bacaan yassin serta doa kesyukuran telah diadakan di Surau Ar Rahman PWTC. Sambutan ulang tahun UMNO ke 66 akan diteruskan hingga 13 Mei ini di Stadium Bukit Jalil dengan pelbagai acara menarik diadakan seperti Karnival Kerjaya, Sambutan Hari Ibu, Seminar Motivasi, Futsal, Paintball, Konsert, Pameran Robotik dan pelbagai acara lagi. (UMNO ONLINE)

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014