MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Tuesday, April 15, 2014

Aman Palestin Hulur Bantuan Kepada Hospital Al-Aqsa

Aman Palestin Hulur Bantuan

April 13, 2012

KUALA LUMPUR – Bantuan Aman Palestin untuk penduduk Palestin diteruskan dengan mendirikan stesen penyahmasinan air untuk Hospital Al-Aqsa dan generator untuk bekalan elektrik di lima bangunan di Kementerian Dalam Negeri Palestin.

Ketua Misi Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, berkata stesen itu sudah beroperasi untuk pusat dialisis di hospital itu yang memberi perkhidmatan kepada hampir 120 pesakit buah pinggang dalam seminggu.

“Hospital ini, khususnya pusat dialisis, amat penting kepada penduduk Gaza terutama mereka di kawasan tengah Semenanjung Gaza. Pesakit datang dan mencuci darah mereka sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” kata Anas yang mengetuai misi kelapan Aman Palestin di Gaza bermula hari ini.

Proses penyahmasinan air itu yang membabitkan penyingkiran sejumlah amaun garam dan bahan galian lain daripada air masin, amat diperlukan di Gaza untuk mengeluarkan air tawar yang sesuai untuk kegunaan manusia.

Mengenai generator itu, Anas berkata pada awalnya ia dibawa ke sempadan Rafah selepas serangan tentera Israel pada 2009 tetapi pihak berkuasa di sempadan tidak membenarkannya dibawa masuk atas faktor keselamatan.

“Kami cuba yang terbaik untuk membawanya masuk dan akhirnya berjaya meleraikan seluruh generator dan membawanya satu demi satu menerusi terowong dalam tempoh lebih dua tahun.

“Akhirnya, semuanya sampai ke Gaza akhir tahun lalu. Ini sebenarnya adalah satu kejayaan besar,” katanya.
Aman Palestin juga menghulurkan bantuan perubatan dan melawat beberapa kawasan pertanian dan penternakan dengan harapan untuk membantu penduduk Palestin di Gaza, yang dikenakan sekatan oleh Israel, menjalankan perniagaan kecil.

“Projek pertanian dan penternakan itu akan menelan kos hampir US$600,000. Sebab itu kenapa kami membawa beberapa ahli perniagaan Malaysia pada lawatan kali ini kerana mereka mungkin dapat memikirkan sesuatu dengan rakan kongsi mereka,” katanya.

Katanya, sepanjang lawatan 10 hari itu, delegasi 21 anggota berkenaan akan melawat hospital dan kedai-kedai sumbangan Aman Palestin yang kini diuruskan penduduk tempatan.

“Apa yang lebih penting bagi penduduk Palestin sekarang ialah mempunyai peluang untuk menjana pendapatan sendiri daripada sekadar menerima bantuan. Kami juga sedang mengkaji bidang-bidang lain,” katanya.

Anas berkata, Aman Palestin juga membantu petani yang ladang mereka dimusnahkan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Pertanian adalah punca utama sara hidup di Gaza yang dihuni lebih 1.7 juta orang.

Antara aktiviti pada lawatan itu ialah perlawanan bola sepak antara delegasi
Malaysia dan pasukan Palestin.

Aman Palestin, organisasi pertama Malaysia menjalankan aktiviti amal di Semenanjung Gaza sejak 2006, khususnya dalam melaksanakan projek bagi meningkatkan perkhidmatan perubatan dan memperbaiki keadaan kehidupan pelarian. – BERNAMA

Aman Palestin Hulur Bantuanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/Aman-Palestin-Hulur-Bantuan-Kepada-Hospital-Al-Aqsa.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/Aman-Palestin-Hulur-Bantuan-Kepada-Hospital-Al-Aqsa-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Bantuan Aman Palestin untuk penduduk Palestin diteruskan dengan mendirikan stesen penyahmasinan air untuk Hospital Al-Aqsa dan generator untuk bekalan elektrik di lima bangunan di Kementerian Dalam Negeri Palestin. Ketua Misi Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, berkata stesen itu sudah beroperasi untuk pusat dialisis di hospital itu yang...

KUALA LUMPUR - Bantuan Aman Palestin untuk penduduk Palestin diteruskan dengan mendirikan stesen penyahmasinan air untuk Hospital Al-Aqsa dan generator untuk bekalan elektrik di lima bangunan di Kementerian Dalam Negeri Palestin.

Ketua Misi Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, berkata stesen itu sudah beroperasi untuk pusat dialisis di hospital itu yang memberi perkhidmatan kepada hampir 120 pesakit buah pinggang dalam seminggu.

"Hospital ini, khususnya pusat dialisis, amat penting kepada penduduk Gaza terutama mereka di kawasan tengah Semenanjung Gaza. Pesakit datang dan mencuci darah mereka sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," kata Anas yang mengetuai misi kelapan Aman Palestin di Gaza bermula hari ini.

Proses penyahmasinan air itu yang membabitkan penyingkiran sejumlah amaun garam dan bahan galian lain daripada air masin, amat diperlukan di Gaza untuk mengeluarkan air tawar yang sesuai untuk kegunaan manusia.

Mengenai generator itu, Anas berkata pada awalnya ia dibawa ke sempadan Rafah selepas serangan tentera Israel pada 2009 tetapi pihak berkuasa di sempadan tidak membenarkannya dibawa masuk atas faktor keselamatan.

"Kami cuba yang terbaik untuk membawanya masuk dan akhirnya berjaya meleraikan seluruh generator dan membawanya satu demi satu menerusi terowong dalam tempoh lebih dua tahun.

"Akhirnya, semuanya sampai ke Gaza akhir tahun lalu. Ini sebenarnya adalah satu kejayaan besar," katanya.
Aman Palestin juga menghulurkan bantuan perubatan dan melawat beberapa kawasan pertanian dan penternakan dengan harapan untuk membantu penduduk Palestin di Gaza, yang dikenakan sekatan oleh Israel, menjalankan perniagaan kecil.

"Projek pertanian dan penternakan itu akan menelan kos hampir US$600,000. Sebab itu kenapa kami membawa beberapa ahli perniagaan Malaysia pada lawatan kali ini kerana mereka mungkin dapat memikirkan sesuatu dengan rakan kongsi mereka," katanya.

Katanya, sepanjang lawatan 10 hari itu, delegasi 21 anggota berkenaan akan melawat hospital dan kedai-kedai sumbangan Aman Palestin yang kini diuruskan penduduk tempatan.

"Apa yang lebih penting bagi penduduk Palestin sekarang ialah mempunyai peluang untuk menjana pendapatan sendiri daripada sekadar menerima bantuan. Kami juga sedang mengkaji bidang-bidang lain," katanya.

Anas berkata, Aman Palestin juga membantu petani yang ladang mereka dimusnahkan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Pertanian adalah punca utama sara hidup di Gaza yang dihuni lebih 1.7 juta orang.

Antara aktiviti pada lawatan itu ialah perlawanan bola sepak antara delegasi
Malaysia dan pasukan Palestin.

Aman Palestin, organisasi pertama Malaysia menjalankan aktiviti amal di Semenanjung Gaza sejak 2006, khususnya dalam melaksanakan projek bagi meningkatkan perkhidmatan perubatan dan memperbaiki keadaan kehidupan pelarian. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014