MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014

Siapa Bakal Ganti Shahrizat Dalam Kabinet?

Siapa Bakal Ganti Shahrizat Dalam Kabinet?

March 12, 2012

Umum sudah pun mengetahui bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Persoalannya, siapakah yang bakal menggantikan Shahrizat untuk jawatan tersebut?

Kini timbul pelbagaian andaian, spekulasi dan khabar angin mengenai calon yang dilihat paling tepat untuk menggantikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu dalam kabinet.

Sembang-sembang politik mengatakan ada tiga nama besar yang mungkin akan menjadi pilihan Perdana Menteri untuk mengisi kuota wanita itu dalam Jemaah Menteri.

Dan jangan terkejut, Tan Sri Rafidah Aziz kemungkinan akan membuat ‘come back’ diikuti dua nama lain iaitu Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Mengapa Rafidah?

Terkenal sebagai antara kepemimpinan wanita yang sukar dicari ganti, Rafidah yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno terakhir era Tun Abdul Razak telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan.

Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya, penggemar sukan golf ini dilantik sebagai Senator pada usia 31 tahun sebelum memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam dua tahun kemudian.

Anak kelahiran Perak itu juga menyandang jawatan menteri sejak 1980 hingga 2008 dengan mencatatkan rekod kerjaya politik sejak 1965 dan menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno sejak 1974.

Dengan kehebatan yang dimilikinya, tidak mustahil Datuk Seri Najib Tun Razak akan memilih ‘wanita besi’ ini untuk duduk dalam jemaah kabinetnya.

Bagaimana pula dengan Kamilia?

Walaupun tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai beliau, yang pasti pengalaman ‘orang lama’ dalam Wanita UMNO ini tidak boleh diketepikan begitu saja.

Sesuai dengan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya yang dimilikinya, Kamilia memulakan karier dalam politik apabila dilantik mengetuai biro undang-undang dalam pergerakan itu.

Sepanjang lebih 20 tahun penglibatannya dengan Pergerakan Wanita UMNO, Kamilia dilihat ‘pakar rujuk’ dalam banyak perkara khususnya yang melibatkan perjuangan hak asasi wanita dan perundangan keluarga, satu aset penting yang perlu diambil kira dalam usaha mencari orang nombor satu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dan terakhir sekali Maznah.

Anak jati Pahang ini pernah berkhidmat selama 18 tahun di Badan Berkanun iaitu di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan jawatan beliau yang terakhir ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Pengesanan.

Pada tahun 1985 sehinggalah 1990 beliau telah dipinjam khas dari DARA ke Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan Sosial Institusi.

Kerjaya politik beliau bermula dengan memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Muadzam Shah (N37). Sebagai Exco Kerajaan Negeri, beliau memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang.

Sebelum dilantik sebgai Timbalan Menteri Sumber Manusia (jawatannya sekarang), Maznah adalah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Apapun Najib pasti sudah berkira-kira siapakah yang bakal menggantikan Shahrizat dalam kabinetnya.

Benar, dari segi kemampuan, boleh dikatakan kesemua mereka ‘jaguh’ di bidang masing-masing namun kriteria yang lebih penting sudah tentulah sama ada mereka mampu menggalas harapan rakyat dan benar-benar ‘bersih’ dalam erti kata sebenarnya.

Sebarang kesilapan percaturan pasti akan memberi kesan kepada Najib dan UMNO secara tidak langsung.

Itu yang pasti! (Mynewshub.my)

Siapa Bakal Ganti Shahrizat Dalam Kabinet?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/03/pat-doe-questionmark.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/03/pat-doe-questionmark-150x150.jpg MyNewsHub
Umum sudah pun mengetahui bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini. Persoalannya, siapakah yang bakal menggantikan Shahrizat untuk jawatan tersebut? Kini timbul pelbagaian andaian,...
Umum sudah pun mengetahui bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini. Persoalannya, siapakah yang bakal menggantikan Shahrizat untuk jawatan tersebut? Kini timbul pelbagaian andaian, spekulasi dan khabar angin mengenai calon yang dilihat paling tepat untuk menggantikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu dalam kabinet. Sembang-sembang politik mengatakan ada tiga nama besar yang mungkin akan menjadi pilihan Perdana Menteri untuk mengisi kuota wanita itu dalam Jemaah Menteri. Dan jangan terkejut, Tan Sri Rafidah Aziz kemungkinan akan membuat 'come back' diikuti dua nama lain iaitu Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. Mengapa Rafidah?  Terkenal sebagai antara kepemimpinan wanita yang sukar dicari ganti, Rafidah yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno terakhir era Tun Abdul Razak telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya, penggemar sukan golf ini dilantik sebagai Senator pada usia 31 tahun sebelum memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam dua tahun kemudian. Anak kelahiran Perak itu juga menyandang jawatan menteri sejak 1980 hingga 2008 dengan mencatatkan rekod kerjaya politik sejak 1965 dan menganggotai Majlis Tertinggi (MT) Umno sejak 1974. Dengan kehebatan yang dimilikinya, tidak mustahil Datuk Seri Najib Tun Razak akan memilih 'wanita besi' ini untuk duduk dalam jemaah kabinetnya. Bagaimana pula dengan Kamilia?  Walaupun tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai beliau, yang pasti pengalaman 'orang lama' dalam Wanita UMNO ini tidak boleh diketepikan begitu saja. Sesuai dengan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya yang dimilikinya, Kamilia memulakan karier dalam politik apabila dilantik mengetuai biro undang-undang dalam pergerakan itu. Sepanjang lebih 20 tahun penglibatannya dengan Pergerakan Wanita UMNO, Kamilia dilihat 'pakar rujuk' dalam banyak perkara khususnya yang melibatkan perjuangan hak asasi wanita dan perundangan keluarga, satu aset penting yang perlu diambil kira dalam usaha mencari orang nombor satu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dan terakhir sekali Maznah.  Anak jati Pahang ini pernah berkhidmat selama 18 tahun di Badan Berkanun iaitu di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan jawatan beliau yang terakhir ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Pengesanan. Pada tahun 1985 sehinggalah 1990 beliau telah dipinjam khas dari DARA ke Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan Sosial Institusi. Kerjaya politik beliau bermula dengan memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Muadzam Shah (N37). Sebagai Exco Kerajaan Negeri, beliau memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang. Sebelum dilantik sebgai Timbalan Menteri Sumber Manusia (jawatannya sekarang), Maznah adalah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apapun Najib pasti sudah berkira-kira siapakah yang bakal menggantikan Shahrizat dalam kabinetnya. Benar, dari segi kemampuan, boleh dikatakan kesemua mereka 'jaguh' di bidang masing-masing namun kriteria yang lebih penting sudah tentulah sama ada mereka mampu menggalas harapan rakyat dan benar-benar 'bersih' dalam erti kata sebenarnya. Sebarang kesilapan percaturan pasti akan memberi kesan kepada Najib dan UMNO secara tidak langsung. Itu yang pasti! (Mynewshub.my)

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014