MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014

Ning Kekal Sihat Amal Sunnah Rasulullah

Ning Kekal Sihat Amal Sunnah Rasulullah

May 1, 2012

PETALING JAYA – Penyanyi wanita yang berkulit hitam manis, Ning Baizura amat menitik beratkan soal pemakanannya dengan mengikut sunnah pemakanan Rasulullah S.A.W. supaya dirinya kekal cantik dan sihat.

Bagi Ning, amalan pemakanan sunnah Rasulullah juga bagus diamalkan untuk mengelak dirinya dari diserang pelbagai penyakit.

Ning juga sering mengambil dan mengamalkan tujuh jenis buah-buahan setiap hari seperti kurma, zaitun, kismis, delima, barli, anggur dan tembikai.

“Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa sibuk saya perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin agar tidak mudah berpenyakit.

“Dan salah satu caranya ialah saya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah Nabi dan ternyata banyak khasiat yang saya perolehi,” kata Ning seperti dalam mStar Online.

Selain itu, Ning juga ada mengamalkan petua pemakanan dari ibunya yang banyak mengambil sayur-sayuran hijau dan mengurangkan sumber makanan yang berasaskan daging.

“Ibu saya seorang vegetarian dan saya sukar mengamalkan pemakanan sebegitu. Tetapi saya elak makanan berdaging merah selain mengutamakan makanan berprotein dan soya,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya seni suaranya sekarang, Ning bakal mengeluarkan sebuah single terbaru, Sejati, yang akan menjadi lagu runut tema bagi filem Lagenda Budak Setan 3.

Bersempena dengan Hari Ibu, Ning juga bakal mengadakan persembahan ‘Ratu Hatiku Mother’s Day High-Tea exclusive With Ning Baizura and Band’ di Hotel Royale Bintang Damansara pada 20 Mei ini, pukul 3 hingga 7 petang.

Tiket berharga RM180, RM280, RM500 dan VIP Platinum boleh didapati menerusi laman web www.tickethotline.com. yang menyediakan 50 meja kepada para peminat penyanyi bersuara besar itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Ning Kekal Sihat Amal Sunnah Rasulullahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/ning.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/05/ning-150x150.jpg MyNewsHub
PETALING JAYA – Penyanyi wanita yang berkulit hitam manis, Ning Baizura amat menitik beratkan soal pemakanannya dengan mengikut sunnah pemakanan Rasulullah S.A.W. supaya dirinya kekal cantik dan sihat. Bagi Ning, amalan pemakanan sunnah Rasulullah juga bagus diamalkan untuk mengelak dirinya dari diserang pelbagai penyakit. Ning juga sering mengambil dan mengamalkan tujuh...

PETALING JAYA – Penyanyi wanita yang berkulit hitam manis, Ning Baizura amat menitik beratkan soal pemakanannya dengan mengikut sunnah pemakanan Rasulullah S.A.W. supaya dirinya kekal cantik dan sihat.

Bagi Ning, amalan pemakanan sunnah Rasulullah juga bagus diamalkan untuk mengelak dirinya dari diserang pelbagai penyakit.

Ning juga sering mengambil dan mengamalkan tujuh jenis buah-buahan setiap hari seperti kurma, zaitun, kismis, delima, barli, anggur dan tembikai.

"Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa sibuk saya perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin agar tidak mudah berpenyakit.

"Dan salah satu caranya ialah saya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah Nabi dan ternyata banyak khasiat yang saya perolehi," kata Ning seperti dalam mStar Online.

Selain itu, Ning juga ada mengamalkan petua pemakanan dari ibunya yang banyak mengambil sayur-sayuran hijau dan mengurangkan sumber makanan yang berasaskan daging.

"Ibu saya seorang vegetarian dan saya sukar mengamalkan pemakanan sebegitu. Tetapi saya elak makanan berdaging merah selain mengutamakan makanan berprotein dan soya," katanya.

Dalam perkembangan kerjaya seni suaranya sekarang, Ning bakal mengeluarkan sebuah single terbaru, Sejati, yang akan menjadi lagu runut tema bagi filem Lagenda Budak Setan 3.

Bersempena dengan Hari Ibu, Ning juga bakal mengadakan persembahan ‘Ratu Hatiku Mother's Day High-Tea exclusive With Ning Baizura and Band’ di Hotel Royale Bintang Damansara pada 20 Mei ini, pukul 3 hingga 7 petang.

Tiket berharga RM180, RM280, RM500 dan VIP Platinum boleh didapati menerusi laman web www.tickethotline.com. yang menyediakan 50 meja kepada para peminat penyanyi bersuara besar itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• kopi

bg aku …
buat yg waib dulu , tutp aurat barulah ikut sunnah ..

Public CommentUserbg aku ... buat yg waib dulu , tutp aurat barulah ikut sunnah ..
• kopi

*wajib

Public CommentUser*wajib

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014