MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 16, 2014


Linda Jasmine Lahirkan Anak Ketiga Melalui Pembedahan, Nama Anaknya Tengku Cleopatra

Linda Jasmine Lahirkan Anak Ketiga Melalui Pembedahan, Nama Anaknya Tengku Cleopatra

    April 27, 2012




PETALING JAYA – Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.

Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Alhamdulillahlah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.

Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.

Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.

Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.

“Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.

Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.

“Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini,” katanya.

Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009. (Mstar.com.my)

Linda Jasmine Lahirkan Anak Ketiga Melalui Pembedahan, Nama Anaknya Tengku Cleopatrahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/Linda-Jasmine-Hamil-1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/Linda-Jasmine-Hamil-1-150x150.jpg MyNewsHub
PETALING JAYA - Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis. Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. 'Alhamdulillahlah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan...
PETALING JAYA - Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis. Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. <strong>"Alhamdulillahlah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.</strong> <strong>"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.</strong> Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan. Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009. Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan. Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar. Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut. <strong>"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.</strong> Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih. Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini. "Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya. Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009. <strong>(Mstar.com.my)</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014