MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014

JAKIM Tak Raih Keuntungan Daripada Sijil Halal

JAKIM Tak Raih Keuntungan Daripada Sijil Halal

May 4, 2012

KUALA LUMPUR – Bayaran yang dikenakan untuk mendapat sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah bagi menampung kos termasuk kajian dan ujian makmal terhadap produk yang berkenaan.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah tidak wajar bagi pengusaha membuat tuduhan JAKIM meraih keuntungan daripada pengeluaran sijil berkenaan.

“Di sini saya ingin menegaskan, JAKIM langsung tidak mengambil sebarang keuntungan kepada sijil halal yang dikeluarkan tetapi kita hendak memastikan setiap kos dalam meluluskan sebarang sijil halal yang dikeluarkan ditanggung oleh pihak pemohon,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Jamil yang ditemui selepas menyerahkan sijil halal kepada Restoran Pelita Nasi Kandar, berkata JAKIM mengenakan kadar berpatutan iaitu RM200 bagi industri kecil, RM400 untuk industri sederhana dan RM800 bagi industri berskala besar.

Katanya kadar bayaran yang dikenakan adalah bagi tempoh dua tahun dan kelewatan membuat bayaran akan mempengaruhi proses lawatan pemeriksaan halal ke atas premis terbabit.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan, Jamil khir berkata semua pengusaha restoran nasi kandar di negara ini wajar mengikut langkah rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar dan mendapatkan sijil halal sebagai satu nilai tambah.

“Rangkaian Pelita Nasi Kandar adalah rangkaian yang pertama berjaya melengkapkan semua 24 rangkaiannya di seluruh negara dalam mendapatkan sijil halal dan ini wajar dicontohi oleh pengusaha restoran nasi kandar yang lain,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pelita Samudra Pertama Sdn. Bhd, Datuk Shamsuri Ahmad berkata tidak sukar bagi restoran tersebut menepati kriteria yang ditetapkan JAKIM.

“Pelita Nasi Kandar kini secara rasminya telah maju lebih ke hadapan dengan mendapatkan nilai tambah ini (sijil halal) apabila 247 item atau bahan makanan yang dijual di semua cawangan nasi kandar kami telah menepati garis panduan JAKIM,” katanya. – BERNAMA

JAKIM Tak Raih Keuntungan Daripada Sijil Halalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/jamil.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/jamil-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Bayaran yang dikenakan untuk mendapat sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah bagi menampung kos termasuk kajian dan ujian makmal terhadap produk yang berkenaan. Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah tidak wajar bagi pengusaha membuat tuduhan JAKIM...

KUALA LUMPUR - Bayaran yang dikenakan untuk mendapat sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah bagi menampung kos termasuk kajian dan ujian makmal terhadap produk yang berkenaan.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah tidak wajar bagi pengusaha membuat tuduhan JAKIM meraih keuntungan daripada pengeluaran sijil berkenaan.

"Di sini saya ingin menegaskan, JAKIM langsung tidak mengambil sebarang keuntungan kepada sijil halal yang dikeluarkan tetapi kita hendak memastikan setiap kos dalam meluluskan sebarang sijil halal yang dikeluarkan ditanggung oleh pihak pemohon," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Jamil yang ditemui selepas menyerahkan sijil halal kepada Restoran Pelita Nasi Kandar, berkata JAKIM mengenakan kadar berpatutan iaitu RM200 bagi industri kecil, RM400 untuk industri sederhana dan RM800 bagi industri berskala besar.

Katanya kadar bayaran yang dikenakan adalah bagi tempoh dua tahun dan kelewatan membuat bayaran akan mempengaruhi proses lawatan pemeriksaan halal ke atas premis terbabit.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan, Jamil khir berkata semua pengusaha restoran nasi kandar di negara ini wajar mengikut langkah rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar dan mendapatkan sijil halal sebagai satu nilai tambah.

"Rangkaian Pelita Nasi Kandar adalah rangkaian yang pertama berjaya melengkapkan semua 24 rangkaiannya di seluruh negara dalam mendapatkan sijil halal dan ini wajar dicontohi oleh pengusaha restoran nasi kandar yang lain," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pelita Samudra Pertama Sdn. Bhd, Datuk Shamsuri Ahmad berkata tidak sukar bagi restoran tersebut menepati kriteria yang ditetapkan JAKIM.

"Pelita Nasi Kandar kini secara rasminya telah maju lebih ke hadapan dengan mendapatkan nilai tambah ini (sijil halal) apabila 247 item atau bahan makanan yang dijual di semua cawangan nasi kandar kami telah menepati garis panduan JAKIM," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014