Saturday, April 12, 2014

Permohonan Baru Permit Teksi Dibekukan

Permohonan Baru Permit Teksi Dibekukan

April 5, 2012

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membekukan semua permohonan baru bagi permit teksi bajet dan kereta sewa kepada syarikat mahupun individu bermula 1 Januari 2010.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu, SPAD kini sedang menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap perkhidmatan teksi bagi meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan itu di negara ini.

Skop kajian yang dinamakan Pelan Penambahbaikan Teksi itu, jelasnya, merangkumi pelbagai aspek seperti menentukan tahap keseimbangan antara permintaan dan penawaran perkhidmatan dan mengenalpasti potensi penggabungan kelas lesen bagi memastikan tahap penggunaan teksi yang optimum.

“Aspek lain, mewujudkan mekanisme khas bagi menyemak dan meneliti kadar tambang yang boleh diguna pakai serta mewujudkan pangkalan data yang lengkap bagi pemandu teksi.

“SPAD juga akan mengenalpasti penggunaan teknologi yang bersesuaian supaya tahap kecekapan operasi teksi dapat ditingkatkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) mengenai sama ada kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat secara berkelompok di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ujar beliau, skop kajian juga merangkumi proses mengenalpasti reka bentuk serta spesifikasi yang sesuai bagi sesebuah kenderaan teksi terutama untuk penumpang orang kelainan upaya (OKU).

Selain itu, katanya, SPAD akan mengkaji kemungkinan skim perlindungan khas melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau skim lain bagi menjaga kebajikan pemandu teksi.

“Kajian itu turut mengambil kira isu pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat dan juga pemberian permit teksi kepada individu.

“Hasil daripada laporan kajian itu yang dijangka selesai pada Oktober ini akan digunakan untuk membantu SPAD dalam mengenal pasti permintaan dan menentukan penawaran teksi yang optimum,” katanya.
- mynewshub.my

Permohonan Baru Permit Teksi Dibekukanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/teksi.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/04/teksi-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membekukan semua permohonan baru bagi permit teksi bajet dan kereta sewa kepada syarikat mahupun individu bermula 1 Januari 2010. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu, SPAD kini sedang menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membekukan semua permohonan baru bagi permit teksi bajet dan kereta sewa kepada syarikat mahupun individu bermula 1 Januari 2010.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehubungan itu, SPAD kini sedang menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap perkhidmatan teksi bagi meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan itu di negara ini.

Skop kajian yang dinamakan Pelan Penambahbaikan Teksi itu, jelasnya, merangkumi pelbagai aspek seperti menentukan tahap keseimbangan antara permintaan dan penawaran perkhidmatan dan mengenalpasti potensi penggabungan kelas lesen bagi memastikan tahap penggunaan teksi yang optimum.

``Aspek lain, mewujudkan mekanisme khas bagi menyemak dan meneliti kadar tambang yang boleh diguna pakai serta mewujudkan pangkalan data yang lengkap bagi pemandu teksi.

``SPAD juga akan mengenalpasti penggunaan teknologi yang bersesuaian supaya tahap kecekapan operasi teksi dapat ditingkatkan,'' katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) mengenai sama ada kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat secara berkelompok di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ujar beliau, skop kajian juga merangkumi proses mengenalpasti reka bentuk serta spesifikasi yang sesuai bagi sesebuah kenderaan teksi terutama untuk penumpang orang kelainan upaya (OKU).

Selain itu, katanya, SPAD akan mengkaji kemungkinan skim perlindungan khas melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau skim lain bagi menjaga kebajikan pemandu teksi.

``Kajian itu turut mengambil kira isu pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat dan juga pemberian permit teksi kepada individu.

``Hasil daripada laporan kajian itu yang dijangka selesai pada Oktober ini akan digunakan untuk membantu SPAD dalam mengenal pasti permintaan dan menentukan penawaran teksi yang optimum,'' katanya. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014