Saturday, April 12, 2014


Produk Pelangsing Acai Beri Dirampas

Produk Pelangsing Acai Beri Dirampas

    March 5, 2012




KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat  campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan  dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu  berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya  tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM)  termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa  apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut  dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya.

Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. – mynewshub.my

Produk Pelangsing Acai Beri Dirampashttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/03/Produk-Pelangsing-Acai-Beri-Dirampas.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/03/Produk-Pelangsing-Acai-Beri-Dirampas-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan. Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan. Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan. Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat  campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu. “Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan  dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian. “Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu  berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya  tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini. Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM)  termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim. Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan. Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini. “Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa  apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’. “Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut  dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya. Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur. Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. - mynewshub.my</p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • adeakukesah

    selidik la dulu produk yg mane..buah acai berry x salah yg salah campurannyer…yg palsu pn banyak..so kna tahu produk yg mane satu yg dirampas..jgn main hentam kromo jekkk..huh!yg dah ade klulusan kkm pn ade yg kna rmpas..tu nk ckp cam ner tuh?kalo betul produk yg dmaksdkan dirampas tunjukkan okehh!!!!

    Public CommentUserselidik la dulu produk yg mane..buah acai berry x salah yg salah campurannyer...yg palsu pn banyak..so kna tahu produk yg mane satu yg dirampas..jgn main hentam kromo jekkk..huh!yg dah ade klulusan kkm pn ade yg kna rmpas..tu nk ckp cam ner tuh?kalo betul produk yg dmaksdkan dirampas tunjukkan okehh!!!!
  • adeakukesah

    kena cmfrmkan dulu produk ape sbnrny yg drampas tu then kalo cmfrm bru bg tau k..kalo salah??sndr yg malu…huhu

    Public CommentUserkena cmfrmkan dulu produk ape sbnrny yg drampas tu then kalo cmfrm bru bg tau k..kalo salah??sndr yg malu...huhu
  • http://www.facebook.com/aifbac Farid N Camax

    dah tye member aku…bkn…dye jual produk acai ABC..acai ok…ni yg lain..
    lgpon wat ap na malu, dah memang xtaw…haha

    Public CommentUserdah tye member aku...bkn...dye jual produk acai ABC..acai ok...ni yg lain.. lgpon wat ap na malu, dah memang xtaw...haha
  • Zuriaty91

    seriously acaiberry ABC?!

    Public CommentUserseriously acaiberry ABC?!
  • pengguna abc

    jenama Nutriline yee yang bahaya….bukan Acai Berry Soft Gel ABC…TAKE NOTEE!! saya sendiri dh bawak g makmal farmasi.n pihak dorng kate xde yang bahaya dlm ABC..n my auntie doktor perubatan pon makan ACAI BERRY ABC nih…..

    Public CommentUserjenama Nutriline yee yang bahaya....bukan Acai Berry Soft Gel ABC...TAKE NOTEE!! saya sendiri dh bawak g makmal farmasi.n pihak dorng kate xde yang bahaya dlm ABC..n my auntie doktor perubatan pon makan ACAI BERRY ABC nih.....
  • aida

    MuscleTech Hydroxycut Hardcore Elite xde kesan sampingan ye jaga sekolah…hanya mempercepatkan pembakaran lemak je…

    Public CommentUserMuscleTech Hydroxycut Hardcore Elite xde kesan sampingan ye jaga sekolah...hanya mempercepatkan pembakaran lemak je...
  • Pencakar Fitnah86

    ya..ya.. jer ko kan.. Ko tokey Monavie sebab tu ko ikut sedap cakap.. tuduh meluluh..confident jer ayat..
    Acai Berry Soft Gel ABC Selamat, byk link web seller International selamba jual produk ni, LARIS katanya.. Terbukti!! So depa web seller ni sume refer agensi kesihatan dinegara dan disahkan OK, baru diorang push to market!!

    Public CommentUserya..ya.. jer ko kan.. Ko tokey Monavie sebab tu ko ikut sedap cakap.. tuduh meluluh..confident jer ayat.. Acai Berry Soft Gel ABC Selamat, byk link web seller International selamba jual produk ni, LARIS katanya.. Terbukti!! So depa web seller ni sume refer agensi kesihatan dinegara dan disahkan OK, baru diorang push to market!!
  • iela

    ACAIBERRY ABC!! I BARU MKN DUA KALI DA SKIT2.. BIBIR KERING! MUNTAH2.!! MMG BHAYA LA!

    Public CommentUserACAIBERRY ABC!! I BARU MKN DUA KALI DA SKIT2.. BIBIR KERING! MUNTAH2.!! MMG BHAYA LA!
  • rilek

    ramainye yg marah.. kalu nak kurus, exercise jela.. mcm la hal baru bab de bahan kimia dlm bahan pelansing…
    ni mesti yg warga ”lembut2” agen jual acaiberry yg dok mengamuk ni…
    nmpk je lembut, tp skali marah…haaa tu dia!

    Public CommentUserramainye yg marah.. kalu nak kurus, exercise jela.. mcm la hal baru bab de bahan kimia dlm bahan pelansing... ni mesti yg warga ''lembut2'' agen jual acaiberry yg dok mengamuk ni... nmpk je lembut, tp skali marah...haaa tu dia!
  • mas

    habaq lh jenama apa….baik takpyah share kalau tak habaq jenama apa…buat semak ja….bodoh betul….

    Public CommentUserhabaq lh jenama apa....baik takpyah share kalau tak habaq jenama apa...buat semak ja....bodoh betul....
  • nurul

    lps aku makan product acai berry, period aku tak bhenti2….siap scan kot2 ade cyst ke, mslh hormon ke, tyroid ke….takde plak masalah tu..at last dr kate aku nyer dinding rahim tu takleh nak detect hormon estrogen even hormon estrogen tuh sikit jek…lps aku stop consume acai berry, period aku start ok smula….

    Public CommentUserlps aku makan product acai berry, period aku tak bhenti2....siap scan kot2 ade cyst ke, mslh hormon ke, tyroid ke....takde plak masalah tu..at last dr kate aku nyer dinding rahim tu takleh nak detect hormon estrogen even hormon estrogen tuh sikit jek...lps aku stop consume acai berry, period aku start ok smula....
  • su

    Nurul product acai berry yg nama pe?

    Public CommentUserNurul product acai berry yg nama pe?
  • su

    Betul ke.? Sy br 2x mkn.. Takut nie si

    Public CommentUserBetul ke.? Sy br 2x mkn.. Takut nie si
  • fff

    ko ni mcm x faham artikel je. kan dia kata certain produk je yg bahaya, bukan buah beri tu sindri. haih

    Public CommentUserko ni mcm x faham artikel je. kan dia kata certain produk je yg bahaya, bukan buah beri tu sindri. haih
  • me

    ABC Acai Berry yg sekarang tgh top jual online…product ni ada mengandungi sibutramine, undeclare dadah yg boleh merosak kan organ badan seperti buah pinggan, sakit jantung, kerosakan hati dll. berhati2 ya~~~ ada juga yg mengambil LISHOU.. Lishou juga mengandungi sibutramine. So untuk diet yg sehat pemakanan & senaman adalah yg terbaik. jangan mengambil ubat diet yg mengandungi sibutramine. sangan bahaya..kesan nyer setelah 3~4 tahun.

    Public CommentUserABC Acai Berry yg sekarang tgh top jual online...product ni ada mengandungi sibutramine, undeclare dadah yg boleh merosak kan organ badan seperti buah pinggan, sakit jantung, kerosakan hati dll. berhati2 ya~~~ ada juga yg mengambil LISHOU.. Lishou juga mengandungi sibutramine. So untuk diet yg sehat pemakanan & senaman adalah yg terbaik. jangan mengambil ubat diet yg mengandungi sibutramine. sangan bahaya..kesan nyer setelah 3~4 tahun.
  • me

    LIshou pun sangat berbahaya kerana mengandungi sibutramie. undeclare dadah.

    Public CommentUserLIshou pun sangat berbahaya kerana mengandungi sibutramie. undeclare dadah.
  • demang

    bleh bgtau tarikh bila akhbar metro pnh keluarkan artikel pasal acai berry ABC beracun?

    Public CommentUserbleh bgtau tarikh bila akhbar metro pnh keluarkan artikel pasal acai berry ABC beracun?
  • demang

    ni dpt cite dari mana plak nie?
    jgn lh senang2 duk kata kt Acai Berry ABC….
    kt dlm berita xdak cita pon acai Berry ABC y kene rampas…
    kalau duk tgok video dlm youtube pon…produk hok lain bukan acai berry ABC….
    jgn suka sgt sebar cerita y xbtol….

    Public CommentUserni dpt cite dari mana plak nie? jgn lh senang2 duk kata kt Acai Berry ABC.... kt dlm berita xdak cita pon acai Berry ABC y kene rampas... kalau duk tgok video dlm youtube pon...produk hok lain bukan acai berry ABC.... jgn suka sgt sebar cerita y xbtol....
  • nur

    Semua jenama acai berry ke? Yang ni keluaran syarikat apa?

    Public CommentUserSemua jenama acai berry ke? Yang ni keluaran syarikat apa?
  • xthuxckp

    Yup sy ade tgk,bkn acai berry ABC tpi Nutriline kotak pjang wrna hijau puth.

    Public CommentUserYup sy ade tgk,bkn acai berry ABC tpi Nutriline kotak pjang wrna hijau puth.
  • yusni

    ini penipuan… politik yang cuba tutup kebenaran…kesan sampingan produk adalah produk mereka sendiri bukan produk acai testimoni membuktikan ramai yang masih menderita menggunakan produk mereka manakala ramai yang bahagia mendapat hidup berkualiti setelah mengamalkan makanan tambahan.. kuasa ada pada mereka pilihan ada pada kita ..

    Public CommentUserini penipuan... politik yang cuba tutup kebenaran...kesan sampingan produk adalah produk mereka sendiri bukan produk acai testimoni membuktikan ramai yang masih menderita menggunakan produk mereka manakala ramai yang bahagia mendapat hidup berkualiti setelah mengamalkan makanan tambahan.. kuasa ada pada mereka pilihan ada pada kita ..
  • yusni

    sebenarnya produk yang dimaksudkan pun tak de masalah.. kalau betul tak kan sorang jer yang terkena racun dalam berpuluh ribu orang..ni propa ganda pihak tertentu yang semakin sedar orang ramai dah cerdik dan tak percaya pada treatment mereka yang sangat pembohong..dan memperjudikan kesihatan masyarakat kita

    Public CommentUsersebenarnya produk yang dimaksudkan pun tak de masalah.. kalau betul tak kan sorang jer yang terkena racun dalam berpuluh ribu orang..ni propa ganda pihak tertentu yang semakin sedar orang ramai dah cerdik dan tak percaya pada treatment mereka yang sangat pembohong..dan memperjudikan kesihatan masyarakat kita
  • midah fedup

    nie mangkuk mane bg berita tak habis..???? aku lempang kang..!!!!!

    Public CommentUsernie mangkuk mane bg berita tak habis..???? aku lempang kang..!!!!!
  • acai pilot

    aku x bersalah wakakakakakakakaka

    Public CommentUseraku x bersalah wakakakakakakakaka
  • linda

    monavie rm89 kat JS Store Taman Kosas…semua color sama harga

    Public CommentUsermonavie rm89 kat JS Store Taman Kosas...semua color sama harga
  • faiz

    nak bunuh bisnes org pon agak2 la… kalo xleh bg detail jgnla cerita..

    Public CommentUsernak bunuh bisnes org pon agak2 la... kalo xleh bg detail jgnla cerita..
  • lahabau

    saya makan acaiberrry ABC dan dapat kesan yang sangat2 tidak tertanggung! Cukuplah…… biarlah kurus slow2 dgn bersenam! giler menyesal… esok nk p checking doc!

    Public CommentUsersaya makan acaiberrry ABC dan dapat kesan yang sangat2 tidak tertanggung! Cukuplah...... biarlah kurus slow2 dgn bersenam! giler menyesal... esok nk p checking doc!


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014