MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014


Apabila Dong Zong Buat Hal Lagi.....

Apabila Dong Zong Buat Hal Lagi…..

    April 12, 2012




Disebabkan kita begitu menyanjung tinggi sejarah bangsa, maka lagu klasik ‘Tajuk Johor’ semakin tidak lagi dikenali oleh generasi muda Malaysia hari ini. Mungkin ini yang menyebabkan ketika menjadi PM dan Presiden UMNO dulu, Tun Dr. Mahathir mempopularkan ungkapan Melayu mudah lupa.

Mungkin juga secara kebetulan lagu itu dengan rangkap terakhirnya, “Dari Tebrau orang berakit, Singgah ke Stulang membeli kopi, Pusara Si Bongkok di lereng bukit, Di tepi pantai Tajung Puteri,” mengingatkan Tun akan permainan politik Inggeris menerusi strategi ‘pecah dan perintah’.

Mengetahui minda politik Dr. Mahathir, kita tidak dapat mengelak dari mengapresiasi betapa apa yang diucap, ditulis dan dinyatakan oleh Tun banyak berdasarkan peristiwa silam. Tun banyak memetik sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat sikap raja dan pegawai istana sendiri.

Barangkali Tun jarang menyentuh perihal sejarah Johor dan hubungannya dengan Singapura namun negara pulau yang satu ketika dulu adalah sebahagian daripada negeri Johor adalah merupakan ‘special devil’ buat Tun.

Justeru tidak hairanlah sekiranya awal-awal lagi beliau sudah memperlihatkan sikap yang tidak mesra terhadap Singapura dan juga British. Bagi Tun segala angkara bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor. Apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835, putera baginda, Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) yang berjuang mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British. Si Bongkok juga mahukan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

Apa yang berlaku kepada Singapura seterusnya adalah sejarah dan dasar pecah dan perintah terus menjadi warisan peninggalan British yang menebal dan menular ke zaman moden ini.
Dasar ini wujud dan paling ketara ialah dalam sistem pelajaran negara yang memisahkan tiga aliran –Melayu, Cina dan Tamil. Dr. Mahathir mencadangkan reformasi pendidikan kerana sistem sekarang menjadi penghalang kepada perpaduan dengan memperkenalkan Sekolah Wawasan, tetapi ia mendapat tentangan khusus dari Dong Zong. Kita tentu ingat kumpulan ini menghasut murid di sebuah sekolah di Damansara memulaukan sesi persekolahan.

Dalam menentang usaha penghapusan pengasingan sistem sekolah kebangsaan pelbagai jenis berdasarkan keturunan ini, Dong Zong tidak pula menunjukkan sebarang reaksi terhadap sesetengah-tengah orang Cina yang menghantar anak mereka bersekolah rendah di Singapura walaupun republik itu seperti semua negara berbilang-kaum di dunia ini tidak mengamalkan sistem pendidikan rendah berentuk pengasingan.

Di Amerika Syarikat misalnya, tidak ada sekolah jenis kebangsaan bagi kaum Red Indian, atau sekolah jenis kebangsaan bagi kaum Negro dan sebagainya.

Namun keunikan sistem pengasingan di negara ini nampaknya tidak langsung disyukuri orang-orang Cina di Malaysia.

Dong Zong, Persatuan Jawatankuasa Sekolah-sekolah Cina Malaysia merupakan sebuah badan NGO memperjuanglan sistem pendidikan Cina di Malaysia tidak menganggap ibubapa yang terlibat ini derhaka kepada bangsa dan negara.. Mereka juga tidak menganggap Malaysia lebih baik dari Singapura kerana membenarkan sekolah-sekolah Cina wujud.

Baru-baru ini Dong Zong membuat empat tuntutan kepada kerajaan. Ia mungkin sedar tuntutan mereka diberi perhatian kerana PRU ke13 semakin dekat dan BN memerlukan setiap undi Cina. Salah satu tuntutan ialah mendesak kerajaan memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sessi awal persekolahan yang tidak tahu berbahasa Cina.

Bayangkan berapa ramai guru-guru berbangsaMelayu dan India yang dipinggirkan dari mengajar di sekolah-sekolah ini. Dan jika ini dilakukan suatu masa nanti, sekolah Cina adalah untuk orang Cina macam yang berlaku empat dekad lalu. Justeru konsep 1Malaysia yang diwar-war akan tinggal sebagai satu kenangan saja.

Tuntutan terbaru Dong Zong terbaru ini memperlihatkan betapa kaum Cina seolah-olah dihasut agar jangan yakin kepada sistem pendidikan kita. Dan ini sudah tentulah satu perbuatan yang jahat dan boleh ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan terhadap negara.

Bagi kumpulan ini segala-gala mesti dilihat kecinaan. Sekolah Cina bukan saja mengajar subjek dalam bahasa cina, guru-gurupun mestilah bebangsa Cina kerana bangsa lain tidak fasih berbahasa Cina.

Apakah ini semangat Malaysia? Nampaknya sementara kita berusaha untuk mengintergrasikan kaum di negara kita, masih ada kumpulan totok yang mahu kebudayaan dan kehidupan ibunda mereka diberikan tempat khas dan istimewa.

Barangkali Dong Zong terlupa parti dan fahaman komunis di Tanah Melayu sebelum Darurat dulu tak mungkin berlaku sekiranya tidak wujud sekolah Cina yang berbentuk seperti yang dimahukan oleh badan itu kini, dan yang mengajar segala-galanya dalam bahasa Cina, bergurukan seratus peratus guru Cina sehingga British sendiri gagal mengesan pengimportan buku-buku fahaman komunis dari China.

Apakah ini yang dihasratkan? Adakah ini satu grand design Dong Zong sejajar dengan apa yang ditulis oleh Sterling Seagrave dalam bukunya Lords of the Rim yang membuktikan adanya gerakan global bagi orang China seberang laut menguasai setiap negara yang didudukinya?

Sekiranya apa yang menjadi anggapan orang Melayu dan kerajaan ini adalah tidak benar, maka Dong Zong harus mengenepikan prejudis kaum dan mencampur adukkan pendidikan nasional dengan politik.

Adalah amatlah malang untuk kaum Cina di negara ini jika Dong Zong memodalkan idea ini sebagai strategi politik baru mereka menjelang PRU ke13 sebagai memancing sokongan kerajaan. Dong Zong terlupa bahawa jika kerajaan tidak menunaikan tuntutan persatuan ini, tidak semestinya pengundi-pengundi Cina yang semakin kalut akan beramai-ramai memihak kepada pembangkang.

Lebih penting lagi TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Menteri Pelajaran sudah mengumumkan reformasi pendidikan kini melalui proses perbincangan dan semakin mendekati ambang perubahan.

Ramai bersetuju sekiranya ia dilaksanakan kelak, maka sistem pendidikan Malaysia akan muncul sebagai antara sistem pendidikan terbaik di rantau ini, jika tidak di dunia sekalipun.
Tidak mustahil dengan pelaksanaan reformasi sistem pendidikan ini, bukan sahaja jumlah orang Cina yang menghantar anak mereka memulakan persekolahan rendah di Singapura akan berkurangan ataupun terhenti sama sekali malah sistem pengasingan sekolah rendah di Malaysia warisan pecah dan perintah British juga akan beransur-ansur terhakis.

Hanya selepas ini sahaja barulah kita boleh menerima gagasan Malaysian Malaysia. Jika tidak, kita terpaksa teruskan gagasan 1Malaysia sahaja disebabkan masih adanya persatuan-persatuan seperti Dong Zong. Justeru tidak hairanlah Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia semua kaum agar janganlah lupa sejarah asal usul kita. – Sinar Harian

Apabila Dong Zong Buat Hal Lagi…..http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/dong-zong.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/dong-zong-150x150.jpg MyNewsHub
Disebabkan kita begitu menyanjung tinggi sejarah bangsa, maka lagu klasik ‘Tajuk Johor’ semakin tidak lagi dikenali oleh generasi muda Malaysia hari ini. Mungkin ini yang menyebabkan ketika menjadi PM dan Presiden UMNO dulu, Tun Dr. Mahathir mempopularkan ungkapan Melayu mudah lupa. Mungkin juga secara kebetulan lagu itu dengan rangkap terakhirnya,...
Disebabkan kita begitu menyanjung tinggi sejarah bangsa, maka lagu klasik ‘Tajuk Johor’ semakin tidak lagi dikenali oleh generasi muda Malaysia hari ini. Mungkin ini yang menyebabkan ketika menjadi PM dan Presiden UMNO dulu, Tun Dr. Mahathir mempopularkan ungkapan Melayu mudah lupa. Mungkin juga secara kebetulan lagu itu dengan rangkap terakhirnya, “Dari Tebrau orang berakit, Singgah ke Stulang membeli kopi, Pusara Si Bongkok di lereng bukit, Di tepi pantai Tajung Puteri,” mengingatkan Tun akan permainan politik Inggeris menerusi strategi ‘pecah dan perintah’. Mengetahui minda politik Dr. Mahathir, kita tidak dapat mengelak dari mengapresiasi betapa apa yang diucap, ditulis dan dinyatakan oleh Tun banyak berdasarkan peristiwa silam. Tun banyak memetik sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat sikap raja dan pegawai istana sendiri. Barangkali Tun jarang menyentuh perihal sejarah Johor dan hubungannya dengan Singapura namun negara pulau yang satu ketika dulu adalah sebahagian daripada negeri Johor adalah merupakan ‘special devil’ buat Tun. Justeru tidak hairanlah sekiranya awal-awal lagi beliau sudah memperlihatkan sikap yang tidak mesra terhadap Singapura dan juga British. Bagi Tun segala angkara bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor. Apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835, putera baginda, Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman. Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) yang berjuang mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British. Si Bongkok juga mahukan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali. Apa yang berlaku kepada Singapura seterusnya adalah sejarah dan dasar pecah dan perintah terus menjadi warisan peninggalan British yang menebal dan menular ke zaman moden ini. Dasar ini wujud dan paling ketara ialah dalam sistem pelajaran negara yang memisahkan tiga aliran –Melayu, Cina dan Tamil. Dr. Mahathir mencadangkan reformasi pendidikan kerana sistem sekarang menjadi penghalang kepada perpaduan dengan memperkenalkan Sekolah Wawasan, tetapi ia mendapat tentangan khusus dari Dong Zong. Kita tentu ingat kumpulan ini menghasut murid di sebuah sekolah di Damansara memulaukan sesi persekolahan. Dalam menentang usaha penghapusan pengasingan sistem sekolah kebangsaan pelbagai jenis berdasarkan keturunan ini, Dong Zong tidak pula menunjukkan sebarang reaksi terhadap sesetengah-tengah orang Cina yang menghantar anak mereka bersekolah rendah di Singapura walaupun republik itu seperti semua negara berbilang-kaum di dunia ini tidak mengamalkan sistem pendidikan rendah berentuk pengasingan. Di Amerika Syarikat misalnya, tidak ada sekolah jenis kebangsaan bagi kaum Red Indian, atau sekolah jenis kebangsaan bagi kaum Negro dan sebagainya. Namun keunikan sistem pengasingan di negara ini nampaknya tidak langsung disyukuri orang-orang Cina di Malaysia. Dong Zong, Persatuan Jawatankuasa Sekolah-sekolah Cina Malaysia merupakan sebuah badan NGO memperjuanglan sistem pendidikan Cina di Malaysia tidak menganggap ibubapa yang terlibat ini derhaka kepada bangsa dan negara.. Mereka juga tidak menganggap Malaysia lebih baik dari Singapura kerana membenarkan sekolah-sekolah Cina wujud. Baru-baru ini Dong Zong membuat empat tuntutan kepada kerajaan. Ia mungkin sedar tuntutan mereka diberi perhatian kerana PRU ke13 semakin dekat dan BN memerlukan setiap undi Cina. Salah satu tuntutan ialah mendesak kerajaan memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sessi awal persekolahan yang tidak tahu berbahasa Cina. Bayangkan berapa ramai guru-guru berbangsaMelayu dan India yang dipinggirkan dari mengajar di sekolah-sekolah ini. Dan jika ini dilakukan suatu masa nanti, sekolah Cina adalah untuk orang Cina macam yang berlaku empat dekad lalu. Justeru konsep 1Malaysia yang diwar-war akan tinggal sebagai satu kenangan saja. Tuntutan terbaru Dong Zong terbaru ini memperlihatkan betapa kaum Cina seolah-olah dihasut agar jangan yakin kepada sistem pendidikan kita. Dan ini sudah tentulah satu perbuatan yang jahat dan boleh ditakrifkan sebagai satu pengkhianatan terhadap negara. Bagi kumpulan ini segala-gala mesti dilihat kecinaan. Sekolah Cina bukan saja mengajar subjek dalam bahasa cina, guru-gurupun mestilah bebangsa Cina kerana bangsa lain tidak fasih berbahasa Cina. Apakah ini semangat Malaysia? Nampaknya sementara kita berusaha untuk mengintergrasikan kaum di negara kita, masih ada kumpulan totok yang mahu kebudayaan dan kehidupan ibunda mereka diberikan tempat khas dan istimewa. Barangkali Dong Zong terlupa parti dan fahaman komunis di Tanah Melayu sebelum Darurat dulu tak mungkin berlaku sekiranya tidak wujud sekolah Cina yang berbentuk seperti yang dimahukan oleh badan itu kini, dan yang mengajar segala-galanya dalam bahasa Cina, bergurukan seratus peratus guru Cina sehingga British sendiri gagal mengesan pengimportan buku-buku fahaman komunis dari China. Apakah ini yang dihasratkan? Adakah ini satu grand design Dong Zong sejajar dengan apa yang ditulis oleh Sterling Seagrave dalam bukunya Lords of the Rim yang membuktikan adanya gerakan global bagi orang China seberang laut menguasai setiap negara yang didudukinya? Sekiranya apa yang menjadi anggapan orang Melayu dan kerajaan ini adalah tidak benar, maka Dong Zong harus mengenepikan prejudis kaum dan mencampur adukkan pendidikan nasional dengan politik. Adalah amatlah malang untuk kaum Cina di negara ini jika Dong Zong memodalkan idea ini sebagai strategi politik baru mereka menjelang PRU ke13 sebagai memancing sokongan kerajaan. Dong Zong terlupa bahawa jika kerajaan tidak menunaikan tuntutan persatuan ini, tidak semestinya pengundi-pengundi Cina yang semakin kalut akan beramai-ramai memihak kepada pembangkang. Lebih penting lagi TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Menteri Pelajaran sudah mengumumkan reformasi pendidikan kini melalui proses perbincangan dan semakin mendekati ambang perubahan. Ramai bersetuju sekiranya ia dilaksanakan kelak, maka sistem pendidikan Malaysia akan muncul sebagai antara sistem pendidikan terbaik di rantau ini, jika tidak di dunia sekalipun. Tidak mustahil dengan pelaksanaan reformasi sistem pendidikan ini, bukan sahaja jumlah orang Cina yang menghantar anak mereka memulakan persekolahan rendah di Singapura akan berkurangan ataupun terhenti sama sekali malah sistem pengasingan sekolah rendah di Malaysia warisan pecah dan perintah British juga akan beransur-ansur terhakis. Hanya selepas ini sahaja barulah kita boleh menerima gagasan Malaysian Malaysia. Jika tidak, kita terpaksa teruskan gagasan 1Malaysia sahaja disebabkan masih adanya persatuan-persatuan seperti Dong Zong. Justeru tidak hairanlah Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia semua kaum agar janganlah lupa sejarah asal usul kita. - <strong>Sinar Harian</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014